Nota Kecil

Nota Kecil


Siapa buat video menatang haram jadah nie...kah kah kah

Posted: 24 Sep 2012 04:25 AM PDT

Kah kah kah

Siapa buat video menatang haram jadah nie kah kah

Aku tak mau komen apa, nak gelak ja

Pentadbir universiti suruh mahasiswa sokong UMNO? – Zairil

Posted: 24 Sep 2012 03:26 AM PDT


SEBUAH video yang telah dimuatnaik ke laman YouTube menunjukkan bagaimana seorang pentadbir universiti mempengaruhi jawatankuasa kolej kediaman untuk menyokong kerajaan UMNO-BN rangka pilihanraya kampus membuktikan wujudnya campurtangan pentadbiran dalam pilihanraya kampus.

Video tersebut yang mendakwa Penolong Naib Canselor HEPA UTHM, Prof. Amir Hashim sedang mengugut jawatankuasa kolej kediaman supaya menyokong kerajaan telah didedahkan beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya kampus minggu lalu.

Menurut Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY Zairil Khir Johari, jika isi kandungan video tersebut benar, maka ia jelas menunjukkan wujud campur tangan pihak pentadbiran universiti dalam mencatur pilihan raya kampus supaya dimenangi oleh calon-calon yang disenangi pihak pentadbiran.

"Campur tangan sebegini wajar dikutuk dan ditentang kerana ia merupakan satu pencabulan demokrasi yang jelas," kata beliau.

"Sebarang usaha untuk mencatur pilihan raya kampus oleh pihak pentadbiran mestilah dihentikan," tambahnya.

Zairil yang juga Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP turut berpandangan bahawa mahasiswa wajar diberi kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja daripada kalangan mereka untuk mewakili suara mereka di peringkat pentadbiran, dan bukannya menjadi suara pentadbiran kampus di kalangan mahasiswa.

Beliau mempersoalkan kenyataan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam laporan Sinar Harian 21 September lalu  bahawa seratus peratus pemimpin mahasiswa yang bertanding adalah "calon Aspirasi UiTM", yang disifatkannya sebagai menghairankan.

"Jika semua calon yang bertanding adalah calon Pro-Aspirasi, bagaimanakah yang dikatakan mereka ini dapat "kekal berkuasa" di Universiti Teknologi MARA? Siapakah lawan politik mereka jika bukan berlawan sesama sendiri? Apakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau adakah ini sebenarnya "demokrasi terpimpin" ala Sukarno yang dipupuk oleh pihak universiti?" soal beliau.

Zairil turut menambah bahawa konsep Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menjadi amalan universiti-universiti pada hari ini amat mengelirukan apabila MPP seolah diarahkan untuk melaksanakan aspirasi dan dasar-dasar kerajaan.

"Saya tidak hairan jika ada segelintir mahasiswa yang melabelkan mereka sebagai "staf sokongan" kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar," ujar beliau dalam kenyataannya kepada media hari ini.

Menurut beliau, universiti seharusnya menjadi medan percambahan idea, dan pilihan raya kampus adalah jalan terbaik untuk membuka ruang perdebatan dan mengasah kapasiti pemikiran mahasiswa.

"Adalah amat merugikan sekiranya mahasiswa dinafikan hak memilih dan bertanya jika mereka terus diancam dan diugut dengan sentimen kaum dan keamanan, dan seterusnya dididik untuk menjadi robot yang dihasilkan kilang-kilang sumber manusia untuk menjana ekonomi semata-mata, dan kekal bisu tidak menyoal," kata Zairil.

