"tukanglawan"

"tukanglawan"


BN Punca Pengangguran Belia Sabah meningkat.

Posted: 22 Sep 2012 05:02 AM PDT

Parti Maju Sabah (SAPP) berkata jumlah pengangguran dikalangan belia yang semakin meningkat berpunca daripada kegagalan dasar ekonomi Barisan Nasional (BN).
 
Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul berkata, puluhan ribu belia Sabah yang berhijrah ke Singapura dan Semenanjung untuk mencari pekerjaan adalah kerana kekurangan pekerjaan di Negeri ini walaupun BN telah melancarkan Koridor Sabah.
"Mana sudah Koridor Pembangunan Sabah yang kononnya menyediakan banyak pekerjaan kepada rakyat Sabah? siapa yang isi kekosongan ini?

"Mana sudah janji di tepati BN? Hari ini terlalu ramai belia Sabah menganggur termasuk para graduan lepasan universiti," katanya.
Beliau berkata, pengangguran di Sabah yang meningkat berpunca daripada kegagalan BN menyediakan pekerjaan yang sesuai kepada para belia.
Katanya, semua angka yang disiarkan dalam akhbar tentang kejayaan menampung pekerjaan di Koridor Pembangunan Sabah tidak selari dengan apa yang benar-benar berlaku di industri berkenaan.
Edward berkata, Koridor Pembangunan Sabah tidak menjaga kepentingan rakyat Sabah tetapi hanya menjaga kepentingan segelintir pihak tertentu sahaja.

Menurut Edward, belia Sabah terpaksa berhijrah kerana peluang pekerjaan ditempat sendiri terlalu sedikit.
"Dasar ekonomi Sabah BN gagal mengatasi masalah pengangguran belia di Sabah," katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

BN Selangor Tiada Calon MB Pilihan

Posted: 22 Sep 2012 04:33 AM PDT

PKR hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bakal Menteri Besar daripada Umno-BN sekiranya ia serius dalam menawan kembali Selangor. 

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin berkata tanpa nama calon Menteri Besar dari Umno-BN, sudah pasti "resipi" yang diwar-warkan oleh Muhyiddin untuk menawan Selangor akan menjadi "resipi basi". 

"Apa yang pasti, Menteri 'udang', Datuk Seri Noh Omar terkeluar daripada senarai calon Menteri Besar bersama Datuk Seri Mohammad Zin kerana kedua-duanya tidak disenangi dikalangan rakyat. 

"Sehingga hari ini, ternyata, tiada calon dari Umno-BN yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya dalam sidang media di Pejabat Keadilan Selangor di Pusat Perdagangan Dana 1 di sini. 

Minggu lepas, Muhyiddin berkata Pakatan gagal menyelesaikan tiga isu – kutipan royalti pasir, perkhidmatan bekalan air, kutipan hutang syarikiat Talam – dan ia akan dijadikan "ramuan" untuk Umno-BN menawan kembali Selangor. 

Kata Zuraida, sekiranya Umno-BN sudah mempunyai ramuan itu mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani mengumukan tarikh pilihanraya umum ke 13. 

Mengulas lanjut perkara itu, Zuraida berkata Umno-BN akan menggali kubur sendiri sekirannya ia menggunakan resipi tersebut. 

"Hal ini kerana rakyat tidak akan sesekali lupa apa yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini," katanya. 

Jelasnya, 'resepi kitar semula' berkaitan isu air, hutang talam dan pasir itu berpunca daripada kegagalan Khir Toyo yang ditinggalkan Umno-BN kepada Pakatan.

Sebaliknya, Pakatan berjaya menyelesaikan ketiga-tiga isu itu dan ia merupakan kejayaan PR. 

Malah, katanya, strategi Pakatan yang mengangkat martabat rakyat dengan meletakkan Selangor sebagai negeri berkebajikan adalah resepi terbaik bagi 'menghidangkan' kekalahan kepada Umno-BN. 

 "Kami mengingatkan Muhyiddin supaya hentikan sandiwara politik yang busuk ini, beliau kini sudah tidak diterima rakyat," katanya.

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Buku Menarik, Singkap Sejarah Khalid Ibrahim.

Posted: 22 Sep 2012 04:32 AM PDT

Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan  mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang  pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa

Ini atas kejayaan mengetuai operasi 'dawn raid' di Bursa Saham London dengan 'membawa pulang' syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).

Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan 'dawn raid', anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, 'Fearless: From Kampung Boy To CEO'.

Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.

"Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.

"Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik," katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.

Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.

Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Merayu Diberi Peluang Lagi, Kenapa?

Posted: 21 Sep 2012 11:02 PM PDT

Wah, sebelum ini bukan main lagi si najib ni dengan "riak"nya kata sokongan bertambah padu terhadap BN, sampaikan dengan angkuhnya kata tak sabar-sabar nak bubar parlimen dan buat pilihanraya. 

 Betul ke yakin sangat boleh menang nei, kenapa nampak gayanya sedang ketakutan? 

Kali ni kenapa pulak "tukanglawan" baca di malaysiakini seolah-olah najib merayu supaya BN dipilih sepenggal lagi?, sudah tau nak kalah ke?   

  
Sudah - sudahlah tu, BN dan umno sudah teruk membelas negara ini, pemimpin bukan lagi jadi pembela rakyat, tetapi mencari-cari lubuk wang untuk hidup mewah.

Untuk Undi BN sekali lagi dan biarkan mereka terus menjarah negara ini, tak mungkin sama sekali. kali ini Umno dan BN akan dikuburkan.




 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bangga Dengan LegoLand?, Sila Baca Ini.

Posted: 21 Sep 2012 09:02 PM PDT

Maaf kalau ada rakan yang tak senang dengan posting nei, "tukanglawan" kadang-kadang pelik bila lihat ada yang terlalu "taksub" dengan legoland. Kenapa nak bangga sangat.



 
Sudah lupa kah kita penghinaan Lego terhadap Rasullulah junjungan kita?
Gambar ini sebagai mengigatkan.


Berpusu-pusu orang pergi ke Lego land, apakah setiap wang yang "dibayar" itu sebagai tanda penghargaan terhadap hinaan lego kepada Nabi Muhammad S.A.W dulu? fikir-fikirkanlah....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Sabah, Janji Dicapati

Posted: 21 Sep 2012 07:36 PM PDT

APAKAH hadiah yang teristimewa kepada rakyat Sook selepas 47 tahun mengharungi kemerdekaan?

Jawapannya kira-kira lebih 1,000 penduduk di tiga buah kampung iaitu Kg Linsudan Baru, Kg Namadan Baru dan Kg Bambangan Baru masih bergelumang dengan jalanraya berlumpur dan bermandi debu.

 Menurut mereka, janji-janji untuk menaiktaraf jalanraya sudah lama dizahirkan oleh pemimpin kerajaan semasa melakukan lawatan ke kampung mereka khususnya ketika musim berkempen dalam pilihanraya, tetapi malangnya selepas itu janji tinggal janji ibarat 'janji terang bulan'.

Justeru, mereka sekali lagi menggesa kerajaan agar tidak melengah-lengahkan pelaksanaan untuk menaiktarafkan jalan raya utama menuju ke simpang Batu 16, kerana ketika ini jalanraya berkenaan telah rosak teruk dan sukar dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.

Disebabkan penduduk di situ sudah bosan dengan keadaan jalanraya yang berlumpur dan licin malah mereka (penduduk) terpaksa kena menyorong kenderaan apabila tersangkut di kawasan berlubang dekat situ. Bukan sahaja itu, malah mereka sudah serik dan tidak tahan lagi berada dalam keadaan yang serba kedaifan, seolah olah masih berada di zaman kolonial lagi.

Jurucakap penduduk, Henry Judy Kusop, 50, berkata demikian kepada media pada Ahad, berikutan kerosakan jalan raya di situ yang menyulitkan penduduk kampung apabila keluar berurusan ke pekan untuk memasarkan hasil tanaman mereka ke pusat bandar.

Judy menegaskan bahawa selain penduduk kampung, warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Linsudan juga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyukarkan mereka membawa keperluan mengajar termasuk peralatan sekolah kerana kenderaan pengangkutan awam enggan masuk di kawasan itu.

"Amat menyedihkan lagi katanya, apabila ada penduduk yang sakit tenat dan memerlukan rawatan di hospital Keningau kerana tidak dapat dibawa keluar dengan cepat kerana masalah jalanraya yang teruk," tegas beliau.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Isim Gamurong yang menceritakan detik-detik memilukan apabila seseorang penduduk keluar ke pekan terpaksa membawa cangkul untuk mengeluarkan takungan air dan lumpur di atas jalanraya.

"Jika tidak, kenderaan kami tidak dapat lalu di situ kerana jalan licin dan berlumpur, takut kenderaan tersangkut di kawasan berlubang besar," jelas Isim.

Kata Isim, bukan setakat membawa cangkul tetapi terpaksa membawa dua pasang pakaian kerana jika pakaian mereka terpalit dengan lumpur mereka menukarnya sebelum meneruskan perjalanan ke pekan.

Ini betul-betul janji dicapati, berapa tahun "dijajah" BN tapi masih hidup seperti zaman kolonial, ini yang dilaung-laungkan oleh BN, kononnya mereka sahaja yang mampu merubah hidup rakyat, ini bukan mengubah hidup rakyat, tetapi ini menyusahkan rakyat.

Apakah hasil dari Sabah yang kaya raya itu hanya layak masuk ke poket para "penjarah" kekayaan Sabah, tetapi sedikit pun tidak dapat dinikmati rakyat negeri itu? . Memang wajarlah ramai pemimpin berubah arah, cuma yang tinggal sang "penjarah" yang terus mahu tebalkan poket mereka tanpa memikirkan nasib rakyat Sabah.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rakyat Sabah DiPinggirkan Untuk Tebalkan Poket Pemimpin Umno.

Posted: 21 Sep 2012 06:18 PM PDT

PENGERUSI Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Mujilip Bumburing berkata, kehidupan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Labuk-Sugut di Sabah terus dibelenggu kemiskinan tegar dan ketinggalan dalam menikmati pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan Sabah sejak 49 tahun lalu.

 Ini jelas terbukti, kata Bumburing kerana para penduduk Kampung Kobambangan dan Kampung Pinangkau dalam Zon Paitan di Parlimen Beluran dan DUN Sugut yang majoritinya suku kaum Sungai terus terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan negara seperti jalan kampung, bekalan elektrik, sekolah, klinik dan juga bekalan air paip bersih

Walaupun Sabah sudah merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi kehidupan rakyatnya termasuk keadaan kampung masih tidak berubah sehingga masih ada mereka berumah berbumbungkan atap rumbia, berlantai dan berdindingkan kulit kayu, masih minum air perigi atau air sungai yang tercemar dan tidak dirawat

. "Kalaupun ada projek dan kemudahan-kemudahan lainnya yang disalurkan oleh kerajaan UMNO/BN ke satu-satu kampung, hanya berfokus kepada kroni-kroni ADR dan ADUN atau kepada penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja; sementara penduduk yang tidak menyokong atau bukan menjadi ahli parti komponen BN/UMNO terus terpinggir dan dianak tirikan oleh ADUN Sugut Datuk Surady Kayung dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee," ujarnya. 

Tidak hairanlah tambah Bumburing, kerana budaya rasuah dan kroni ini memang sudah menjadi satu budaya kepada para pemimpin UMNO/BN yang mengutamakan sistem pilih kasih dalam pengagehan kek pembangunan dan kesejahteraan. (sila baca pendedahan oleh Ahli Umno sendiri disini)

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ghaib Di Rumah, Sedar Di Kubur

Posted: 21 Sep 2012 05:08 PM PDT

Jika sebelum ini, mungkin ada yang pernah membaca kisah tentang seorang lelaki yang ghaib namun kemudiannya ia muncul di Tanah Suci Mekah. 

Walaubagaimanapun kisah itu sudah lama berlalu, kini terdapat satu kisah di mana seorang gadis sering ghaib di rumah, namun demikian, ia muncul semula tetapi bukanlah di rumah, tetapi dikawasan kubur. Kisah misteri ini mendapat perhatian dari penduduk setempat.

 "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

"Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu. Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami," katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada 'di alam ghaib'.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

"Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ," katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu , Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

"Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam," katanya.

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment