Liang Lahad....

Liang Lahad....


MAHATHIR KESEORANGAN,PEMIMPIN BN TOLAK PANDANGAN BELIAU

Posted: 20 Sep 2012 10:45 AM PDT

Tun M adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada kita "syaitan yang dikenali" yang dirujuknya kepada BN...

Semalam..
Mahathir kata BN kini berada dalam keadaan yang lemah dan jika menang pun pada PRU13 ini nanti,BN akan menjadi kerajaan yang lemah...

Mahathir juga mengatakan bahawa tindakan Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat melalui beberapa kempennya adalah menghampiri kepada "pembelian undi" 

Mahathir juga secara menyindir berkata...
"Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya
dengan memberikan kemudahan.."
"Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini..".

"Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu," kata mahathir lagi.

Pandangan insan yang menggelarkan BN sebagai "syaitan yang dikenali" itu ditolak oleh beberapa pemimpin BN..

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor :
"Dari segi persepsi… jika kamu dengar tentang persepsi – kami bekerja. Kami bekerja keras dan kami tunaikan apa yang kami kata, dan bukan hanya bercakap, bercakap, bercakap.."

Datuk Seri G Palaneval, presiden MIC :
"BN akan lakukan dengan lebih baik dalam pusingan ini," 
"pemberian wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) harus dilakukan setiap tahun dengan menambah usaha tersebut harus perlu dijadikan program yang direka untuk memberi manfaat kepada mereka yang kurang bernasib baik.."

 Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu :
"Jika bercakap secara realistik, BN akan bangkit dengan mandat lebih kukuh. Dan kita perlu itu untuk melaksanakan dasar-dasar jangka panjang.."

Setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahalan:
"Sudah tentu kita benar-benar lebih kuat sekarang. Kami mempunyai Perdana Menteri yang baru. Kami mempunyai pelan transformasi yang berani. Kami berada pada kedudukan yang sama dengan pembangkang dalam perang siber."

Setiausaha agung MIC Datuk S Murugessan :
"pengenalan bayaran tunai RM500 oleh BN di bawah program BR1M tidak direka untuk "membeli undi".

Sebenarnya..
aku lebih suka bila pemimpin BN sentiasa merasakan diri mereka tu kuat...
ibarat lembu yang tengah kenyang selepas meragut rumput..
tak ada apa-apa le yang lembu tu nak buat..
selain duk rilek dan tidur jer..
takper.. kekalkan sikap yang sebegitu...

Itulah sikap BN...

PANAS!! 92% PANGSAPURI DISELANGOR TIDAK DAPAT AIR PERCUMA

Posted: 20 Sep 2012 06:16 AM PDT

Aku ingatkan dengan berlakunya saman menyaman penduduk terhadap kerajaan negeri dalam isu air percuma baru-baru ini..
ingatkan memang betullah kerajaan negeri ni salah...
dan aku ingatkan 92% pangsapuri kat Selangor ni yang tak dapat air percuma..

Bukan apa..
sebab sebelum ini kita digemparkan isu saman-menyaman ini dengan begitu hebat sekali oleh TV3,RTM,Berita Harian dan Utusan...
berita itu dibuat seolah-olah,semua rakyat di Selangor ni tak dapat air percuma...
seolah-olah Rosmah mansur telah memakai tudung litup..
gempar tahap berdarah hidung...
 
Rupa-rupanya...

92% tu adalah peratusan pangsapuri di Selangor yang telah lama menikmati 20 meter padu air percuma..
diulangi...  92% pangsapuri di Selangor ini telah pun menikmati air percuma setiap bulan..

Pada 11 September 2012 :-
Seramai 711 orang mendakwa mereka berasa tertipu kerana mereka semua menggunakan meter pukal... 
mereka yang menggunakan meter pukal dan selepas tu berasa tertipu kerana menggunakan meter pukal itu pula telah memfailkan saman gantirugi terhadap Kerajaan negeri Selangor sebanyak RM405,270..

Kemudian pada 19 September 2012 :-
Terdapat pula kumpulan kedua seramai 2,020...
(errr..jumlahnya memang sengaja dibuat supaya nampak macam wawasan 2020, dan itulah sebabnya juga kita tahu semua ini memang telah dirancang) orang juga berasa tertipu  kerana mereka menggunakan meter pukal...
oleh kerana mereka berasa tertipu kerana menggunakan meter pukal maka,mereka telah menyaman kerajaan negeri Selangor sebanyak RM1.15juta sebagai gantirugi..



Mereka semua menyaman kerajaan negeri kerana mereka adalah pengguna meter pukal dan mereka tidak menukarkannya kepada meter individu (yang merupakan syarat bagi penerimaan air percuma..)

Penukaran dari meter pukal kepada meter individu boleh dilakukan dengan pihak penduduk dan pihak pengurusan pangsapuri memohon kepada pihak Syabas...

Info :- syarat pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu adalah kepada pengguna meter individu sahaja,pengguna meter pukal perlu menukarkannya kepada meter individu.

Kenapa mereka saman jugak..?
manalah aku tahu.. korang [BACA SINI]  untuk mengetahuinya.

92% Pangsapuri Kos Rendah Terima Air Percuma.

SHAH ALAM 21 SEPT : Sejak program pemberian air percuma dilancarkan pada Jun 2008, sehingga kini lebih satu juta penduduk yang menggunakan meter individu menikmati air percuma termasuk penghuni pangsapuri kos rendah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, usaha memastikan pemberian air percuma dapat dinikmati penghuni pangsapuri kos rendah dilakukan sejak Jun 2010 lagi dan akan di teruskan selagi Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Usaha tersebut dilakukan kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu.

"Antara lain kita mewujudkan Skim Safwa (Skim Rebet Air Percuma) untuk membolehkan penghuni pangsapuri kos rendah mendapat manfaat air percuma," jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Rekabentuk Rumah Mampu Milik Selangor 2012 di sini petang tadi.

Sejak skim tersebut dilancarkan pada Julai 2010, sehingga Julai 2012 lebih RM 6 juta dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Rekod Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) juga melaporkan sebanyak 92 peratus atau 214 kawasan melibatkan 58, 049 unit pangsapuri kos rendah menerima air percuma menerusi Skim Safwa.
Manakala baki 18 kawasan atau 6, 666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja.

Katanya lagi, Skim Safwa turut ditambah baik menerusi 'Lapor dan Dapat' di mana setiap pangsapuri yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus kepada Syabas.

Bagi penghuni pangsapuri bukan kos rendah pula, mereka perlu memohon daripada Syabas untuk proses migrasi meter pukal kepada meter individu.

"Kerajaan Negeri turut menubuhkan pasukan khas bagi membantu proses migrasi ini bagi para penghuni pangsapuri bukan kos rendah untuk membantu melancarkan dan mempercepatkan proses tersebut," ujarnya.

Mengulas saman terbaru yang dikemukakan terhadap Kerajaan Negeri berkenaan isu pemberian air percuma, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri menghormati hak rakyat Selangor untuk mendapatkan tindakan undang-undang.

"Kita akan kaji perkara ini tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai program air percuma ini," ujar beliau.



VIDEO - PROFESOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN HASUT PELAJAR SOKONG BN!!

Posted: 20 Sep 2012 12:47 AM PDT


Saksikan bagaimana seorang yang bergelar Profesor membenarkan diri beliau kelihatan bodoh dikalangan para pelajar...

Dia bercakap seolah-olah bebudak U tu bongok ke apa..?

Sesedap mulut dia je ajak orang sokong kerajaan..sokong BN..
ikut orang lah nak sokong siapa,apa kalau tak sokong kerajaan tak boleh belajar kat U..?


Pendedahan sikap pentadbir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Ir Amir Hashim Mohd Kassim, PNC HEPA UTHM ini nampaknya dirakam oleh individu yang mungkin bengang dan terasa diperbodoh-bodohkan oleh Prof tu...

Pandai jugak si perakam ni..
dia sempat tunjukkan juga muka prof ni sewaktu sedang menghasut para pelajar..

Ini adalah spesis makhluk-makhluk yang semakin pupus...
tapi tak perlu dikawal kepupusannya...
iyelah zaman remajanya adalah zaman sekitar 80an..
memang dah payah nak pulih dah...
kalau hantar pada rancangan "king of restoration" pun belum tentu dapat dipulihkan lagi...

Selamat menyaksikan..



KALAU HEZBOLLAH JUMPA MAHATHIR!

Posted: 20 Sep 2012 12:01 AM PDT

 
Kalaulah Hezbollah tahu apa yang Mahathir pernah katakan berkenaan Nabi Muhammad SAW..
kalaulah Hezbollah tahu Nabi Muhammad SAW dihina di negara Malaysia yang Islam Hadhari ini..
mungkin fatwa yang sama yang dikeluarkan ke atas pengarah,penerbit dan pelakon-pelakon filem Innosence of Muslims kan dikeluarkan juga ke atas Mahathir ini..

Tetapi Mahathir bukanlah Nakoula Basseley...
Mahathir bukanlah seorang Kristian...
maka masyarakat malaysia,UMNO khususnya hanya mendiamkan diri bila mendengar kata-kata Mahathir tu..
semuanya menelan air liur terkilan... 

 "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar?  Kita tak
tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang specialsikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak... padang pasir".


- Ucapan Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.


" Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga TIDAK PERLU berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu TIDAK PERLULAH kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja."

- Ucapan Dasar Presiden UMNo, Dr Mahathir Mohamad. Petikan dari Berita Harian/Utusan Malaysia 11 Mei 2000 


Fatwa ke atas kumpulan penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW..


Nasib baik Hezbollah tak tahu...

PAS MARAHKAN AMERIKA DI KEDUTAAN AMERIKA,UMNO MARAHKAN AMERIKA DI KG BARU!

Posted: 19 Sep 2012 10:35 PM PDT

Cantik....
pemuda PAS esok akan mengadakan demo mambantah penerbitan filem Innocence of Muslims dihadapan
kedutaan Amerika Syarikat...
dan dah pastilah pihak Kedutaan Amerika Syarikat akan menyaksikan dan mendengar suara kemarahan umat Islam di negara ini walaupun ianya esok dilakukan dalam keadaan yang aman...

Pemuda UMNO..?
Pemuda UMNO pulak akan mengadakan demo bantahan di Masjid Jamek,Kampung Baru...
samada ada dikalangan pegawai Duta Amerika "bersolat" disitu atau makan
tengah hari berhampiran Masjid Kg Baru tu,tak tahulah aku...

Mungkin UMNO malu kat duta Amerika kot...

Malaysiakini

Bagi aku isu "keselamatan" yang menjadi alasan untuk Pemuda UMNO tidak turut serta demo bantahan di hadapan Kedutaan Amerika bersama-sama PAS adalah tidak relevan langsung...

Dan aku rasa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan tidak kisah pun kalau UMNO turut ada bersama-sama di hadapan Kedutaan..

Sebab kita berdemo esok bukan untuk parti..
kita marahkan penerbitan filem yang menghina Islam tu...

Yang akan dilaungkan esok pastilah laungaan-laungan seperti ini..
"Takbir!!!  Allahuakbar!!!"
"hancur hancur,hancur Amerika.."
"hidup hidup,hidup Islam.."
"tangkap tangkap,tangkap Nakoula.."
"hancur hancur,hancur yahudi.."
"Takbirr!!!! Allahuakbar!!!"

Aku rasa itu je antaranya..
tak adalah kita kata nak hapuskan UMNO ke apa esok..
sebab ni bukan isu UMNO..
ni adalah isu umat Islam..

Takkan Pemuda UMNO tak mahu bertakbir esok kot..?

Kah...kah...kah...

No comments:

Post a Comment