Pahang Daily Online |
- Video: 8 Tuntutan Bersih, Kenapa Berdolak Dalih
- Rafizi Ramli Di Tahan Polis Dekat Rumahnya Awal Pagi Tadi, Dan Akan Di Dakwa Bawah Akta BAFIA !
- Panas: "Pengurus Besar Yayasan Pahang" Di Gesa Bertindak Ke Atas Isu Penyelewengan Pegawainya
- Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar Luangkan Masa Berbuka Puasa 'Secara Santai' Dekat Padang MPK Di Depan Masjid Negeri Kuantan Petang Semalam
- Tawaran Sertai "Bengkel Blogger" Usahawan 2012
- Yang Di Pertua "ABIM" Pahang Gesa Orang Ramai Jaga Adab Ketika Berbuka Puasa Di Padang MPK !!
Video: 8 Tuntutan Bersih, Kenapa Berdolak Dalih Posted: 01 Aug 2012 01:39 AM PDT |
Rafizi Ramli Di Tahan Polis Dekat Rumahnya Awal Pagi Tadi, Dan Akan Di Dakwa Bawah Akta BAFIA ! Posted: 01 Aug 2012 01:27 AM PDT
[Apa yang pasti penahanan Rafizi ini bukan setakat isu FNC semata-mata, tetapi juga ada kaitan dengan kes-kes lain yang beliau dedahkan termasuk LRT Ampang dan sebagainya. Aneh benar bila rakyat yang mendedahkan penyelewengan sesuatu projek menggunakan wang rakyat tiba-tiba mereka tidak dilindungi oleh kuasa yang ada. Sebaliknya mereka pula yang mahu didakwa oleh mahkamah, sedangkan Sharizat dan keluarganya terlepas daripada hukuman yang sepatutnya. Mungkin tiada siasatan dilakukan bagi menjaga nama baik beliau. Apapun, rakyat melihat dan semakin muak dengan adengan ini. Tunggulah PRU-13 ini pasti rakyat buat perubahan]. |
Panas: "Pengurus Besar Yayasan Pahang" Di Gesa Bertindak Ke Atas Isu Penyelewengan Pegawainya Posted: 01 Aug 2012 01:17 AM PDT Penyelewengan Di Dedah, Tetapi Tiada Tindakan !! ![]() [Tiga kes yang didedahkan dia atas telah menggemparkan IKIP dan Yayasan Pahang, namun difahamkan pihak pengurusan atasan dilihat gagal bertindak baik untuk menyiasat atau membawa kes ini ke muka pengadilan. Akhirnya, pegawai yang berkenaan kini selesa kerana merasakan diri mereka hebat dan boleh menggunakan kuasa untuk melakukan apa sahaja. Malah, mereka juga merasakan diri mereka dilindungi oleh pengurusan tertinggi agensi itu. Soalnya kenapa ada pihak yang cuba membela pegawai yang bermasalah seperti ini. Kantung kewangan Yayasan Pahang dan IKIP digunakan sewenangnya oleh pihak berkenaan tanpa ada perasaan bersalah langsung kepada rakyat. Sebenarnya banyak lagi siri pendedahan panas yang akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Justeru pihak berkenaan digesa berkerja dengan jujur dan jangan selamanya menganggap mereka berada dalam "zon selamat", walau pun mendapat pembelaan daripada pucuk pimpinan tertinggi agensi terbabit. Pengunaan wang rakyat untuk kepentingan individu tertentu jelas sekali satu perbuatan khianat dan mereka yang bersalah wajar dikenakan tindakan sewajarnya termasuk dipecat dari jawatan masing-masing. Jika masih tiada tindakan oleh Yayasan Pahang terhadap isu ini maka sudah pasti lama kelamaan rakyat semakin tidak yakin kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu amnya dan kepada Pengurus Besarnya sendiri amnya. Buatlah tindakan demi rakyat Pahang!]. |
