Liang Lahad....

Liang Lahad....


BAPAK MERTUA KJ PUN SOKONG PERJUANGAN ROYALTI MINYAK KELANTAN?

Posted: 24 Sep 2012 11:03 AM PDT

Pak Lah pun sokong perjuangan 'R'..?

Perjuangan tuntutan royalti minyak untuk negeri Kelantan memang disokong ramai pihak..
dari Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V sehinggalah rakyat jelata pelbagai kaum dan agama..
termasuklah semua fahaman politik...
PAS.. PKR.. DAP...

...termasuk UMNO...
termasuk UMNO...?
pemimpin UMNO sekat royalti...ahli UMNO sokong tuntutan royalti..?


lepas tu tetap sokong UMNO lagi..? 
jadi siapa sebenarnya yang sekat royalti tu..? tak faham aku eh..

Royalti minyak ini...
jika diberikan kepada negeri Kelantan secara adil,banyak pembangunan yang dapat diusahakan oleh Kerajaan Kelantan...

Kelantan dinafikan hak royalti ini adalah kerana Kelantan di tadbir oleh PAS..
penafian hak ini adalah cara BN membalas dendam terhadap rakyat Kelantan..

Terang-terang kerajaan UMNO/BN menzalimi rakyat Kelantan..

Ku Li pula adalah merupakan pengasas Petronas dan beliau terlibat secara langsung dalam perjanjian hak-hak royalti antara Petronas dan juga negeri-negeri pengeluar minyak..
beliau mengakui Kelantan memang layak mendapat royalti petroleum...

UMNO terang-terang menafikan hak rakyat Kelantan...
jadi aku sedikit bingung bila ada ahli UMNO yang menyokong perjuangan menuntut royalti minyak ini tetapi masih lagi terus subur menyokong UMNO...

Mungkin kini Khairy pun sokong..
sebab bapak mertua dia pun dah sokong 'R'...





EDISI MUNTAH - WANITA UMNO GOYANG PUNGGUNG BERJOGET

Posted: 24 Sep 2012 11:08 AM PDT


Kalaulah kita angkat pejuang-pejuang yang suka berjoget ni memimpin kita..

maka generasi kita akan datang pun sudah tentulah akan suka berjoget jugak...
sebab acuan sistemnya dah macam tu..

Mari kita lihat sekumpulan Wanita UMNO berjoget sakan di satu majlis yang digelar Merdeka Raya..


Dan cai UMNO kena peratikan betul-betul, kot-kot ada muka mak korang kat sini...





Patut ler UMNO boleh bertahan sehingga sekarang..
ramai sangat yang spesis macam ni dalam UMNO...
dan patut le program agama di masjid-masjid yang dikuasai orang UMNO macam hidup segan mati tak mahu...
sebab kat masjid tak boleh buat acara joget macam ni...

Al maklum le,Tun M kata ini adalah "syaitan yang dikenali"..
apa nak buat...

Tu anak buahnya..
nak tengok bosnya pulak tengok bawah ni..




ISU JET PERIBADI - MILIK RAKAN,MINTA TIAN CHUA AMBIL GAMBAR KERANA BUKAN RAHSIA.

Posted: 24 Sep 2012 05:55 AM PDT

Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa jet peribadi yang digunakan beliau dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu adalah kepunyaan kawan beliau.. 

Dan Anwar juga menjelaskan bahawa gambar di dalam jet peribadi itu disiarkan dengan maksud tiada apa-apa yang perlu disembunyi atau dirahsiakan..

Anwar berkata: "Mengapa kita meminta Tian Chua untuk mengambil gambar-gambar ini? Kerana saya tidak mahu orang berfikir bahawa ini adalah rahsia. "



Sinar harian
Aku rasa isu Anwar naik jet peribadi ni sebenarnya tak patut jadi isu pun...
tapi biasalah cai UMNO akan kata begitu begini untuk burukkan Anwar..

Ada yang kata Anwar beli jet tersebut..
mari kita lihat petikan yang disiarkan dalam salah satu blog UMNO, AIDC, yang memang mencipta fitnah trhadap Anwar adalah kewajipan mereka setiap hari..

 
Dan aku rasa soalan "beranikah Anwar mengeluarkan kenyataan rasmi menjawab gambar-gambar tersebut" aku rasa sudah pun terjawab..

Malah Utusan siap siarkan lagi gambar Anwar di dalam jet tersebut,seolah-olah perbuatan itu adalah pelik dan salah...



Yang pasti Anwar tidak menggunakan dana kerajaan atau dana rakyat untuk perjalanan politik beliau... 

Anwar: Jet peribadi milik rakan
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.

Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.

"Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kata Anwar lagi, sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.

"Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, "katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.



TERBONGKAR!! PENGGAMBARAN RAHSIA RAKYAT BERATUR UNTUK AIR.

Posted: 24 Sep 2012 12:20 AM PDT


BN sedang melakukan penggambaran rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..


Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut.. 



Penggambaran ini dilakukan semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor,sedangkan masalah air di Selangor tidaklah seburuk yang diwar-warkan oleh media UMNO iaitu TV3,RTM,Utusan dan Berita Harian...


Macam-macam yang sudah dilakukan oleh BN untuk menggembar gemburkan isu air di selangor ni..

Sebelum ini beberapa tempat di Selangor terpaksa menerima permainan jahat BN apabila gangguan bekalan air sengaja dilakukan bagi menimbulkan kemarahan penduduk supaya penduduk memberi tekanan kepada kerajaan Negeri...

Mereka juga melakukan ugutan terhadap kerajaan Selangor...
ugutan tersebut dilakukan oleh kerajaan BN Pahang yang akan membatalkan bekalan air dari Pahang ke Selangor sekiranya Selangor enggan meluluskan Projek Langat 2..

Aku percaya filem pendek ini akan digunakan sebagai alat propaganda semasa kempen PRU 13 nanti..

Iklan air masalah air Selangor berjalan 'rahsia' di PJ
Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Penduduk berkenaan juga memberitahu, kawasan tersebut tidak mengalami masalah air.
Pihak penerbit pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

Malaysiakini juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.


Malaysiakini

PASAR MALAM TUTUP 20 MINIT HORMATI MAGHRIB DAPAT DILAKSANAKAN DIBAWAH PR

Posted: 23 Sep 2012 10:42 PM PDT

Di selangor ni banyak perkara baru yang baik dapat kita rasai dan alami sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di Selangor daripada kerajaan UMNO/BN...

Selain dari 20 meter padu air percuma diberikan kepada rakyat Selangor...
selain dari gaji guru KAFA mendapat kenaikan sebanyak RM600 setiap bulan..
selain dari program keagamaan di masjid-masjid di Selangor semakin rancak dilakukan..
dan berbagai-bagai lagi kemudahan dan kelebihan yang diterima oleh rakyat Selangor.. [LIHAT MES]


Kini,satu perubahan telah pun dilakukan di Selangor apabila pasar malam ditutup selama 20 minit apabila tiba waktu maghrib bagi menghormati waktu maghrib dan bagi memudahkan peniaga dan pengunjung untuk solat maghrib..



Umum mengetahui waktu maghrib adalah waktu yang paling ramai orang berkunjung ke pasar malam,keadaan ini menyebabkan para peniaga sukar untuk meninggalkan perniagaan mereka bagi menunaikan solat maghrib..

Dengan adanya sistem yang sebegini,ia akan memberikan mereka peluang untuk menunaikan solat maghrib dengan lebih tenang...

Cetusan idea JKKK

Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.
"Ini adalah pembaharuan.  Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan.


"Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka.


"Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut.


Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut.


Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.


Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain.


"Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen.


"Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu

Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat," katanya.

Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak.



Peniaga sambut baik


Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.


Jika kita mahukan perubahan,kita mesti berani buat perubahan!!

KETUA PEMUDA UMNO KEPONG TIKAM DIRI SENDIRI UNTUK DAPATKAN SIMPATI

Posted: 23 Sep 2012 06:06 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali (gambar) cedera di perut akibat ditikam dan jari tangan beliau dipercayai putus akibat diserang di hadapan rumah beliau awal pagi tadi...

Beliau kini berada di Hospital Ampang...


Baiklah,macam mana kalau aku katakan dia tikam diri sendiri sebab nak raih simpati..


Memanglah aku tahu, dia memang kena tikam betul-betul...
tapi macam mana kalau aku kata dia buat sendiri..? 
sebab nak orang kesian kat kat dia.. 
kesiankan kat UMNO...?
mesti cai UMNO marahkan..?


Macam tu le jugak apabila pemimpin UMNO dan cai UMNO secara jemaahnya mengatakan Anwar menumbuk mata dia sendiri sampai lebam dalam kejadian Rahim Noor menumbuk Anwar sehingga beliau terjatuh di dalam lokap..





Begitu juga bila korang kata pengawal peribadi Wan Azizah meracun dirinya sendiri..
padahal beliau dicucuk oleh seseorang  ketika mengiringi Wan Azizah di satu ceramah di Utara..





Hal yang sama juga korang katakan terhadap insiden bas jelajah merdeka disimbah cat...
korang kata itu semua nak meraih simpati rakyat..







Bila pejabat DAP disimbah dengan cat merah pun korang kata orang DAP yang buat sendiri..
seolah-olah orang DAP tu tak ada kerja lain nak buat..




Itu aku bagi contoh jer...
lain kali jangan buat fitnah sembarangan ke atas sesuatu jenayah yang benar-benar berlaku..

Tak ada orang yang sanggup mencederakan diri mereka sendiri,merosakkah harta benda mereka sendiri..
jadi blogger upahan UMNO dan cai UMNO..
berubahlah.. dan matanglah dalam berpolitik..

Aku doakan Ketua Pemuda UMNO tu selamat dan cepat sembuh..

No comments:

Post a Comment