"tukanglawan"

"tukanglawan"


Surat Akuan Murtad Ayah PIN

Posted: 23 Sep 2012 02:18 AM PDT

Korang pernah tengok tak surat akuan sumpah ayah pin yang mengistiharkan keluar dari Islam?

Ni "tukanglawan" jumpa dan kongsikan dengan kawan-kawan.


Ini bukti, Melayu itu tak semestinya Islam, tetapi islam itu pula tak semestinya hanya melayu, dengar kata ayah pin ni ahli umno, takla pelik, sebab ahli umno terbuka untuk melayu khususnya tak islam pun takpe...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lawak petang, Jom Gelak.. Kah..kah..kah

Posted: 22 Sep 2012 11:56 PM PDT

Adoi, ini memang lawak gila, berbagai cerita kelentong dah tersiar, semuanya gara-gara takut rahsia "kapal Selam" najib terbongkar. suaram dituduh macam-macam, pejabat digeledah, tuduhan demi tuduhan dilemparkan.

Kenapa?, sebab nak takutkan Rakyat atau nak bodohkan rakyat.

Cuba tengok nei, 



Korang rasa nak gelak tak?, kalau ye pun nak kelentong rakyat biar la logik cikit. jangan la nak spin-spin gila babi camni. apa kene mengena negara ni dengan Yahudi, apakah negara ni akan mengcancam keselamatan Israel yang gila jauh tu.. kah..kah..kah

Apa logiknya si yahudi Israel nak "iri hati" dekat malaysia nei kalau ada 40 kapal selam pun, cuba check kapal kebal Markava, negara mana yang buat... dari segi rangking tu kereta kebal ke berapa paling power?...

Kalau nak kelentong rakyat pun, kata la singapura "iri hati" malaysia ade kapal selam, logi la sikit. sebab sebelah-sebelah je.

Takyah la spin isu, kejap kata suaram camni.. kejap camtu, lepas tu tiba-tiba yahudi "iri hati" pulak... punya la bingai.

Kan senang kalau cakap akibat pendedahan suaram ni najib takut, sebab tu geledah semua pejabat, nak usung mahkamah bagai kenapa...mesti ada yang tak kena.... sebab perbicaraan dekat Perancis tu ke?.. cer jawab.. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Air Percuma Selangor, Bab Mana Gagal tu?

Posted: 22 Sep 2012 11:06 PM PDT

Kerajaan Selangor sedia maklum dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memperlekehkan program pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan rakyat mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka, tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklmumat yang secukup mengenai program air percuma ini.

Sejak program ini dilancarkan pada Jun 2008, lebih 1 juta penduduk Selangor yang menggunakan meter individu telah menikmati pemberian air percuma setiap bulan melibatkan perbelanjaan melebihi RM400 juta.

Oleh kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu, maka kerajaan negeri mengambil inisiatif pada Jun 2010 untuk memastikan pemberian air percuma ini turut dinikmati oleh penghuni pangsapuri kos rendah.

Berdasarkan laporan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), daripada 232 kawasan pangsapuri atau 64,715 unit yang menggunakan meter pukal, 92 % atau 214 kawasan melibatkan 58,049 unit pangsapuri kos rendah telah menerima air percuma menerusi Skim Rebet Air Percuma (SAFWA).
 
Baki 18 kawasan atau 6,666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja.

Sejak Julai 2010 sehingga sehingga Julai 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Skim SAFWA ini ditambah baik menerusi "Lapor dan Dapat' iaitu mana-mana pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus dengan SYABAS.

Bagaimanapun , Skim SAFWA ini untuk pangsapuri bertingkat kos rendah sahaja. Bagi pangsapuri bukan kos rendah, pemiliknya perlu memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada individu. Malah, kerajaan negeri juga menubuhkan pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.

Rekod semua Unit Pesuruhjaya Bangunan, pihak berkuasa tempatan dan SYABAS, sebanyak 108 kawasan terdiri daripada 29,318 unit telah bertukar kepada meter individu.

Kerajaan negeri telah mewajibkan semua pangsapuri melaksanakan migrasi meter air individu mulai Mei 2007. Selepas 2007, pemaju wajib menyediakan meter individu dan meter pukal pada setiap pembangunan perumahan bertingkat yang baru.

Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
20 September 2012


 Baiklah,kalau exam 92% ni dah lebih dari layak dapat gread A+ , tang mana puak-puak umno meroyan kata kerajaan negeri tak pandai urus air entahlah. kalau masih ada puak yang cakap kerajaan selangor tak mampu beri air percuma tu, kaji dulu siapa yang sekat dan halang.. baca fakta dulu bukan ikut dakyah umno, nampak sangat bodohnya.

Kalau puak umno memang diorang dengki, padahal zaman umno takde langsung air percuma. tak tau la "tukanglawan" kalau ada lagi orang selangor ni bodoh.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kisah Kerajaan Jin Segi Tiga Bermuda.

Posted: 22 Sep 2012 10:46 PM PDT

Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda? Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakan misteri

Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kera-jaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengen-dalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan menggoda manusia.

Al-Qur'an memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. " (Ar-Rahman: 20-21).

Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab ter-hadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?

Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi. 

Kebiasaaanya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.

Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penyelidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih merupakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.

• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segitiga Bermuda? "
 Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.

• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.

• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.

• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.

• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.

• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelum-nya meyakini bahawa keja-dian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.

• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran atau-pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi ^an radar dan alat-alat komukasi yang serba canggih.

• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.

"Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali… kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. .. nampaknya…."

Tiba-tiba terdengar peringatan pertama tentang terjadi-nya bencana. Menara pengawas di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.

Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.

Demikianlah berbagai peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan "Kuburan Atlantik."Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan.

Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi berbanding masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. 

Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkannya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan kepada. Muhammad Isa Dawud:"Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting, Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis"

Inggeris dan Jerman mahu membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya. 

Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata.

Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang melewati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Qur'an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sarawak, Negeri Kaya Tapi Rakyat Derita.

Posted: 22 Sep 2012 08:17 PM PDT

Monopoli ekonomi Sarawak oleh keluarga dan kroni Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud punca jurang miskin-kaya semakin melebar di negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

"Semua projek infrastruktur awam termasuk pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan hasil bumi dimonopoli kelompok sama, iaitu kroni dan keluarga Taib Mahmud.

"Yang menghairankan kerana Sarawak negeri paling banyak menerima pelaburan. Tapi, masih ramai rakyat Sarawak terpaksa berhijrah ke Semenanjng untuk mencari kerja," katanya kepada Suara Keadilan.

Statiistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pelaburan masuk ke negeri  itu sehingga November 2011 berjumlah RM8.162 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, RM7.7 bilion iaitu hampir 95 peratus diperolehi menerusi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Namun limpahan pelaburan tidak sampai kepada rakyat kerana 'terputus ditengah jalan' oleh anugerah kontrak dan galian hasil bumi kepada kroni Taib Mahmud.

"Hampir di setiap bahagian di Sarawak mengalami masalah kemiskinan dan kekurangan infrastruktur. Sebagai contoh, di kawasan Batang Ai tiada bekalan elektrik, sedangkan di Batang Ai terdapat empangan penjana elektrik.

"Perjalanan antara satu rumah panjang dengan yang lain terpaksa menggunakan bot ,yang kadang kala memakan masa sehingga 9 jam. Jalan Raya tidak ada.

"Begitu juga dengan kawasan luar bandar sepertii di Sadong, Batang Lupar, Kapit dan lain-lain. Ini kawasan pertanian yang penduduknya berpendapatan rendah.

"Agensi kerajaan negeri langsung tak berperanan. Wakil rakyat jarang turun padang. Tidak ada usaha pengembangan ekonomi yang tersusun," jelas Nazib.

Tambahnya, dasar gaji minima RM800 sebulan bersamaan RM3.85 sejam oleh kerajaan pusat tidak adil untuk rakyat Sarawak kerana barangan keperluan harian di negeri itu lebih mahal dari Semenanjung.

"Tapi gaji pekerja, termasuk buruh kerajaan sangat rendah. Saya pernah berjumpa tukang kebun DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) yang berpendapatan RM550 sebulan. Tak cukup untuk sebuah keluarga.

"Pelancongan pula tak lagi jadi industri utama di Sarawak. Kalau dulu ramai pelancong Eropah datang untuk melihat hutan, gua dan Taman Negara di Sarawak, sekarang tidak lagi. Balak habis disapu. Bandar yang bergantung kepada sumber ini malap, mati.

"Kemudian, apabila tidak ada kerja, jenayah meningkat sekaligus memberi impak sosial yang negatif. Ini yang sedang berlaku di Sarawak," jelasnya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment