Liang Lahad....

Liang Lahad....


KETUA WANITA UMNO PUTRAJAYA DEDAHKAN PERANCANGAN JAHAT UMNO TERHADAP AZMIN ALI?

Posted: 25 Oct 2012 08:00 AM PDT

Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya dedahkan strategi jahat UMNO ke atas Azmin Ali...?
memang pelik tu..

Tapi dalam politik apa-apa pun boleh jadi...

Kisahnya begini..
hari ini blogger Milosuam ada mendedahkan satu email yang diterimanya yang
berkisar tentang perancangan jahat UMNO...

Baca sini [Gagal pujuk Mak Tom, skandal seks Azmin Ali pula bakal muncul masa terdekat]

Pengirim email tersebut yang bernama Sadiah Bakar,mendedahkan bahawa terdapat cubaan dari pimpinan Wanita UMNO untuk mempergunakan Mak Azmin Ali sekali lagi bagi memburuk-burukkan Azmin Ali..
beliau juga turut memberitahu di dalam emailnya bahawa UMNO akan mainkan fitnah seks ke atas Azmin Ali..

Pengirim email tersebut menyatakan bahawa beliau adalah ahli UMNO bahagian Putrajaya..
dan beliau mendedahkan semua ini kerana semangat juangnya sudah hancur apabila melihat perancangan jahat jatuh menjatuhkan sesama melayu..

Namun walaupun mengetahui betapa kotornya perjuangan UMNO,dan betapa hancurnya hati beliau melihat permainan kotor tersebut,beliau masih mengakui sayangkan UMNO dan akan terus bersama UMNO..

Ini membuatkan aku rasa pelik dan hairan..
sudah tahu UMNO rosak dan kotor,sudah tahu budaya fitnah dan jatuh menjatuhkan sesama melayu demi kepentingan politik,tetapi masih lagi setia dengan UMNO..?

Jadi aku pun cari nama Sadiah Bakar di dalam UMNO Putrajaya..
nak jugak tahu siapa wanita ni..

Dan apa yang aku dapati adalah Sadiah Bakar ini merupakan Ketua Wanita Bahagian UMNO Putrajaya...
lihat sini email yang dikirim kepada blogger milosuam dan tengok nama pengirimnya..

sila klik untuk besarkan

Sadiah Bakar ini adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya..
lihat jawatan beliau di UMNO Bahagian Putrajaya ni..
sila klik gambar untuk besarkan 
UMNO Putrajaya
Walaupun nama pada jawatan beliau adalah ketua pemuda..
namun sebenarnya dia adalah Ketua Wanita UMNO..
itulah tandanya admin website UMNO Putrajaya ni pemalas dan makan gaji buta..
main copy paste jer...

Kalau Ketua Wanita Bahagian dah rasa UMNO ni makin teruk..
apa kita nak kata lagi...

SKANDAL DANA RM40JUTA UMNO SABAH - DESAKAN TURUT DILAKUKAN KE ATAS BNM SABAH OLEH JINGGA 13 SABAH!!!

Posted: 25 Oct 2012 01:50 AM PDT


Selain dari Saudara Rafizi Ramli yang menyerahkan kertas laporan berkaitan skandal dana RM40 juta kepada UMNO Sabah di BNM Kuala Lumpur pada pagi tadi,laporan yang sama juga diserahkan oleh Ketua Koordinator Jingga 13 bersama-sama Jingga 13 Sabah dan juga pimpinan PKR Sabah kepada BNM Cawangan Sabah

Berikut adalah gambaran keadaan ketika penyerahan laporan itu hendak dilakukan..
walaupun terdapat sedikit kesukaran namun akhirnya dapat juga disampaikan..

Kami tiba jam 11.30 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis pengawal Bank Negara cawangan Sabah kerana tidak mendapat arahan pihak atasan BNM . selepas 15 minit menunggu , kehadiran anggota polis termasuk SB di BNM cawangan Sabah . 


Selepas menunggu hampir setengah jam kami meminta agar dibenarkan kami untuk masuk menyerahkan laporan . tetapi tidak dibenarkan dan kami minta agar beritahu kepada pihak pengurusan BNM Cawangan Sabah untuk terima laporan berkaitan isu skandal RM 40juta tersebut yang turut dilakukan oleh sdr Rafizi Ramli , Pengarah Strategi PKR Pusat . 

Dalam jam 12.05 tengahari barulah kami dibenarkan masuk , saya (Fariz Musa) bersama Ervieana Ansari ( Naib Ketua AMK Malaysia ) , Datuk Nani Sakam ( Setiausaha Biro Strategi PKR sabah ) dibenarkan masuk dan menyerahkan laporan rasmi agar siasatan dibuat oleh BNM kepada En. Ishak Musa , Pengurus BNM Cawangan Sabah .

Turut hadir bersama dalam penyerahan tadi selain Pn Ervieana Ansari , Datuk nani Sakam , juga Datuk Idris Alli ( AJK Biro Strategi PKR Sabah ) , Jingga 13 Sabah dan teman2 PKR Kota Kinabalu .


Untuk lebih maklumat dan pemahaman kenapa laporan itu diserahkan dan apa desakan ke atas Bank Negara Malaysia..
sila baca kenyataan di bawah ini..

JINGGA 13

25 Oktober 2012

DI BANK NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SABAH , KOTA KINABALU

SKANDAL WANG HARAM RM40JUTA : DESAK BANK NEGARA MALAYSIA SIASAT DI BAWAH AKTA 613 ANTI PENGURUPAN WANG HARAM ( AMLA ) 2001

Isu Skandal penyeludupan wang haram melalui transaksi berjumlah RM40 juta yang menjadi kontroversi akhir-akhir  ini adalah sebahagian daripada tuduhan-tuduhan lain yang berkepentingan nasional dan menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan .

Transaksi tersebut hanyalah salah satu daripada transaksi kewangan yang melibatkan institusi kewangan di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Singapura, Switzerland dan Malaysia berhubung tuduhan hasil rasuah dan penyelewengan harta awam yang disalurkan melalui sektor perbankan.

Transaksi-transaksi ini memberi gambaran jelas bahawa wujud kegagalan penguatkuasaan dan kawal selia sektor perbankan yang diterajui oleh sehingga membolehkan hasil yang dipercayai dari aktiviti rasuah dan penyelewengan harta awam disimpan bagi pihak individu-individu yang berkepentingan.

Sejauh manakah BNM boleh bertindak secara bebas dan telus dalam menyiasat kes-kes yang dipercayai melibatkan rasuah dan pelanggaran undang-undang sektor perbankan, apabila kes itu dikaitkan dengan pimpinan politik tertinggi kerajaan sedia ada.

Adakah wujud dwi-standard apabila sesuatu kes melibatkan tokoh-tokoh politik UMNO/BN maka sesuatu tindakan dilambatkan atau tidak perlu atau  diambil bagai lepas batuk di tangga semata-mata . Malah adakah agensi-agensi seperti BNM , SPRM dan PDRM terus memekakkan telinga,membisukan mulut dan membutakan mata daripada sebarang tindakan .

Justeru adalah menjadi tanggungjawab kepada BNM untuk mempertahankan kebebasan dan ketelusannya dengan memulakan siasatan terhadap pemindahan wang berjumlah RM40 juta itu untuk menentukan sama ada individu-individu berikut telah bersalah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001:

  • Dato' Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
  • Dato' Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Pemimpin Umno "X" yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya
  • Mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada BNM
  • Michael Chia, ahli perniagaan dari Sabah yang dikaitkan dengan tuduhan mengaut keuntungan dari hasil balak yang diperolehi secara rasuah

Desakan agar BNM melakukan siasatan di bawah perkara berikut :

  • SEKSYEN 3(1), AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001 BNM bertanggungjawab menyiasat sumber wang RM40 juta untuk menentukan sama ada berlaku pelanggaran Akta.
  • SEKSYEN 14(B) AKTA PENCEGAHAN PENGUBALAN WANG HARAM 2001 , BNM bertanggungjawab menyiasat transaksi tersebut kerana sumbernya dari akaun yang dibekukan dan menimbulkan keraguan bahawa ia bersabit dengan aktiviti haram.
  • SEKSYEN 16(3) AKTA ANTI PENGUBALAN WANG HARAM 2001, BNM bertanggungjawab menyiasat individu-individu di sebalik transaksi ini termasuklah si pemegang akaun (pemimpin "X"), Umno sendiri dan penderma untuk menentukan sama ada kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.
BNM perlu menyemak kembali sama ada pengisytiharan tersebut mengikut ECM4 telah dibuat pada ketika wang RM40 juta dipindahkan. Jika tidak, ia dikira melanggar peruntukan Akta dan perlulah disiasat dengan sewajarnya.

