"tukanglawan" |
- Bung Mokhtar Kecam Syed Mokhtar Al-Bukhary.
- Antara PR dan BN siapa Lebih Layak Perintah Selangor?
- Siapa Paling Banyak Berhutang Pada Bank?
- Takut Kepada soi lek , najib Tak Layak Jadi PM
- Kerajaan Selangor Disaman Syabas Kerana Utamakan Rakyat?
- Pemimpin Bukan Islam Kecam Soi Lek Kerana Serang Islam Untuk Tutup Isu Lain
- 15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat.
- Sedarlah Cikit, umno Nak lingkupkan Negara Ni.
- Teknologi Mambran Lebih Murah Berbanding Langat 2
- Kenapa Orang Umno Tak Kisah soi lek hina Islam?, Sebab Pemimpin umno Pun Hina Islam Jugak.
- Kerajaan Tersepit, Pemandu Teksi Buat Ancaman
- Ada Menteri Agama Tapi "Bisu" Bila Islam Diserang.
- Perang Besar Di Parlimen Semalam, Berakhir Happy Ending.
- Kenapa Najib Bagi Projek Sambungan LRT Pada Syarikat Tak Layak?
- Gempar Macam Tak Percaya, Saham Felda Naik La
Bung Mokhtar Kecam Syed Mokhtar Al-Bukhary. Posted: 24 Oct 2012 08:30 AM PDT Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan. Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya. Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Antara PR dan BN siapa Lebih Layak Perintah Selangor? Posted: 24 Oct 2012 07:00 AM PDT Kejayaan Selangor membawa wang lebihan sebanyak RM2 bilion dalam masa empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu lebih baik berbanding 55 tahun pemerintahan Umno BN, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang memuji prestasi kewangan Selangor gagal menipu dan menyekat sokongan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan negeri walaupun BN bertubi-tubi menyerang menerusi media kawalannya. "Kita ada wang lebihan RM2 bilion, semasa Umno BN kejayaan itu tidak pernah berlaku. Ini baru empat tahun (Pakatan) perintah, jadi lebih baik Pakatan daripada BN walaupun 55 tahun tadbir. "Kalau kerajaan nak beri duit, ambik, jangan tak ambik, kerana itu duit kita, bukan dia punya," kata Khalid disambut sorakan 500 penyokong yang tidak berganjak dalam hujan lebat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Sekamat, Taman Klang Utama, Klang, petang Ahad lalu. Khalid berkata, konflik yang sengaja dicipta Umno BN memakan diri mereka apabila kemenangan sentiasa berada di pihak yang benar. "Mereka sengaja nak cari salah kita, tapi rupanya dia (BN) yang buat salah. Untung hutang Talam, dia cakap kita kutip hutang, silapnya dia yang bagi Talam hutang tapi tak kutip hutang. "Isu air pula dipolitikkan, jadi hujan ini adalah rahmat buat kita kerana tidak perlu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak lawat empangan Sungai Sireh yang sudah dipenuhi air. Kita bersyukur kerana Tuhan memberikan kemenangan kepada orang yang benar," kata Khalid. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Siapa Paling Banyak Berhutang Pada Bank? Posted: 24 Oct 2012 06:00 AM PDT Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya, UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b). "Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut," katanya. "Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu? Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?" soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini. Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b). Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan. "Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami 'Skandal BMF' yang membankrapkan Bank Bumiputra. "Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999. "Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara," jelas Anwar. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Takut Kepada soi lek , najib Tak Layak Jadi PM Posted: 24 Oct 2012 05:00 AM PDT najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu," kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, malam semalam. Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana. Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol. Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka. Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham. "Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang. "Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama," katanya Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kerajaan Selangor Disaman Syabas Kerana Utamakan Rakyat? Posted: 24 Oct 2012 04:00 AM PDT Kerajaan Selangor disaman oleh Syabas gara-gara kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak bersetuju menaikkan kadar tarif air, Pada 10 November tahun lepas, Syabas memfail saman sivil dengan menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan. Selepas itu, kerajaan Selangor menyeret kerajaan persekutuan sebagai pihak ketiga dalam saman berkenaan. Syarikat itu menuntut kerajaan Selangor membayar RM1.05 bilion sebagai bayaran pelarasan tarif air. Dalam penyata tuntutannya, Syabas menyatakan pengiraan pampasan yang dituntutnya dibuat berdasarkan formula RM1.89 bagi satu meter padu. Kemudian, syarikat itu memfail permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membuat pindaan terhadap tuntutannya dengan memasukkan dua kadar lain - RM1.82 dan RM1.80 bagi satu meter padu - bagi mengira bayaran pampasan. Dalam penyata tuntutannya, Syabas berkata berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004 yang ditandatanganinya dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Selangor, ia diberi konsesi 30 tahun untuk membeli air yang dirawat daripada pengendali rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengedaran mengikut syarat yang ditetapkan dalam perjanjian berkenaan. Kata syarikat itu, melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, ia menghantar satu dokumen kepada kerajaan Selangor untuk menyokong permohonannya menaikkan tarif yang diwartakan sebanyak RM1.39 satu meter padu bagi tempoh pengoperasian ketiga dari 1 Jan 2009 hingga 31 Disember tahun lepas. Syabas mendakwa kerajaan Selangor gagal memaklumkan kepadanya sama ada ia bersetuju menaikkan tarif yang diwartakan itu kepada kadar yang telah dipersetujui. Gara-gara tidak mahu setuju tariff air dinaikkan kerana kelak akan membebankan rakyat Selangor, Kerajaan Selangor mahu disaman oleh Syabas, patutlah Syabas beria-ia menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, simpan dendam rupanya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Pemimpin Bukan Islam Kecam Soi Lek Kerana Serang Islam Untuk Tutup Isu Lain Posted: 24 Oct 2012 03:00 AM PDT Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu. "Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur," katanya ketika dihubungi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan. "Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam," tegasnya. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar. "Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain," tempelaknya. Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam. Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon. Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud. "Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," katanya dalam kenyataa Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat. Posted: 24 Oct 2012 02:00 AM PDT Bekas Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu Datuk Lajim Ukin berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak semalam. "Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya. Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak. "Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Sedarlah Cikit, umno Nak lingkupkan Negara Ni. Posted: 24 Oct 2012 01:00 AM PDT Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Umno BN dalam Bajet 2013 gagal mengemukakan penyelesaian konklusif berhubung hutang negara sebanyak RM600 bilion disebabkan perbelanjaan besar kerajaan setiap tahun. "Dalam Bajet 2013, tiada satu pun pengumuman Umno BN untuk menyelesaikan masalah pokok ekonomi. Apa yang dilakukan hanya melaksanakan program untuk penyelesaian jangka pendek. "Apa masalah pokok? Masalah utama ialah hutang negara yang semakin tinggi dan berlaku defisit selama 15 tahun berturut-turut. "Hutang negara dianggarkan RM600 bilion manakala defisit mencecah 7.4 peratus. Ia berlaku disebabkan perbelanjaan besar (boros) kerajaan setiap tahun," katanya dalam forum "Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH). Rafizi berkata, Umno BN kini makin ketandusan idea untuk menjana ekonomi negara sebaliknya menindas rakyat untuk meraih keuntungan kepada kroni. Menurut beliau, perkara itu bukan sahaja menyebabkan defisit dalam belanjawan tahunan semakin membengkak, malah ekonomi negara juga di ambang keruntuhan. "Sampai ke tahap ini, apabila kerajaan kekeringan wang, mereka melepaskan beban kepada rakyat dengan menarik subsidi, menaikkan cukai dan saman trafik," katanya. Sedarlah cikit, umno sekarang ni dah tak macam dulu dah, dah teruk sebab mabuk kuasa, harga barang makin tinggi, itu pun masih ramai yang bodoh dan tak kisah, nilai duit sekarangd ah terlalu kecik, semua orang tahu, orang umno pun tahu, tapi masih nak pilih kerajaan yang tak mampu nak pulihkan ekonomi, Jangan fikir hari ini je, fikir masa depan jugak, kalau satu hari nanti nilai RM1000 dan sama macam RM100 masa tu baru nak tukar kerajaan ke?. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Teknologi Mambran Lebih Murah Berbanding Langat 2 Posted: 24 Oct 2012 12:00 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air. Mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi. Teknologi ini sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah. Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan taklimat terperinci mengenai penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang. Menerusi teknologi ini, Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang. Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada. Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2. Purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu 'hilang' atau Non Revenue Water (NRW). Justeru, teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari. Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi. Penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah. Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor 23 Oktober 2012 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kenapa Orang Umno Tak Kisah soi lek hina Islam?, Sebab Pemimpin umno Pun Hina Islam Jugak. Posted: 23 Oct 2012 11:00 PM PDT Islam dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, chua soi lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia. soi lek yang "harbi" itu secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia yang bekerja didarul judi genting akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan. Rupanya soi lek ini tidak tahu halal haram, tak tahu rupanya dia melayu islam haram kerja di pusat perjudian, haram kerja di pusat urut, bagaimana soi lek mahu jadi pemimpin kalau perkara yang asa ini pun dia tak tahu. Malah lebih biadap, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Apa kita mahu hairan, seorang "harbi" seperti soi lek ini memang tak reti dan tak faham pasal islam, sebab dia bukan islam. Tapi yang paling menghairankan ialah bila ada pemimpin yang mengaku islam walaupun kita tahu dia bukan melayu tulis menghina-hina islam, Kita tahu siapa dia, walupun dia mungkin sudah terlupa, kita tak akan lupa penghinaan pisau gilletnya pada janggut Nabi, kita juga tidak harus sesekali lupa kata-katanya supaya Al-Quran harus dikaji supaya sesuai dengan zaman dan jangan sesekali kita lupa dia pernah mengatakan Hudud itu hanya ciptaan ahli fiqah... Sekarang tahulah kita kenapa Menteri Agama diam membisu, Perdana Menteri pun diam membatu, sebab bukan setakat soi lek si "harbi" hina Islam , malah lama dulu, pemimpin teragung umno pun lebih teruk hina Islam. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kerajaan Tersepit, Pemandu Teksi Buat Ancaman Posted: 23 Oct 2012 10:00 PM PDT Satu kumpulan pemandu teksi yang menggelar diri mereka sebagai NGO Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) mengancam untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat sekiranya kerajaan tidak memenuhi 15 tuntutan mereka. Presidennya, Mohd Ridzwan Mohd Daud berkata kerajaan perlu lebih cakna dengan kebajikan pemandu teksi. Beliau mahu kerajaan memberikan permit teksi individu kepada pemandu, bertindak terhadap pendatang asing yang memandu teksi dan menghapuskan sewa teksi pada hari Ahad dan hari kelepasan am. "Kami mahu kerajaan pertimbangkan bahawa walaupun jumlah pemandu teksi sedikit, katakan 50,000 orang, setiap pemandu teksi akan membawa sekurang-kurangnya 20 penumpang sehari. "Bagaimana jika duta pelancongan (pemandu teksi) ini menjadi duta Pakatan semasa tempoh kempen pilihan raya? "50,000 pemandu teksi membawa 20 orang penumpang sehari bermakna satu juta orang (pengundi). Apa-apa pun boleh berlaku dalam tempoh kempen selama dua minggu," kata Ridzwan pada sidang media di pusat operasi PKR untuk parlimen Ampang. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Ada Menteri Agama Tapi "Bisu" Bila Islam Diserang. Posted: 23 Oct 2012 09:00 PM PDT Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia. Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan. Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Persoalannya sekarang, di mana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan? Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang dilakukan oleh Jakim terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud yang datangnya daripada Allah SWT mengatasi ideologi serta logik akal pemikiran manusia. Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan Jakim khususnya Datuk Seri Jamil Khir terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh parti politik. Amat sedih juga buat umat Islam, apabila para mufti turut menutup mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang teraba-raba mencari kebenaran. Persoalan undang-undang jenayah Islam yang menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu. Di samping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang dilakukan oleh Musuh Allah swt yg berniat jahat terhadap Islam. Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyerus semua pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen penerangan soal keindahan undang-undang Islam. Pihak kerajaan Barisan Nasional perlu menggunakan jentera media kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam tidak zalim malah menjamin hak asasi manusia. Akram Ikrami Taib Azamudden Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Perang Besar Di Parlimen Semalam, Berakhir Happy Ending. Posted: 23 Oct 2012 08:00 PM PDT Kes pegawai kastam shooping sakan semalam mencetus perang besar di parlimen semalam. Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta. Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis. Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah. Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit. Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu? Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis? Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum. Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya. Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!". Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati. Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan. Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya. Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil. Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai. Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu. Chong Eng: Aiya, apa ini! Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu. Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran Awang: Saya demam... Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kenapa Najib Bagi Projek Sambungan LRT Pada Syarikat Tak Layak? Posted: 23 Oct 2012 07:00 PM PDT Yang ini memang najib kene jawab, kenapa syarikat yang sama sekali tak layak dapat projek sambungan LRT dianugerahkan projek yang melibatkan keselamatan rakyat tu. Saifuddin Nasution Ismail mempersoal mengapa George Kent boleh menang projek LRT sedangkan syarikat itu mendapat markah rendah dalam penilaian laporan Kementerian Kewangan. Syarikat George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, tidak ada pengalaman dalam projek rel atau LRT, malah mendapat tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman. Penilaian oleh syarikat perunding kejuruteraan yang telah metulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 juga menyebut George Kent mendapat purata markah yang rendah dari syarikat lain, dan tidak diyakini untuk mengendali projek tersebut Rafizi Ramli sebelum nei mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Ken. Persoalannya mengapa? najib kene jawab kenapa syarikat tak layak dan tak diyakini mampu mengendalikan projek ini diberi kontrak, ada apa-apa ke? Mungkin bila najib sudah bukan Perdana Menteri baru semua rahsia akan terbongkar. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Gempar Macam Tak Percaya, Saham Felda Naik La Posted: 23 Oct 2012 05:20 PM PDT "tukanglawan" ada siar artikel pasal felda yang memetik kata-kata isa samad yang sebut Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara. isa Samad kata lagi harga saham tu dijangka meningkat semula dalam tempoh " terdekat" ( baca sini ) berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna. Kah..kah..kah, dalam tempoh terdekat tu dah berapa lama dah nei, kenyataan isa samad kononnya saham felda tu akan naik dia buat masa sambutan rumah terbuka raya puasa yang lepas, tak nampak pun naik, makin turun ada lah, yang naik sekarang darah peneroka. Ada yang naik darah sampai pengsan-pengsan tengok graf saham felda nei. Mungkin isa samad pandang saham felda ni terbalik, sebab tu dia kata akan naik, kah..kah..kah... Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment