Liang Lahad....

Liang Lahad....


SERANG ANWAR - AMK SELANGOR BERASA KESAL SIKAP POLIS.

Posted: 03 Sep 2012 02:07 AM PDT


Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini mempersoalkan kelewatan Polis Diraja Malaysia terutama Kontinjen IPK Negeri Kedah yang begitu lewat tiba untuk menangani kekecohan akibat insiden melempar kasut ke dalam masjid oleh ahli Perkasa di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star malam semalam.

AMK Selangor turut mengecam perbuatan biadap sekumpulan ahli Perkasa ini dan percaya kumpulan ini telah melampaui batas dan seharusnya pihak Suruhanjaya
Pendaftaran Pertubuhan mengkaji semula kelayakan golongan pelampau seperti ini dari terus bergerak aktif.

AMK Selangor berpandangan bahawa kelewatan tindakan PDRM dalam menangani isu provokasi seperti ini bakal mencetuskan ketegangan yang lebih di kemudian hari. 

Ini akan mengakibatkan kemungkinan pihak yang diserang akan bertindak balas serta mengakibatkan pergaduhan lebih besar. 


PDRM Harus Layan Rakyat Sama Rata, Hentikan Sikap Berpihak

PDRM selaku sebuah entiti yang penting dalam mengimbangi politik dan mengawal keselamatan dalam negara haruslah terus bijak dan tidak berpihak kepada mana-mana individu mahupun pertubuhan bagi memastikan setiap rakyat mendapat hak sama rata dan perlindungan keselamatan.

AMK Selangor mendesak Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim untuk memberikan perhatian serius atas kejadian ini, dan bertindak menyiasat mengapa pasukan polis lewat tiba di tempat kejadian, sekiranya terdapat laporan. 

AMK Selangor bimbang dan tertanya-tanya jika terdapat serangan yang serupa terhadap pimpinan Umno BN apakah reaksi PDRM dan bagaimana mereka bertindak dan menekan individu serta kumpulan yang melakukan serangan seumpama itu.

Adakah kerana insan yang berada dalam masjid itu bernama Anwar Ibrahim, maka keselamatan beliau tidak penting? Apatah lagi beliau sedang menyampaikan tazkirah dan bukan ceramah politik seperti kebiasaan. 

Apakah jika rakyat itu tidak berpangkat dan bukan ahli Umno, maka mereka tidak berhak untuk perlindungan dan jaminan keselamatan hatta diserang dan ada tujuan untuk mencederakan?

PDRM telah pergi terlalu jauh dari landasan sebenar, maka wajarlah mereka memainkan peranan lebih aktif untuk dengan efisien menangani kejadian seumpama ini. 

Pengumuman Malaysia sebagai negara selamat, adalah mimpi dan penipuan terang-terangan yang sekadar menutup kelemahan banyak pihak.
Haruslah PDRM secara langsung, tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu keselamatan rakyat. Pakatan Rakyat juga tidak meminta layanan istimewa, cukuplah sekadar jika PDRM tahu tanggungjawab dan rakyat Malaysia menerima perkhidmatan yang lebih meyakinkan.

Jika Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia menerima layanan keselamatan yang teruk, AMK Selangor bimbang apakah nasib seorang rakyat biasa apabila berhadapan kesulitan dan bahaya.

Justeru, AMK Selangor percaya PDRM dalam usia lebih 200 tahun telah lebih bersedia bersikap profesional. 

Insiden ini bukan setakat perbuatan melempar kasut, tetapi adalah cubaan menanam sikap ganas dan kebencian yang harus dikikis dari awal. 

AMK Selangor percaya PDRM masih mempunyai integriti yang tinggi, serta meletakkan profesionalisme sebagai teras perkhidmatan mereka terhadap rakyat Malaysia.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Kebangsaan

Lianglahad :- setahu aku setiap ceramah Anwar mesti ada polis yang mengintip...
kenapa lewat sangat ambil tindakan..?

MANA BIADAP? BALING KASUT DALAM MASJID vs PIJAK GAMBAR MANUSIA?

Posted: 03 Sep 2012 01:44 AM PDT

Media-media UMNO kini kelihatan begitu sibuk mempermainkan isu anak muda memijak gambar Najib semasa sambutan ulangtahun merdeka ke 55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur..

Media UMNO mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai budaya jijik dan tidak betamadun..

Aku tak le mahu mengatakan tindakan memijak gambar Najib tu sebagai tindakan yang "suci",tetapi itu hanyalah gambar.. dan yang memijaknya tu pun anak-anak muda yang mana dia sendiri beli atau print gambar tersebut kemudiannya bawa ke Dataran dan memijaknya beramai-ramai..

Najib cedera tak..?

Najib tak cedera pun,bajunya pun tak kotor..
tiada apa-apa kerosakan kepada fizikal mahupun harta benda beliau...
kerana yang dipijak hanyalah gambar beliau..

Tetapi berbeza dengan tindakan budak-budak Perkasa Kota Setar yang bertindak mengganggu dan cuba  menyerang Anwar ketika di dalam masjid dengan melemparkan kasut ke arah beliau..


Tindakan tersebut boleh dikatakan sebagai sangat biadap kerana:- 

  • serangan dilakukan ke arah batang tubuh Anwar..
  • serangan dilakukan ketika terdapatnya ramai jemaah yang lain..
  • serangan dilakukan ketika Anwar berada dalam rumah Allah..

Jika orang yang memakai kasut didalam masjid dianggap telah menghina rumah Allah..
makanya sudah tentulah orang yang melemparkan kasut yang kotor kedalam masjid juga dianggap sebagai menghina rumah Allah..

Kalau korang tak puashati dengan Anwar kerana dia menyampaikan tazkirah,buatlah aduan kepada  Jabatan Agama Islam Kedah..
bukan bertindak sendiri mengikut emosi..

Aku lihat tindakan tersebut sebagai membuktikan UMNO semakin kecut dengan kebangkitan rakyat..
Letih dah aku tengok UMNO bebas berbuat apa sahaja di bumi Malaysia ni..


No comments:

Post a Comment