Esok, pilihan raya kampus bagi 15 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bakal berlangsung selepas lima IPTA selesai memilih majlis perwakilan pelajar masing-masing minggu lalu. – Roketkini.com



Pegantung bendera BN tak patriotik, bahaya orang awam - Ah Teong

Posted: 24 Sep 2012 02:31 AM PDT

BUKTI bendera BN digantung lebih tinggi dari Jalur Gemilang dan bendera P.Pinang.
Ah Teong (kanan) & Harvinder kemuka bukti dan laporan polis.
AHLi Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong hari ini mempersoal tindakan sekumpulan pemuda parti pembangkang Pulau Pinang tertentu memasang 100 bendera Barisan Nasional (BN) secara haram dan berbahaya pada lampu-lampu jalan di sekitar Tanjung Tokong.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempersoal wibawa serta patriotisme pihak berkenaan kerana memasang bendera Barisan Nasional lebih tinggi dari Jalur Gemilang dan bendera Pulau Pinang di depan pasar raya Island Plaza, di sini.

"Selepas bendera-bendera itu dipasang menggunakan kren jentera tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab pula.

"Saya kesal mereka (pemimpin Barisan Nasional) tidak mahu bertanggungjawab, tetapi menyalah penyokong-penyokong mereka.

Bendera BN digantung pada tiang lampu secara bahaya.
"Kami telahpun membuat laporan polis kerana bendera-bendara ini dipangsang pada tiang-tiang lampu yang berketinggian lebih 30 kaki...jika bendera-bendera ini jatuh, akan membahayakan pengguna jalan dan penjalan kaki.

"Mereka (Barisan Nasional) mahu kehidupan atau undi daripada rakyat di sini. Mereka cuba angkuh dengan majlis atau angkuh dengan perlembagaan," soal beliau. ," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Ahli Majlis MPSP, Harvindar Singh a/l Darshan Singh.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 23 September lepas, difahamkan, 100 bendera itu dipasang di sepanjang Jalan Gotblieb, Jalan Tanjung Tokong dan Jalan Bahan Jermal pada malam sebelumnya.

Tiada mana-mana pihak, termasuk pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang mengaku bertanggungjawab dengan aksi angkuh menggantung bendera-bendera tersebut. -END

Salinan laporan polis yang dibuat Ah Teong.

Provokasi Perkasa: Mansor utus surat kepada Peguam Negara

Posted: 24 Sep 2012 02:57 AM PDT

MANSOR Othman
POLiS yang didakwa tidak bertindak tegas ke atas ahli-ahli Perkasa yang memijak, mengoyak dan membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng  akhirnya dipanjangkan kepada Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman bertanya, mengapa mereka yang mengancam Guan Eng masih bebas sedangkan polis pada masa yang sama menahan serta merta kesemua saspek yang memijak serta membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Janji Bersih pada 30 Ogos lepas bagi membantu siasatan.

"Malangnya tindakan keras yang dikenakan ke atas mereka yang memijak gambar Y.A.B Perdana Menteri, tidak pula dikenakan ke atas ahli Perkasa yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang tidak kurang biadapnya terhadap Y.A.B Ketua Menteri," ujar beliau.

Mansor mengutus surat tersebut kepada Abdul Ghani sebagai reaksi pada kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Assisten Komisioner Mazlan Kesah di akhbar The Star pada 8 September lepas yang menyebut "polis tidak mempunyai bukti yang mencukupi" ke atas mereka yang didakwa mengancam Guan Eng sekeluarga.

"Jawapan itu susah untuk diterima (apa)bila ada saksi, gambar dan pengakuan oleh mereka yang terlibat," ujar beliau sambil mengemukakan bukti berwajib untuk perhatian Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, Komtar yang menempatkan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri pernah menerima kek replika tahi manusia sempena Hari Lahir Guan Eng.

10 Mei lepas, pemuda Perkasa turut melancarkan majlis upacara kematian menurut adat agama Hindu ke atas Guan Eng di depan kediaman Ketua Menteri itu.

