Nota Kecil

Nota Kecil


Wala' kepada Ulamak Pas 'Maksum Muqayyad', kata Nik Abduh

Posted: 25 Oct 2012 02:31 AM PDT

Dr Yusoff Al-Qardhawi kata, al-wala' atau "memberi kasih sayang serta kesetiaan kepada pemimpin" menurut Sunni terbahagi kepada dua.

Pertama, al-Wala' ad-Dinni (kesetiaan dalam perkara agama) iaitu secara mutlaq kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketaatan kepada pemimpin beriman yang adil adalah bersifat muqayyad, iaitu ditaati pemimpin itu selagi pemimpin itu mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Kedua, al-Wala' al-Wathani (kesetiaan dalam perkara kenegaraan) iaitu dilakukan dengan kerelaan hati kepada seorang pemimpin sama ada Muslim atau non-Muslim yang mentadbir negara ke arah maslahah serta meninggikan keadilan hak ke atas rakyat terbanyak dalam negara berkenaan.

Sebagai contoh, rakyat mentaati perlembagaan, undang-undang negeri/negara hatta bayar cukai adalah antara simbol asas al-wala' al-wathani.

Di Pulau Pinang, ahli-ahli Pas pernah diminta mempertahankan idea Kerajaan Perpaduan (UG) antara Umno dan Pas atas alasan wajib wala' kepada ulamak terutama Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bakal Ketua Pemuda, Nik Abduh sendiri dalam satu mesyuarat Pas pusat baru-baru ini pernah berkata, pandangan ahli majlis syura adalah MAKSUM MUQAYYAD semasa beliau m mempertahan status Nasharuddin Mat Isa yang dibangkitkan oleh seorang AJK Pas Pusat.

Bakal Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksi spontan turut mengaku MAKSUM MUQAYYAD memang ada dalam Islam.

Suka saya katakan, pendapat aneh itu mendekati faham dalam Syiah yang nyata bersalahan dengan semua aliran fiqh al-Islami dalam mazhab Sunni.

Mazhab Syiah antara lain berpegang bahawa pandangan para iman mereka adalah bersifat MAKSUM yang mesti diterima oleh para penganutnya.

Dengan erti kata lain, pegangan Syiah ini saling tak tumpah seperti doktrin yang diajar oleh para ulamak UG dalam Pas, iaitu "kita kena wala' pada ulamak dan kena wala' pada idea UG kerana idea itu datang daripada ulamak".

Apabila saya kata seperti ini, tentu akan ada geng ulamak UG akan kata saya "tiada adab berjemaah, tiada wala' kepada pemimpin jamaah Pas sebab tegur pemimpin secara terbuka."

Suka saya katakan, al-wala' dan tegur pemimpin secara terbuka adalah dua perkara yang berbeza.

Oleh kerana selalu sangat segelintir ulamak UG dalam Pas kata "anta tak wala' laaaa sheikh apabila tegur ulamak UG secara terbuka", maka ia seakan menjadi candu, sakral dan doktrin yang jahat.

Suka saya katakan kepada grup Sang Diktator Agama berkenaan, Sunni sebenarnya menerima budaya menegur pemimpin secara terbuka.

Tak perlulah saya perjelas satu persatu di sini kerana sangat banyak contoh dalam sejarah era khulafah ar-rasyidin yang semua kita ketahui.

Syiah sahaja menolak budaya tegur secara terbuka. Sebab itu, ada banyak sahabat dikafirkan kerana mereka yang diredhai Allah ini ada berbeza ijtihad dengan keluarga nabi yang lebih dipopularkan sebagai Ahli Bait.

Nasharuddin, Nik Abduh hatta Ahli Majlis Syura Ulamak Pas yang lain Ahli Bait?

Halang budaya tegur pemimpin secara terbuka sebab Ulamak UG nak ajar saya mendekati mazhab Syiah?

Inilah akibatnya selalu fitnah Mat Sabu sebagai Syiah, tapi tak sedar idea UG Umno dan Pas cuba dihidupkan kembali ini mendekati faham Syiah.

Cuba semak status NGO-NGO yang menganjurkan wacana KEMBALIKAN PAS KE LANDASAN ASAL pada Selasa, 6 November depan (mula 8 pagi) di Grand Seasons Hotel, Jln. Phg, KL.

Orang kuat pejabat agung Pas yang minta disemak wacana itu kerana takut ulamak UG sebar faham Syiah dalam kalangan perwakilan demi menjayakan idea membawa Pas bergabung dengan Umno di PRU13 nanti.

Setuju?

TOLAK "UG dalam jalur Syiah, Syiah dalam jalur UG"!!!

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com | penanginsight.com
No.A/C 164258481533 (Maybank2U) & 14171020182480 (Bank Islam)

Bukti pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat anti Islam!!!

Posted: 24 Oct 2012 11:20 PM PDT


Desak Menteri Pengakutan jelas tender tertutup beli 831 kamera AES

Posted: 24 Oct 2012 10:43 PM PDT


AHLi Parlimen Bagan, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya menjelaskan tentang projek pembelian serta pemasangan 831 Kamera 1Malaysia Sistem Pengangkutan Automatik (AES) yang didakwa melalui proses tender tertutup yang tiada integriti ekonomi.

"Saya difahamkan bahawa hanya sembilan syarikat yang dipilih untuk menyertai tender sungguhpun tujuh (syarikat) Sahaja yang mengemukakan tawaran.

"Kenapa tiada tender terbuka, tetapi, tender baru terpilih untuk pemasangan 831 kamera 1Malaysia di seluruh Malaysia," ujar beliau baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut mempertikai wibawa dua pemegang konsesi AES yang dilantik, iaitu Ates Sdn. Bhd. dan Betap Tega Sdn. Bhd. yang dipilih oleh kementerian.

Menurut Guan Eng, kedua-dua pihak itu mampu mendapat balik modal masing-masing melalui pengagihan surat keuntungan daripada smn yang dibayar melalui tiga peringkat:

Peringkat pertama - Untuk 5 juta saman pertama, RM16 setiap saman akan Petikan (RM80 juta).

Peringkat kedua - RM540 juta kutipan Sesudah dikongsi 50%, iaitu RM270 juta. Kerajaan mendapat jumlah yang sama.

Peringkat ketiga - 7.5% akan Petikan daripada surat keuntungan Sesudah. Kerajaan akan mengutip yang berlebihan.

"Sekiranya RM5 bilion Petikan setiap tahun, kedua-dua Hak Mengundi Pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat bagi ketiga - Lumayan jumlah sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun.

"Yang nyata, dua pemegang konsesi tersebut akan lebih mendapat manfaat sementara 28 juta rakyat Malaysia akan rugi.

"Jangan lupa bahawa RM500 BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) tidak boleh membantu rakyat jika anda mendapat dua saman yang berjumlah RM600...(maka) RM100 anda akan rugi," tegas beliau.

Perkembangan terbaru itu sekaligus seakan menyerlahkan amalan kronisme di sebalik penguatkuasaan AES yang kononnya demi menangani salah laku trafik serta masalah kemalangan di jalan raya. -END

Kar Siong punca Pelajar Emas lewat terima sumbangan RM100 - Guan Eng

Posted: 24 Oct 2012 10:14 PM PDT


KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat di negeri berkenaan atas kelewatan Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan Program Pelajar Emas berjumlah RM100 yang didakwa berpunca oleh permainan politik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

"Sepatutnya 110,000 ibu bapa kepada pelajar emas boleh terima wang sejak bulan Ogos tahun lepas, tetapi ini Wee Kar Siong halang sekolah bekerjasama dengan kita (Kerajaan Negeri).

"Saya sungguh-sungguh minta maaf sungguhpun yang halang pelajar-pelajar emas kita dari menerima wang ini adalah Wee Kar Siong," ujar beliau di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, A.Thanasekaran (Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam), Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, SPU) turut hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Emas dan Pelajar Emas Peringkat Daerah SPU.

Guan Eng berkata, pemberian sumbangan kepada 224 pelajar emas di Daerah Timur Laut pada 16 Oktober lepas adalah upacara simbolik anjuran Kerajaan Negeri sahaja.

Beliau berkata, seramai 36,907 pelajar emas dari Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4 yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebenarnya layak untuk menerima sumbangan RM100 secara 'one-off' secara berperingkat.

Itu, tidak termasuk 18,208 anak emas yang berdaftar dan layak menerima RM200.

"Untuk Majlis di Daerah SPU hari ini (6 Oktober lepas), seramai 2,455 anak emas layak menrima dan sebagai simbolik, kita menjemput 90 orang anak emas untuk diraikan, manakala, 270 orang menerima bagi kategori Pelajar Emas," ujar beliau sambil meminta mereka yang layak supaya menuntut sumbangan dari Pejabat Daerah masing-masing. -END

No comments:

Post a Comment