Difahamkan terdapat transaksi telah dibuat berkaitan skandal tersebut , justeru kami juga mendesak  agar didedahkan siapakah yang telah menghantar duit dan kepada akuan siapakah yang telah menerima duit tersebut .

Siasatan secara terperinci wajar dilaksanakan oleh BNM secara total dan serius agar dakwaan boleh dilakukan oleh para penjenayah tersebut dihadapkan kemuka pengadilan tanpa perjudis,pilih kasih dan dwi-standard .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13
Merangkap
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

KAMERA AES YANG KEDUA PULAK TUMBANG!!!

Posted: 25 Oct 2012 12:41 AM PDT

Sebuah lagi kamera AES tumbang..
mengikut sumbar yang ada kali ni dikhabarkan berlaku lebuhraya Utara Selatan di Perak berhampiran Slim River..

kamera AES yang kedua tumbang hanya mampu tangkap gambar burung jer
Macam mana kamera yang kedua ni boleh senget nak tumbang macam tu tak tahulah pulak..

mungkin simen tapaknya pecah atau tak kukuh ker tak dapatlah dipastikan..
buat sementara waktu ni banyaklah gambar-gambar burung yang terbang laju "ditangkap"..
kah..kah..kah..

Manakala..
sebelum ini kamera pertama AES yang tumbang akibat dilanggar oleh pemandu kereta yang terbabas dan menuju tepat ke tiang AES,lalu menumbangkan kamera yang berharga RM120 ribu tersebut...

kamera AES yang pertama tumbang akibat rempuhan kereta yang terbabas
Perangkap yang dipasang untuk "mengenakan" rakyat,jadi sudah tentulah membuatkan hati rakyat jadi gembira apabila perangkap ni tumbang ke tanah..

 




PERDANA MENTERI DAN DUA LAGI MENTERI PONTENG SIDANG DEWAN RAKYAT UNTUK BERMAIN GOLF

Posted: 24 Oct 2012 11:47 PM PDT

Dewan Rakyat adalah tempat untuk membincangkan kepentingan rakyat dan pembangunan negara..
mereka yang telah dilipih oleh rakyat perlulah menjalankan tugas mereka demi rakyat dan perlu hadiri sidang dewan ketika sidang dewan berlangsung

Ketika dalam kesibukan perbahasan yang berlaku di Dewan Rakyat yang macam pasar dan tidak terkawal..
Perdana Menteri dan dua lagi menteri ponteng sidang hanya untuk bermain golf.

Sedangkan ketika perbahasan, seseorang timbalan menteri tidak akan dapat menjawab kesemua soalan jika menterinya tidak hadir..


Itulah yang berlaku pada Timbalan Menteri Kewangan,Awang Adek pada selasa lepas yang enggan meneruskan sesi perbahasan apabila beliau tidak tahu dan gagal menjawab soalan yang ditanya..

Beliau diasak dengan soalan berkaitan kontrak LRT Ampang yang diberikan kepada syarikat George Kent dan juga soalan berkenaan peruntukan pembentungan kepada syarikat Indah Water Konsortium (IWK)

Awang Adek jadi mangsa serangan bertalu-talu dan gagal menjawab soalan yang diberikan..
kemana Bos beliau iaitu Menteri Kewangan..?


Perdana Menteri,Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat ponteng Sidang Dewan hanya semata-mata mahu lepak dengan Tiger Woods..

Menteri berkenaan adalah Najib Razak..
dialah Perdana Menteri,dialah Menteri Kewangan dan dia jugalah Menteri Wanita..
Ketika Sidang Dewan Rakyat yang membicarakan soal hidup rakyat dan soal negara..
Najib sibuk main golf dengan Tiger Woods..


Dah lah soalan Najis Mughallazah pun tak tahu..
rakyat amanahkan dia hadir sidang untuk bincang masalah rakyat pun dia tak nak hadir..

Najib nak menang lagi dalam pilihanraya nanti supaya dia boleh berseronok-seronok main golf sewaktu orang lain tengah penat bekerja ker..?
 

No comments:

Post a Comment