Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Tangguh Rayuan Tanpa Tarikh, Ada Usaha Selamatkan 'Si Tuan Kambing Hitam' Dari Terpalit Dengan Kes Pembunuhan Altantunya Sebenarnya

Posted: 25 Oct 2012 08:34 AM PDT


Seperti yang dijangka oleh seluruh rakyat Malaysia seantero dunia, akhirnya hari ini Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006, iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan  Lans Koperal Sirul Azhar Umar. Apa yang berlaku sebenarnya bagai sudah boleh dibaca oleh rakyat, bahawa kes ini pasti akan dipanjangkan sehingga berakhirnya pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Ia berikutan, pendedahan panas dan mendebarkan oleh peguam NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengenai pembabitan tiga individu penting seperti Datuk Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri), Datuk Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) dan Abdul Razak Baginda (Penganalisis Politik) dalam skandal kapal selam Scorpene di Perancis baru-baru ini. Malah, khabarnya dua peguam NGO terbabit akan membuat pendedahan panas membabitkan beberapa dokumen yang mendakwa tiga individu terbabit memang terlibat secara langsung dalam skandal yang cukup memalukan itu sebenarnya. Difahamkan, pendedahan terpaksa dibuat di Simbapura dalam masa terdekat berikutan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib melarang dua peguam terbabit ke negara ini. Lantaran itulah kes pembunuhan Altantunya perlu dilambatkan demi mengelakkan individu berkenaan dibabitkan dengan kes ini. Namun, secara teorinya memang tidak syak lagi kes pembunuhan Altantuya juga kemungkinan besar ada kaitan dengan isu kapal selam yang sedang hangat diperkatakan semua sekarang ini. Tambahan pula, dua anggota polis yang terbabit membunuh Altantunya adalah merupakan polis pengiring kepada Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. Walau pun kebenaran cuba disembunyikan, namun rakyat sebenarnya sudah boleh membaca fail kes ini. Mana mungkin polis Unit Tindakan Khas (UTK) boleh melaksanakan tugas membunuh tanpa arahan mana-mana pihak. Malah terdapat bukti-bukti kukuh seperti yang didedahkan di mahkamah bahawa mereka juga amat rapat dengan Razak Baginda dan lain-lain yang terkait dengan kes tersebut. Persoalan yang timbul, kenapa sehingga ke hari ini Polis Di Raja Malaysia (PDRM) masih gagal mengesan pihak yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah supaya membunuh dan meletupkan Altantunya dengan bom C4 itu. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Kenapa polis yang dikatakan profesional masih gagal selesaikan kes pembunuhan yang berprofail tinggi seperti ini?, sedangkan Sirul dan Azilah pernah mengaku mereka jadi "kambing hitam". Kenapa polis tidak ambil keterangan  mereka berdua untuk menjejaki dimanakah "tuan kambing" itu bersembunyi sekarang?. 
Sudah pastilah tuannya adalah orang yang cukup berkuasa, bahkan dengan sekali arahan sahaja boleh mengarahkan pihak polis menutup kes berkenaan sehingga ke tahap itu sahaja (Sirul dan Azilah pembunuhh Altantunya). Sebaliknya, rahsia siapakah yang mengarahkan mereka membunuh sehingga kini masih belum terjawab. Kes ini samalah dengan pembunuhan Noritta Samsuddin sebelum itu. Hanif Basree dibebaskan oleh mahkamah dari kesalahan membunuh sebaliknya pembunuh sebenarnya masih belum dijejaki sehingga ke hari ini. Malah lebih parah lagi apabila pihak polis melaporkan ada "individu misteri" yang melakukan kerja tersebut. Namun kes akhirnya ditutup dan menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat. Kini ia seolah-olah berlaku lagi, skrip yang sama berulang kerana mungkinkah ia membabitkan tokoh tertentu dalam kerajaan hingga ia terpaksa disembunyikan sedemikian rupa. Soalnya, sampai bilakah rakyat akan terus menunggu?. Tanda tanya pembunuh Altantunya terjawab, tetapi pengarah,  penerbit dan penulis skrip yang arahkan mereka lakukan pembunuhan itu kini cuba dirahsiakan. 
[Rakyat sebenarnya tidak hairan apabil kes rayuan Sirul dan Azilah yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini. Kini, Mahkamah Rayuan menambahkan lagi kemusykilan di hati rakyat apabila tidak menetapkan tarikh baru untuk mendengar kes ini. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk dek akal kita. Wajarkah rakyat diperbodohkan dengan satu keputusan yang jelas mempunyai "udang di sebalik mee". Nampaknya ada usaha pihak mahkamah cuba untuk melambat-lambatkan kes ini supaya ia tidak dibuat sebelum pilihanraya umum ke-13 ini. Terdapat usaha yang jelas untuk mengelirukan rakyat dalam hal ini, sedangkan kes rayuan berkenaan sudah tertangguh sekian lama. Ini bukannya perbicaraan tetapi hanyalah kes rayuan, mana mungkin mahkamah yang sepatutnya mendengar rayuan boleh mengatakan ia tidak punyai tarikh untuk tentukan rayuan kedua-dua tertuduh terbabit. Jika ia berlaku kepada rakyat biasa sudah pasti akan menjadi isu kerana jika rayuan dilambat-lambatkan maka tertuduh yang tidak bersalah terpaksa meringkuk dalam penjara lebih lama. Namun, melihat kepada penannguhan terbaru ini seolah-olah Sirul dan Azilah merasa selesa berada terus dipenjara. Apakah mereka menjalani kehidupan biasa seperti banduan yang lain atau pun mereka sebenarnya hidup selesa cuma kita tidak menyedari situasi ini. Tambahan pula mereka berdua sering menutup muka dari pandangan umum ketika prosiding kes berjalan selama ini. Mungkinkah Sirul dan Azilah ada di mana-mana atau sebaliknya. Inilah yang bermainkan difikiran rakyat sekarang. Oleh itu, perubahan tampuk pimpinan negara perlu direalisasikan segera jika mahu melihat kadilan dan kebenaran tertegak dalam kes pembunuhan yang cukup memalukan kita ini. Lakukanlah perubahan pada PRU-13 ini nanti].

No comments:

Post a Comment