Liang Lahad....

Liang Lahad....


ULAMA' UMNO SETUJU DENGAN PAS - HUDUD HANYA KEPADA ORANG ISLAM,TIDAK MELIBATKAN PENGANUT AGAMA LAIN!!

Posted: 20 Oct 2012 09:41 AM PDT

Selama ini apabila PAS mahu melaksanakan hukum hudud hanya kepada orang yang beragama Islam orang yang beriman dengan wahyu Illahi...
PAS di tempelak oleh pemimpin UMNO konon-kononnya hukum hudud yang dibawa oleh PAS itu bukan hukum Islam...

Yang paling keras menentang adalah Tun M..
Presiden UMNO selama 22 tahun..



Alasan beliau menentang kerajaan Kelantan dari melaksanakan hudud adalah kerana beliau mengatakan hudud yang dibawa oleh PAS tidak adil...kerana hanya menghukum orang Islam sahaja..
(tetapi Tun M tidak pula bising kewajipan berpuasa dan bayar zakat tidak dikenakan ke atas orang bukan Islam..?)

Semalam...
Fathul Bari sendiri mengakui bahawa hudud hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja..
hudud tidak dikenakan ke atas penganut Kristian, Buddha atau Hindu.

Lihat sini..


Apa nak kata lagi...?

Selama ini PAS betul.. tapi seringkali cuba dilihat salah oleh pemimpin UMNO..



PEMUDA MCA LULUS RESOLUSI SOKONG NEGARA SEKULAR DAN MENOLAK KERAS HUKUM ISLAM!!!!!

Posted: 20 Oct 2012 06:48 AM PDT

Sejak kebelakangan ini MCA semakin kerap menghina Islam...
MCA semakin berani,lantang dan berkeras menghalang perlaksanaan hukum Islam...

Mungkin kerana MCA berfikir jika hukum Islam dilaksanakan maka mereka kena masuk Islam agaknya...
mungkin juga itulah yang di "propa" kan oleh UMNO pada MCA selama ini..
sedangkan ianya tidak begitu...
perlulah diketahui bahawa agama Islam tidak memaksa orang yang bukan Islam memeluk Islam..

Tidak cukup dengan kata-kata dari Chua Soi Lek yang mengatakan jika dilaksanakan undang-undang Islam...
  • negara akan kembali ke "zaman gelap"..
  • ekonomi negara akan runtuh..
  • saham akan jatuh memdadak sebaik sahaja undang-undang Islam dilaksanakan..
Tidak cukup dengan kenyataan Presiden MCA baru-baru ini bahawa 
  • 1.2 juta rakyat akan terjejas akibat kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan...

Hari ini Pemuda MCA meluluskan resolusi menyokong negara sekular dan membantah keras perlaksanaan hukum Islam...

Sementara itu Pemuda MCA juga mengutuk DAP yang meminta masyarakat Cina supaya menyokong PAS bagi merealisasikan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti...

Lihat sini sebahagian resolusi yang telah pun diluluskan :-

Aku berharap sesangat supaya Harussani dan ustaz-ustaz muda dalam UMNO bersuara dan keluarkan kenyataan balas membantah keras resolusi MCA ini...

Kalau benar-benar UMNO mahu membela Islam..
inilah masanya...
jangan hanya tahu bercakap sambil mencium keris sahaja... 

Walaupun Presiden UMNO tidak tahu binatang apakah yang dikategorikan sebagai najis mughallazah,tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk berdiam diri apabila agama Islam semakin berani ditentang terang-terangan oleh MCA yang juga parti komponen BN


BERBEZA DENGAN UMNO - PENGERUSI WANITA MCA AKUI JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH PEMIMPIN ISLAM MENJADI KUAT!!!!

Posted: 19 Oct 2012 10:17 PM PDT

UMNO canangkan ke seluruh pelusuk kampung,bahawa 
jika Pakatan memerintah,melayu jadi lemah...
jika Pakatan memerintah umat Islam terpinggir..
jika pakatan memerintah,maka makin ramailah suara bukan melayu dalam parlimen..

Tapi berbeza dengan Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow....
beliau berkata suara MP melayu Islam di dalam parlimen adalah seramai 133 daripada 222 kerusi parlimen yang ada dalam negara kita ni...
beliau cuba menggambarkan kekuatan suara MP Islam di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat sekiranya PAS mengusulkan hudud..

Memang UMNO suka mengelirukan orang-orang kampung dengan fakta yang
tidak benar...

Pengerusi Wanita MCA tersebut mendedahkan kedudukan itu kerana beliau bimbang sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dan PAS kemudiaannya membentangkan hudud di parlimen,ianya akan disokong oleh pemimpin Islam dari PKR,PAS dan UMNO sendiri...

Tidakkah kita berasa hairan..?
dalam keadaan Najib dan barisan kempimpinan dalam Barisan Nasional begitu yakin akan memenangi pilihanraya umum ke 13 nanti...
di sudut yang lain mereka seolah-olah yakin Pakatan Rakyat akan memenangi pilihanraya umum nanti dan begitu yakin bahawa PAS akan usulkan hukum hudud....

Pasal hukum hudud ni...
aku nak pesan buat rakan-rakan yang bukan Islam...
Yusuf Al Qaradawi (ulama' besar dunia Islam masakini) pernah menegaskan bahawa untuk melaksanakan hukuman syariah pada masa kini,ulama'-ulama' perlu membuat ijtihad supaya hukuman syariah dapat dilaksanakan...

Maka,hukum hudud ini hanyalah untuk manusia-manusia yang beragama Islam..
kerana itu adalah undang-undang Allah yang diturunkan ke dalam Al Quran...

Dan tanyalah kepada diri sendiri,adakah ibadah solat,puasa dan zakat dikenakan kepada orang yang bukan Islam...?
 


No comments:

Post a Comment