Liang Lahad....

Liang Lahad....


AIKK!!!.. APA YANG NAJIB BUAT NI??

Posted: 10 Oct 2012 06:52 AM PDT

Najib kata debat bukan budaya kita..
itu adalah alasan Najib untuk menjawab cabaran debat oleh Anwar Ibrahim..

Tapi apa yang Najib buat ni...?



Gambar atas tu adalah gambar Najib sedang menyampaikan hadiah kepada pasukan UIAM yang telah memenangi Petandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Melayu, hari ini.

Suruh budak U debat..
tapi dia sendiri hanya berani keluar atas pentas debat untuk sampaikan hadiah jer..

Errr.. debat dah jadi budaya kita balik ker..?

ISU TALAM - KHALID IBRAHIM CHECKMATE BN!!

Posted: 10 Oct 2012 05:46 AM PDT

Nampaknya satu lagi isu bodoh yang dibangkitkan BN untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Menteri Besar Selangor dan seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berakhir...

Dalam isu Talam ini,Khalid Ibrahim memang nampak tenang dan steady..
seolah-olah desakan pemimpin BN berkenaan dengan isu Talam ini remeh sahaja buat Khalid Ibrahim..


Tak salah.. 
buat apa nak layan takut dengan desakan BN tu ye tak..

Dan kini..
tiba masa Khalid menggerakkan langkah beliau..
beliau akan "checkmate" kan BN dalam isu Talam...

Kertas putih Talam akan dihebahkan pada awam



Kertas putih mengenai kutipan hutang Talam akan dihebahkan kepada umum selepas dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 19 November depan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ia telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri bersama laporan audit KPMG dan dokumen lain berkaitan pembayaran hutang Talam kepada negeri.

pkr johor skudai dinner 150912 khalid ibrahim"Orang ramai yang berminat untuk melihat dokumen ini perlu memohon kepada pejabat Dewan Negeri Selangor selepas ia dibentangkan," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid juga menjelaskan, pihaknya akan mengadakan siri jelajah untuk menerangkan perkara itu ke seluruh negeri bermula Sabtu ini, di Kajang.

Ia akan diadakan serentak pada setiap malam Sabtu yang mana empat jurucakap rasmi yang dilantik kerajaan negeri akan berada di tempat berbeza untuk menyampaikan pembentangan.

Dalam perkembangan lain, menteri besar berkata beliau masih menunggu perkenan Sultan Selangor berhubung cadangan mengadakan sidang khas dewan sebelum 19 November.
 

PEJUANG ZAMAN DARURAT - 20 WARGA EMAS TERIMA SUMBANGAN RM54.55SEN SETAHUN!!!

Posted: 09 Oct 2012 10:34 PM PDT


Bekas anggota polis di zaman darurat dahulu mendapat sumbangan RM3,000 atau pun RM54.54sen setahun jika dikira dari tahun kemerdekaan...
sumbangan diterima dalam satu majlis di IPD Dungun,Terengganu..

RM3,000 untuk satu penantian selama 55 tahun..?
55 tahun bersamaan dengan RM54.54sen setahun...
berbaloi ker..?

Kalau dikira berbaloi...
maka kesemua bekas anggota polis seramai 20 orang yang dapat sumbangan ni perlulah berjumpa Mat Sabu dan ucapkan terima kasih kepada beliau..


Kerana isu bekas anggota polis dizaman darurat yang tidak pernah dapat sumbangan sejak merdeka ini diketengahkan dan diketahui umum sejak isu Mat Indera yang dibangkitkan oleh Mat Sabu pada tahun lepas...

Dan kini Mat Sabu sedang dalam perbicaraan kerana isu Mat Indera..
yang mana jika bersalah beliau boleh dikenakan penjara sehingga 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali...

Kalau bukan kerana Mat Sabu..
kita semua rakyat Malaysia tidak tahu bahawa bekas anggota polis yang berjuang semasa zaman darurat dahulu tidak pernah dapat sumbangan atau pun pencen selama ini..
ini kerana pada waktu lantikan dahulu mereka tiada skim pencen..

Beg Birkin Rosmah lagi mahal..

Sumbangan RM3,000 ni nak beli "tali beg" jenama Birkin yang dijinjing Rosmah ke hulu ke hilir tu pun tak boleh...

Kalau kita nilaikan kesemua yang dapat sumbangan ini pun iaitu seramai 20 orang warga emas..
masih juga tak mampu nak beli sebuah beg jenama Birkin..
antara koleksi yang dipakai Rosmah ada yang mencecah antara 300 ribu hingga 400 ribu ringgit...

Sumbangan untuk 20 orang tu berapa jer..?
20 orang warga emas X RM3,000 =  RM60,000...
Birkin yang dipakai Rosmah RM300 ribu..
kah..kah..kah..

Apa-apa pun terima kasih pada Mat Sabu..
sekurang-kurangnya dapat juga warga emas ni wang sumbangan... 

Pada pandangan aku.. bekas anggota polis ni patut diberi lebih lagi.. bukan hanya RM3,000 jer..
 



CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DIBATAL ATAS ARAHAN PIHAK ATASAN!!!! ACARA HIBURAN DITERUSKAN!!!

Posted: 09 Oct 2012 12:18 PM PDT

Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di adakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang,Pahang pada hari ini (10 October 2012) telah pun dibatalkan..

Ianya dipercayai ada penglibatan tangan-tangan ghaib yang terdiri dari spesis "syaitan yang dikenali",itu sebabnya tangan mereka boleh ghaib...




Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kumpulan Utusan Malaysia buat julung-julung kalinya bekerjasama menganjurkan Expoconvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UMP ketujuh yang akan diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula pada 6 Oktober ~ 14 Oktober ini.

Walaupun ceramah ilmu agama dibatalkan atas arahan "pihak atasan" namun majlis hiburan tetap diteruskan seperti yang dirancang...

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.

Kita sedia maklum..
syaitan memang tak suka dengar ceramah agama ni...
dan yang ini pula digelar Tun M sebagai "Syaitan yang dikenali" ,memang kira adik beradik le tu..

Untuk melihat video pengumuman Ustaz Azhar Idrus sendiri mengenai pembatalan ini,sila [KE SINI]

Akhir zaman.. nak kata apa...


No comments:

Post a Comment