"tukanglawan"

"tukanglawan"


Isu Gambar, Sabotaj Atau Ingin Sampaikan Sesuatu Pada Pembaca?

Posted: 20 Sep 2012 03:30 PM PDT

Isu gambar yang dipercayai sudah diedit untuk menggambarkan ramai memberi sokongan kepada najib dikatakan kemungkinan telah disabotaj. 

Bernama yang katanya telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega akan menjalankan siasatan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj.

 Betul ke gambar tu telah disabotaj?, kita tidak boleh nafikan taktik "menindan gambar" seperti ini seringkali digunakan untuk memberi "persepsi" bagus seseorang pemimpin kepada orang ramai. bukankah peranan media selain menyebar informasi bertindak menaik dan menjatuhkan imej seseorang individu?

Apakah terdapat kemungkinkah gambar itu telah diubahsuai dalam keadaan terburu-buru sehingga editor sendiri pun terlepas pandang kesilapan itu.. kalau nak siasat siapa yang sabotaj, jangan siasat 1 individu saje, mungkin pihak atas pun terlibat sama. 

Biasalah, dalam keadaan umno semakin rebah , mungkin ramai wartawan dan pihak atasan mahu beralih arah.. mereka pun sudah takut duduk atas kapal yang makin karam, muak dengan politik carca marba didikan umno di negara ini. 

Cuma kalau ini satu sabotaj, memang berani individu tersebut kerana mahu rakyat celik terhadap kepincangan media, dan sudah pasti ada mesej yang dia mahu sampaikan.

Sabotaj atau tidak itu tak penting sebenarnya, apa yang lebih penting ialah rakyat harus tahu, tidak semua yang dilaporkan media benar, kita baca dan nilai sendiri.



 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video Best, Bagaimana najib Menangkan BN Pada PRU Nanti

Posted: 20 Sep 2012 04:12 AM PDT

Video ni "tukanglawan" jumpa di youtube, kalau korang boleh save korang cepat-cepat la save sebelum kene remove.

Video ni menunjukkan formula macam mana najib nak menang PRU nanti, memang best la, ibrahim ali pun ada, cuma dia tak masuk pertandingan lompat tinggi, dia jadi kameraman je.. kah..kah..kah...

Komen kalau suka, kalau nak lagi lebih video macam nei, sila sharekan dengan kawan-kawan, nanti "tukanglawan" carikan lagi .


 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Reformasi Yang Tak Akan Mati

Posted: 20 Sep 2012 03:59 AM PDT

Sayugia, 14 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini , telah muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, atas konspirasi peringkat tertinggi.

Konspirasi ini dijalankan kerana mereka yang berkepentingan telah mula menyedari, arus perubahan kuat bakal melanda sekiranya lelaki yang bernama Anwar Ibrahim ini tidak dihumban segera dari hierarki pentadbiran negara.

Kelab Anwar Ibrahim menelusuri sejarah Reformasi dengan penuh insaf dan bangga. Reformasi yang lahir pada 1998 itu, ditohmah sebagai sebuah kesedaran membela individu semata-mata.

Telahan itu ternyata meleset kemudian, dan semangat Reformasi yang didukung oleh anak muda ketika itu, tetap kekal utuh dan bakal mengusir pemerintah zalim yang selama ini ternyata angkuh menganiayai kebebasan dan hak rakyat untuk hidup sebagai bangsa yang berdaulat.

14 tahun lamanya, darah, airmata, kudrat dan keringat telah tumpah bagi membajai semangat Reformasi itu sendiri. Selama tahun itu juga, anak muda telah mula melancarkan perang terhadap penindasan yang keterlaluan. Matlamatnya cuma satu, kemenangan dan kebanggaan untuk hidup bebas sebagai manusia.

Kritik terhadap kezaliman punya sejarah jelek dan memualkan, lantas kemudian kritik itu bertukar menjadi kebencian kepada pemerintah , dan ternyata pemerintah sekarang tidak belajar untuk memahami kritik dan isyarat yang dihantar oleh anak muda Reformasi 14 tahun yang lalu.

Kini, terbentang luas di hadapan mata mereka pintu keluar yang dibina oleh anak-anak muda masa kini, yang menyambut nadi perjuangan Reformasi yang didenyutkan oleh anak muda sebelum mereka.

Pemerintah berulang kali mengimpikan Reformasi ini mati, malah telah berkali-kali mengisytiharkan kematian Reformasi ini. Ternyata mereka sinis dan lekeh terhadap api perjuangan anak muda tanahair Meskipun diakui juga segelintir yang lari meninggalkannya, namun Reformasi terus didokong oleh para istiqamah dan pemberani.

Anak muda zaman kini haruslah bersyukur , dan berterima kasih kepada anak muda 14 tahun lalu yang mencetuskan rasa melawan ini , dengan harapan tinggi untuk satu derap langkah terakhir bersama-sama untuk menumbangkan rejim zalim dalam pertempuran terakhir yang akan berlaku bila-bila masa dari saat ini.

Oleh demikian, AIC mengajak anak muda untuk terus membiarkan semangat Reformasi terpasak dan menjadikannya pedoman ampuh bagi memenangi perang pembebasan ini.

Kelab Anwar Ibrahim dan ahli-ahlinya, dari utara ke selatan, Malaysia Timur serta yang masih berkelana di bumi United Kingdom , merasa begitu terinspirasi dari gelombang Reformasi yang berusia 14 tahun ini, malah kamilah anak-anak yang membesar dan ditakdirkan untuk menjadi penyambung sebagai pendokong semangat ini.

Kami akur, dan bersedia , untuk melengkapkan babak terakhir Reformasi ini , dan menyumbang segala apa yang terdaya, sehingga keadilan benar-benar bertakhta. Salam Reformasi , untuk pendokongnya yang benar-benar berani.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia
20 September 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hasut Pelajar,,, Ini Profesor atau Guru Tadika?

Posted: 20 Sep 2012 12:43 AM PDT

Jom tengok video bawah nei, bagaimana seorang Pentadbir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Ir Amir Hashim Mohd Kassim sedang menghasut pelajar untuk menyokong Kerajaan. 

Profesor yang baru belajar berceramah di depan budak-budak universiti ini bukan sahaja terang-terangan berpolitik dalam kampus, tetapi sebenarnya baru belajar berceramah sebagai persediaan untuk menjadi calon agaknya. 

Dengan hujah-hujah yang salah, profesor ini lebih layak ceramah depan budak tadika. 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

BN Lubuk Emas Kumpul Kekayaan

Posted: 20 Sep 2012 12:14 AM PDT

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pendedahan Skandal "Benih" noh omar

Posted: 19 Sep 2012 07:49 PM PDT

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'..

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato' Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. 

Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini

Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA.

Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah.

Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian

Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo.

~Kedahkini~

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Baca Ini, Tanah Orang Melayu Pulau Pinang Di Perdagang Umno.

Posted: 19 Sep 2012 06:11 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
YB DATO' ABDUL MALIK KASSIM
EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
19 SEPTEMBER 2012

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu

 Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka. Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut.

Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan. Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.

Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas. Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk. Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam. Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya. Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana. Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.

Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar.

Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment