Liang Lahad....

Liang Lahad....


ROSMAH HADIRI MAJLIS DI BRUNEI BERSAMA KETUA NEGARA ASEAN TANPA NAJIB? SIAPA SEBENARNYA PM KITA NI?

Posted: 23 Sep 2012 09:24 AM PDT


Rosmah menghadiri majlis istiadat persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman, tengah hari semalam (Ahad) tanpa Najib..? 
 
Setahu aku jahat-jahat Mahathir dulu, dia masih lagi pandai kawal isteri dia..
tak pernah pulak aku dengar Siti Hasmah buat-buat pandai mendahului mahathir dalam acara rasmi seorang Perdana Menteri... 

Ni Rosmah ni..
menonong laju je dia ke Majlis  persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei,
tengok gambar kat atas tu..


Sampaikan isteri Taib Mahmud (lelaki yang terkaya di malaysia tu) pun menjeling jer ke arah Rosmah dengan muka menyampahnya...

 

Majlis persandingan tu adalah acara rasmi kesultanan Brunei dan ianya turut dihadiri oleh beberapa Ketua Negara dan pemimpin Negara Asean,antaranya :
  • Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, 
  • Presiden Filipina Benigno S. Aquino, 
  • Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan 
  • Menteri Luar Singapura K. Shanmugam
Kesemua para tetamu kenamaan,termasuklah si Rosmah ini (yang sepatutnya tempat seorang Perdana Menteri) dibawa mengadap menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
  
Najib pula tiba pada sebelah petangnya pukul 5 pm,bagi menghadiri majlis "Persantapan Diraja" di Dewan Santapan Diraja, Istana Nurul Iman pada sebelah malamnya..



Siapa PM negara kita yang sebenarnya..?
harap-harap Sultan Brunei faham apa maksudnya "Queen Control" kot...

PEMIMPIN DAP ENCIK MAH,HINA ISLAM LAGI - PEMUDA UMNO,PERKASA DAN JATI AKAN MENGADAKAN RAPAT UMUM BANTAHAN TERBESAR.

Posted: 23 Sep 2012 05:35 AM PDT


Pemimpin Veteran DAP, Encik Mah Hat Dir (gambar) hari ini menggemparkan seluruh umat Islam di negara ini apabila mengatakan hukum hudud adalah satu hukum yang tidak adil..

Sedangkan hukum hudud adalah hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah..
dan dilaksanakan oleh Rasulullah dan para sahabat...


Pemimpin veteran DAP berkenaan, Encik Mah Hat Dir ini bukanlah kali pertama mengeluarkan kenyataan menghina hudud,Nabi dan Islam..
sebenarnya sejak dahulu lagi beliau telah berulangkali megeluarkan kenyataan menghina hudud ini..

Memandangkan Perkasa dan Jati termasuk Pemuda UMNO beriya-iya marah apabila Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham secara tersilap mempersoalkan usaha bantahan ke atas filem menghina Nabi yang beliau ingatkan ianya hanyalah agenda perjuangan Khairy semata-mata baru-baru ini... 

Maka,aku rasa sudah pastilah Perkasa,Jati dan Pemuda UMNO tidak rela Encik Mah hat Dir ini secara terang-terangan menghina hukum hudud...

Kemungkinan kita akan menyaksikan demo bantahan besar-besaran yang dianjurkan Perkasa,Jati dan Pemuda UMNO ke atas penghinaan ini tidak lama lagi...


Antara kenyataan-kenyataan lain yang pernah dikeluarkan oleh Encik Mah Hat Dir ini adalah seperti berikut...
  • "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif."  ~ kenyataan beliau dihadapan wartawan di Nilam Puri, Kelantan, pada 3 Mac 1994.

  •  "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" ~ kenyataan beliau pada perjumpaan Ketua-Ketua UMNO bahagian Johor pada 3- April 1992

  •  "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"  ~ Kenyataan beliau dalam ucapannya di Pusat bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan. pada 3 Mac 1994.
 
  • "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." ~ Kenyataan dalam ucapan beliau di Pasir Mas,Kelantan pada14 Ogos 1994.

  •  "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." ~ Amaran yang dikeluarkan dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan,pada 14 Ogos 1994.

  •   "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."  ~ Kenyataan beliau ketika temubual dengan wartawan pada 18 Ogos 1991
 


  • "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." ~ Kenyataan beliau dalam ucapannya di Papar ,Sabah pada  2 Mei 1992.
Mudah-mudahan dia mendapat hidayah dan berhenti dari mempertikaikan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW.

DEMI MELIHAT PROJEK KRONI LANGAT 2 DITERUSKAN - PAHANG BATAL AIR KE SELANGOR

Posted: 23 Sep 2012 01:07 AM PDT

Memanglah UMNO dan BN ini sanggup buat apa sahaja untuk mengkayakan kroni-kroni mereka..

Mereka sebenarnya tidak peduli langsung akan nasib rakyat jelata..
demi kroni dan perut mereka sendiri mereka sanggup membiarkan rakyat menerima kesan asalkan kemahuan mereka diikuti dan dipatuhi...

Terbaru Kerajaan BN Pahang mengugut akan menghentikan bekalan air ke Selangor sekiranya Selangor masih bertegas tidak mahu membenarkan projek
kroni BN iaitu Langat 2 di teruskan..

Utusan Malaysia

Selangor berpendirian untuk tidak membenarkan Langat 2 diteruskan adalah kerana projek itu sebenarnya tidak mendesak dan yang sebenarnya diperlukan adalah pemulihan loji rawatan air yang hanya memakan belanja RM225 juta sahaja..

Langat 2 memakan kos sehingga RM12 bilion apabila siap sepenuhnya dan kos ini terpaksa ditanggung rakyat Selangor dengan kenaikan tarif air yang tinggi untuk tempoh masa yang amat panjang..

Selangor tidak bersetuju rakyat semakin dibebankan dengan kos sara hidup..
sebab itulah Selangor memberikan potongan 20 meter padu air percuma yang bersamaan dengan RM11 sebulan..

Baca untuk mengetahui kenapa Kerajaan Selangor tidak bersetuju [DI SINI]

Dengan perkembangan terbaru ini,aku semakin bersemangat untuk menolak Kerajaan yang amat Zalim ini..

DR ASRI SINDIR SIAPA NI?

Posted: 22 Sep 2012 11:51 PM PDT

Siapakah gerangannya yang disindir oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini..?

Apakah para mufti..?

Apakah para Ulama' Muda UMNO..?

Maksud yang tersirat yang hanya Dr. MAZA sahaja yang mengetahuinya...

Kalau nak dikata pemimpin PAS,mereka tak boleh nak bodek kerajaan untuk
diberikan jawatan..
yang dimaksudkan oleh Dr. MAZA ni adalah mereka-mereka yang boleh membodek jer..

Mungkin petikan twitter dibawah ini boleh kita rumuskan siapa yang dimaksudkan :


Yang menggunakan jenama Ulama' Muda di dalam sesebuah parti politik,hanya UMNO sahaja...

Mereka inilah yang menjadi perisai hadapan UMNO dalam berhujah mengenai agama tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak mampu untuk menegur kesilapan pemimpin-pemimpin mereka sendiri..

Usahkan dalam soal pentadbiran negara yang memerlukan ijtihad yang khusus,nak tegur Rosmah supaya menutup aurat pun mereka tidak mampu...

Kehadiran geng-geng ulama' muda ini juga turut tidak disenangi oleh "orang lama" dalam UMNO apabila mereka melihat ulama'-ulama' muda ini seakan-akan mahu mengampu pemimpin tertinggi mereka..


Apabila ulama' senang dijenamakan dan senang pula dibeli untuk kepentingan kerajaan pemerintah...

Perkara ini sudah lama berlaku sejak zaman dahulu lagi...
kini cuma watak-watak yang berbeza,tetapi penceritaan dan kisah tetap sama..

Dan didalam blog

IMAM BESAR BANGGA SEJAK PR MENTADBIR,PROGRAM KEAGAMAAN RANCAK,PERNAH BERLAKU SOLAT SUBUH SEPERTI SOLAT JUMAAT

Posted: 22 Sep 2012 09:37 PM PDT


SHAH ALAM 23 SEPT: Di bawah Pakatan Rakyat(PR) program-program keagamaan dilihat bertambah rancak di Selangor.

Lebih membanggakan ia semakin mendapat sambutan masyarakat umum, khususnya golongan muda secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Kejayaan tersebut disifatkan berpunca dari hasil pendekatan dan kerjasama erat antara golongan agamawan dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Demikian menurut Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin dalam satu wawancara eksklusif dengan TV Selangor di Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

"Ada kalangan penceramah kita hari ini berjaya menarik golongan anak muda dan pengalaman saya sendiri di masjid ini dengan adanya 'ustaz ikon' sebegini kita tengok program kita sudah ada 50/50 atau pun 40/60 peratus sebahagiannya adalah orang muda.

"Ini adalah tanggungjawab besar yang berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan kita berharap dapat diteruskan, bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi di peringkat kecil-kecilan di daerah-daerah," kata beliau.

Pada masa ini, selain memperbanyak program keagamaan, Kerajaan Negeri turut  menggunakan pendekatan dengan menyelitkan ikon di kalangan tokoh agama terkenal  dalam program-program yang dianggap mampu menarik kehadiran golongan muda.

Antaranya penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal yang pernah dijemput mengadakan ceramah agama dalam program sambutan ambang tahun baru, Sambutan Hari Belia Selangor, Konvoi ke Masjid dan lain-lain.

"Mungkin pendekatan kita yang lama dahulu kita tidak lihat penerimaan mereka dan mereka mungkin rasa ceramah agama ini hanya untuk orang tua-tua sahaja.

"Apabila turunnya penceramah kita di padang, stadium dan tempat-tempat yang disukai orang muda, akhirnya menarik hati orang muda ini dan akhirnya mereka turun pula ke masjid dan surau.

"Bagi saya ini adalah kejayaan yang baik dan berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri," kata Ahmad lagi.
Ahmad juga menjelaskan, berbeza dari dahulu, program yang dijalankan di masjid juga bertambah dengan pelbagai kelas agama dan mendapat sambutan positif dari masyarakat Islam Selangor.

"Kita dapat tengok masjid mengadakan kuliah keagamaan pelbagai waktu, bukan sekadar kalau dahulu kuliah cuma diadakan selepas Maghrib atau selepas Subuh tetapi sekarang pada waktu pagi sudah bermula seperti Kuliah Duha yang dahulu kita tak pernah dengar sekarang dah ada dan juga kelas selepas waktu Asar.

"Kalau hari Sabtu dan Ahad kuliah diadakan dari pagi hinggalah ke malam," ujar beliau lagi.

Menurut Ahmad, pernah dalam sebuah program yang diadakan pada waktu Subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum ini, mencatatkan kehadiran orang ramai yang menyamai kehadiran solat Jumaat di masjid sama.

Selangorku

No comments:

Post a Comment