Liang Lahad....

Liang Lahad....


LAPORAN AUDIT NEGARA - KERANA KHALID TAK PANDAI MENGURUS,HASIL SELANGOR MENINGKAT 114.3%

Posted: 15 Oct 2012 02:08 AM PDT

SHAH ALAM 15 OKT : Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.



Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.

Selangorku.

KALAU SABAH DIBAWAH BN,SABAH AKAN MAJU.. HABIS,SEKARANG NI DIBAWAH SIAPA?!!

Posted: 14 Oct 2012 10:17 PM PDT

Dah berapa puluh tahun dah Sabah ditadbir oleh Barisan Nasional..
dah berapa kali mandat diberi oleh rakyat Sabah dan juga "rakyat celup dari Filipina yang diberi IC oleh BN"...?

Selama ini bukan kah BN sudah banyak kali diberikan peluang memajukan Sabah..?

Kenapa pada tahun ini,secara tiba-tiba disaat PRU 13 sudah begitu hampir Najib menyatakan "seandainya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru
pada pilihan raya akan datang, kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri akan bekerja lebih kuat lagi untuk memajukan lagi negeri Sabah"..?

Kenyataan Najib tu seolah-olah BN tidak pernah mendapat peluang mentadbir dan memajukan negeri Sabah le pulak..

Inilah cakap orang politik...
kalau diberi mandat sekali lagi pun..
nasib Sabah akan tetap sama tidak terbela seperti sekarang..

Sejarah BN mentadbir Sabah bukan setahun dua...
sudah lama...
kita sendiri boleh lihat bagaimana janji BN yang kononnya mahu memajukan Sabah...
tapi bila sudah menang,janji dicapati...

Lepas tu pada tahun penghujung penggal,BN akan berjanji lagi..
sampai bila lagi kita nak "angguk kepala" pada janji-janji yang macam ni...?

KALI NI KASI TUKAR..!!!

No comments:

Post a Comment