Liang Lahad....

Liang Lahad....


PATUT LER KELUAR GAMBAR HASSAN ALI YANG INI,RUPANYA SEBAB ADA CERITA YANG INI.

Posted: 30 Oct 2012 06:36 AM PDT

Patut le boleh timbul gambar dan kecoh pasal gambar Hassan Ali bersalaman dengan MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim..
perkara yang susah nak berlaku sejak Hassan Ali di pecat dari PAS dan Exco Selangor selepas berjuang bersama-sama UMNO menghentam Pakatan Rakyat..



Rupa-rupanya sebab berita yang ni nak keluar...
kah..kah..kah..

Walaupun pendirian Hassan untuk bertanding masih lagi menjadi rahsia..
tapi yang pasti Hassan Ali telah membuat satu kenyataan terbuka yang menampakkan beliau bersedia bertanding di atas mana-manat tiket parti sekalipun...
nak tunggu orang pelawa le tu kah..kah..kah..

"Tiket mana boleh saja, apa pun tak penting. Yang penting perjuangan meneruskan agenda iaitu memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.." kata Hassan Ali..

Kah..kah.kah..
patut sekarang ni nampak baik dengan pemimpin Pakatan Rakyat..

Kenapa..?
UMNO tak ada pelawa jadi calon ker..?
kah..kah..kah..

BERITA YANG MENGUJI KEPERIHATIAN SEBENAR BN DALAM ISU AIR SELANGOR

Posted: 30 Oct 2012 02:10 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor mahu melakukan penstrukturan menjadikan syarikat-syarikat air seperti SYABAS, Puncak Niaga dan Puas milik kerajaan negeri sebelum bersetuju dengan pembinaan loji penapisan air Langat 2.



Ini satu berita yang akan menguji sejauh mana kerajaan BN benar-benar perihatin dengan masalah air di Selangor dalam isu Langat 2..

BN sentiasa memberikan alasan konon-kononnya mahu menyelamatkan rakyat Selangor dari krisis air dengan pembinaan Langat 2...(walaupun yang sebenarnya tiada krisis air di Selangor)

Kini dengan hasrat MB Selangor yang mahu memilik negerikan syarikat air sebelum bersetuju membenarkan pembinaan Langat 2,apakah BN akan bersetuju?

Adakah BN akan bersetuju dalam keadaan dimana BN tidak mempunyai suara langsung walaupun melalui agen-agen mereka untuk mencadangkan kenaikan tarif air di Selangor apabila pemilikan ini menjadi kenyataan..

Atau adakah BN akan sedaya upaya cuba menggagalkan pemilikan ini kerana mahu mengaut keuntungan dari perniagaan air melalui kroni-kroni secara berterusan..?

Bagi kerajaan Negeri Selangor,sememangnya wajar kerajaan negeri menguruskan sendiri air untuk rakyat negeri Selangor..
jika diserahkan kepada pihak yang menjadi agen BN menguruskan air, rakyat Selangor akan menjadi mangsa kezaliman syarikat kroni yang akan kerap mengadakan catuan air walaupun sebenarnya tiada masalah kekurangan bekalan air..

Selangor ini...
jika mengikut perjanjian antara syarikat air kroni BN,Syabas dengan Kerajaan Negeri pimpinan Khir Toyo sebelum PRU 12,2008 dahulu, rakyat Selangor sepatutnya kini menerima beban kenaikan tarif air sehingga 37%..

Tetapi,apabila PR menang di Selangor pada PRU 12 lalu,perjanjian tersebut diabaikan an pemberian air 20m3 percuma diberikan kepada rakyat..

Khalid jarang bersuara..
tapi sekali bersuara, selalu memberikan kejutan...

DALAM ISU NFC KERAJAAN TIDAK MELINDUNGI SI PENDEDAH MAKLUMAT - NAZRI AZIZ

Posted: 29 Oct 2012 11:43 PM PDT

Kerajaan tidak melindungi "peniup trompet"..
itulah yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu pendedahan maklumat skandal NFC yang melibatkan suami Ketua Wanita UMNO,Sharizat Jalil..

Nazri berkata "Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC)..



Alasan Nazri adalah, 
"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," kata Nazri

"Asalnya ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi?





"Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."
 
Itulah alasan Nazri Aziz yang mahu menghalalkan pendakwaan ke atas pendedah maklumat dalam isu NFC...

Kita kena faham sesuatu yang penting di sini...
Dalam konteks negara kita ini..
untuk mendedahkan sesuatu kezaliman tersembunyi..
untuk melakukan perubahan..
untuk mendesak kerajaan mengubah sistem dan perancangan jahat yang ada..
kita perlu menghebahkan supaya ianya dijadikan isu besar barulah ianya akan diambil perhatian oleh pihak kerajaan..

Pihak kerajaan hanya akan mengambil sesuatu tindakan ke atas isu yang dibangkitkan setelah ianya menjadi isu dikalangan rakyat..
konon-kononnya untuk menunjukkan kerajaan itu telus.

Contoh isu skandal yang melibatkan NFC ini sendiri..
diperingkat awal pendedahan dahulu,kerajaan melalui Menteri Pertaniannya cuba menafikan projek Fidlot itu sebagai gagal..


Najib juga cuba menafikan penyalahgunaan pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta kepada syarikat suami Sharizat..


Jika tiada pendedahan maklumat secara berterusan..
tajuk berita di atas akan menjadi penutup di atas segala kepincangan NFC..
dan keluarga Sharizat akan bebas menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan dengan sewenangnya..

Sedangkan kini rakyat tahu bahawa suami Sharizat dibicarakan kerana ada kes beliau menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan untuk memiliki harta peribadi berjumlah puluhan juta..

Adakah kita fikir jika Rafizi tidak mendedahkan segala butiran akaun dengan tepat,kerajaan akan memandang isu ini untuk diketengahkan apatah lagi ianya melibatkan suami Ketua Wanita UMNO sendiri..?

Hanya di Malaysia sahaja pendedah maklumat kena dakwa di mahkamah..
kalau di negara maju,yang akan disiasat bukan si pendedah maklumat berkenaan,tetapi segala maklumat yang didedahkan itu yang akan disiasat habis-habisan..

Inilah sistem yang kita ada..
dan kita hidup di dalamnya...



BERITA BAIK BUAT RAKYAT DI NEGERI PR,PERLAKSANAAN AES DITANGGUH DI 4 NEGERI

Posted: 29 Oct 2012 09:46 PM PDT

Ini berita baik buat rakyat Malaysia yang menetap di negeri-negeri Pakatan Rakyat...

Perangkap laju AES akan ditangguhkan perlaksanaannya di semua negeri...
Pulau Pinang,Kedah,Kelantan dan Selangor telah bersetuju menangguhkan penguatkuasaan kamera AES..

 

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.


Itulah pentingnya bila kita mempunyai kuasa..
bila kita mempunyai kuasa,kita mempunyai hak untuk menolak kezaliman..
selama ini kita menerima sahaja kezaliman tanpa mempunyai kuasa untuk menolaknya..


No comments:

Post a Comment