"Demi mendaulatkan undang-undang tanpa pilih kasih atau 'double standard', YBhg. Tan Sri (Abdul Ghani) harus mengambil tindakan tegas ke atas Perkasa," ujar Mansor.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Guan Eng dalam satu sidang media berasingan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengecam tindakan individu-individu yang memijak gambar muka Najib sungguhpun beliau berbeza ideologi politik dengan perdana menteri itu.

"Jika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein boleh berjanji bahawa kementerianya akan mengambil tindakan dan mempercepatkan proses undang-undang ke atas pelaku-pelaku tersebut, adakah tindakan yang sama akan diambil ke atas penyokong-penyokong BN yang melakukan tindakan yang serupa ke atas gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat," soal beliau.

Beliau turut mempersoal wibawa Hishamuddin yang didakwa langsung tidak mengambil tindakan ke atas insiden mengancam peribadi Datuk S.Ambiga sekeluarga di kediaman Pengerusi Bersama bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini.

Malah, beliau turut mempersoal kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) merangkap Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menuduh pemimpin pembangkang tidak menghormati pemimpin negara ekoran insiden gambar muka Najib dipijak oleh sekumpulan anak muda di Dataran Merdeka menjelang detik 31 Ogos lepas.

"Adalah sangat tidak bertanggungjawab (apabila) menuduh pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk suatu tindakan yang jelas bukan kerja kita.

"Kecaman Koh Tsu Koon terhadap insiden memijak gambar perdana menteri sementara berdiam (diri) apabila gambar saya dipijak dan upacara pengebumian dilakukan dengan (menggunakan) gambar saya," tegas beliau.

"Koh (Tsu Koon) tidak memanggil untuk tindakan yang sama terhadap pemprotes Datuk Ambiga yang dihina dengan "tarian punggung" dan "protes burger"  yang dimasak di depan rumahnya walaupun beliau (Ambiga) seorang (penganut) Hindu dan vegetarian," tegas beliau.

Tuntas dari itu, beliau berkata, layanan dwi-standard beberapa pemimpin Kerajaan Pusat berkenaan sekaligus menyerlahkan wajah sebenar pemimpin Barisan Nasional yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memainkan politik perkauman melampau serta politik pecah-belah demi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak. -END

Mahathir tuduh PR ikut telunjuk Soros?

Posted: 23 Sep 2012 05:40 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad seakan cuba mengelirukan sentimen rakyat anti Umno Barisan Nasional (UBN) dengan menuduh beberapa kuasa asing kian pro Pakatan Rakyat (PR).

Bekas Presiden Umno itu menuduh beberapa kuasa asing tersebut mahu perubahan rejim di Malaysia berlaku sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Malah katanya, kuasa-kuasa asing tersebut mahu pemimpin pembangkang menjadi kerajaan supaya boleh mengikut telunjuk mereka. Tuduhan berniat jahat itu disuarakan semasa mengulas mengenai National Endowment for Democracy dan badan tajaan George Soros bernama Own Society Institute (OSI).

Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai konspirasi pentadbirannya sekitar awal 1990-an bersama-sama George Soros yang dikenali sebagai spekulator mata wang dunia berjudi wang rizab Bank Negara Malaysia sehingga lebih RM30 bilion lesap.

"Dia punya tujuan, baik liberal west, baik Soros, satu satu Perdana menteri yang boleh dia guna.

"Sebab itu, dia nak perubahan rejim di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri boleh ikut telunjuk dia," ujar beliau dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Pemimpin tertentu PR di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan sebagi pemimpin "ikut telunjuk" kuasa asing apabila beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang pro demokrasi di tanah air ini didesak menerima pembiayaan dana dari pertubuhan puteri demokrasi sedunia termasuk dari Amerika Syarikat.

Itu, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang kini giat membongkar skandal rasuah serta penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal selam Scorpene yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Nasib Tun Razak, Abdul Razak Baginda (bekas SetPol Najib) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibunuh dek C4 beberapa tahun lepas, iaitu semasa Najib masih Menteri Pertahanan). -END

No comments:

Post a Comment