Posted: 31 Jul 2012 11:13 AM PDT ![]() KUANTAN, 1 Ogos - Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar (foto) telah meluangkan masa untuk berbuka puasa secara santai beramai-ramai di Padang MPK berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah dekat sini petang semalam. Kehadiran beliau secara tidak rasmi itu telah mengejutkan orang ramai yang berada di padang terbabit. Mahfuz ditemani oleh beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Kuantan termasuk Ustaz Johari dan Saudara Nawi tiba ke lokasi terbabit sekitar jam 6.40 petang. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi bersama beberapa anak-anak muda geng IRC. Sementara itu, sekitar jam 7.00 petang Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani Abd Ghani bersama beberapa orang ahli jawatankuasanya. Kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat itu membuatkan orang ramai yang berada di situ teruja dan ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan dengan Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sementara itu Mafhuz berkata program berbuka puasa secara terbuka beramai-ramai di padang itu adalah satu budaya yang cukup baik dan sihat dalam kontek untuk memupukkan hubungan silaturrahim ukhwah Islamiah. Cuma katanya ia perlu diurus secara yang lebih terancang dan baik dimana perlu ada pihak-pihak yang mengendalikan supaya ada unsur dakwah dan tarbiyah yang lebih berkesan serta bukan sekadar percakapan kuliah yang diberikan tetapi perlu ada sebaran risalah maklumat. "Maknanya padang ini boleh dijadikan medah dakwah untuk Islam itu berkembang secara yang lebih baik .. dan dapat memperkukuhkan generasi baru umat islam ini", katanya. Mahfuz juga berkata, beliau terpanggil untuk ke padang itu selepas membaca banyak artikel berkaitan yang dipaparkan di internet tentang aktiviti berkenaan. Lantaran itu dia terpanggil ke situ. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pula berkata PAS amat berbesar hati kerana menerima kunjungan Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) untuk berbuka puasa secara santai bersama dengan anak-anak muda di padang tersebut. "Ini adalah merupakan salah satu daripada ekspresi anak muda sempena Ramadhan Al-Mubarak .. Dan ini adalah satu daripada suasana yang agak menarik yang berlaku di negeri Pahang dan antara satu-satunya yang ada di Malaysia. Ia memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan ramai kenalan-kenalan dan juga rakan-rakan anak-anak muda yang lain. Insya Allah majlis ini akan menjadi satu ruang untuk kita berinteraksi dengan pihak diluar dari kalangan kita", kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Pahang itu. [Trend berbuka puasa di padang itu kini menjadi "trademark" kepada orang ramai yang berkunjung ke bandar Kuantan sebenarnya. Malah, pujian harus diberikan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berjaya menyediakan sebuah pentas terbuka untuk mereka jalankan aktiviti dakwah termasuk program Haflatul Quran dan Tazkirah Ramadhan di padang berkenaan. Cuma JAIP perlu menambah lagi sukarelawan untuk mengedarkan risalah berkaitan kewajipan menunaikan solat secara berjemaah dan menutup aurat bagi kaum wanita kepada orang ramai. Ini kerana, dapat dilihat orang ramai hanya membanjiri padang itu ketika berbuka puasa sebaliknya solah Maghrib berjemaah ramai yang mengabaikannya termasuk anak-anak muda. Malah ada yang tanpa segan silu terus bersantai di padang berkenaan walau pun waktu solat Isyak sudah terlalu hampir masuk. Tidak kurang juga begitu ramai wanita yang memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak menutup aurat sedangkan mereka berpuasa. Oleh itu, edaran risalah dan mengajak orang ramai yang berbuka puasa disitu ke masjid yang jarangnya hanya 50 meter dari lokasi berkenaan amatlah perlu dalam mendidik jiwa-jiwa mereka. Jika tidak program sebegini sukar untuk mencapai matlamatnya, kerana untuk solat sekitar 5 hingga 10 minit pun mereka tidak mampu. Anehnya berpuasa selama 12 jam mereka mampu. Ini yang perlu dititik beratkan sebenarnya]. |
Tawaran Sertai "Bengkel Blogger" Usahawan 2012 Posted: 31 Jul 2012 01:46 PM PDT ![]() Jika anda berminat untuk sertai projek ini sila isikan borang pendaftaran dibawah dengan segera. Yuran pendaftaran taklimat hanyalah RM100 untuk Semenanjung Malaysia dan RM150 untuk Sabah dan Sarawak. Tempat Terhad untuk 30 perserta terawal bagi setiap lokasi. Apa yang menarik, anda akan mempunyai blog peribadi selepas menyertai bengkel ini. Malah anda juga akan diajar cara-cara untuk menguruskan blog tersebut bagi tujuan pemasaran online. Buat bayaran ke akaun CIMB 06-10000-1938-208 sekarang dan SMS Nama, Alamat, jumlah, tarikh, masa bayaran ke talian hotline 019-2845511 ![]() ** Roadshow Taklimat & Bengkel ini akan dikendalikan oleh Blogger Cucumatkilau |
Yang Di Pertua "ABIM" Pahang Gesa Orang Ramai Jaga Adab Ketika Berbuka Puasa Di Padang MPK !! Posted: 31 Jul 2012 12:32 PM PDT ![]() KUANTAN, 1 Ogos - Orang ramai digesa menjaga adab-adab dan tatasusila ketika mereka berbuka puasa di Padang MPK berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini. Demikian ditegaskan oleh Yang DiPertua ABIM Pahang, Mohamad Hisyamuddin Baharudin (foto) yang ditemui oleh krew PDO di situ semalam. Beliau berkata dia amat bersetuju dengan program berbuka puasa beramai-ramai secara santai di padang terbabit kerana baginya ia satu ruang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan (bagi yang datang bersama keluarga), eratkan sillaturahim sesama rakan-rakan, cuma katanya orang ramai perlu ingat sebab berbuka puasa adalah sebahagian daripada ibadah puasa itu sendiri. "Pakej ibadah itu salah satunya ialah berbuka puasa ... sebab tu ada doanya, ada adabnya ... kita tak nak ibadah itu tercemar dengan tidak menghormati azan dan juga waktu solat. Ibadah puasa kita akan jadi lebih baik dan lebih lengkap.. kalau lepas berpuasa, berbuka dan kemudiannya bersama-sama menunaikan solat Maghrib (berjemaah) di masjid berdekatan", katanya. Oleh itu beliau menasihatkan mereka yang datang ke padang itu hanya sekadar untuk berbuka puasa itu sebenarnya mempersendakan ibadah itu sendiri. "Sepatutnya perkara ini tidak berlakulah ... jika berlaku kita rasa kesal dan sedih serta berharap ia tidak terjadi di sini", katanya lagi. Ditanya tentang ramai remaja wanita yang datang berbuka puasa tetapi berpakaian mendedahkan aurat dan menjolok mata, beliau berkata ia berbalik kepada asas ilmu itu sendiri. "Maknanya, dari segi ilmunya terhadap aurat, penampilan sebagai seorang muslimah tu... mungkin perlu lagi dalam proses peningkatan. Kita harap bila datang berbuka puasa di sini, mereka akan lihat ramai orang lain yang berpakaian lebih baik.. dari situ kita harap terbukalah hati mereka untuk memperbaiki cara penampilan ", tambahnya. ![]() ![]() Buka puasa di Padang MPK jadi pesta di bulan Ramadan bagi warga Kuantan Sementara itu tentang padangan agar diadakan solat berjemaah di padang tersebut, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu. "Kita ada masjid (dekat), sebab itu kena ada satu group (kumpulan) lain pula yang mengajak orang ramai menunaikan solat Magrib di masjid secara berjemaah selepas mereka berbuka puasa. Kena ada satu group taske force yang bergerak mengajak orang ramai ke masjid.. kalau tak nanti ia akan jadi satu benda yang ironilah ... ironi ni maknanya masjid ada (tempat solat).. tapi nak memenuhi kehendak orang ramai ke masjid kita terpaksa pula cari cara lain.. jadi masjid tu takkan dapat berfungsi sebagai tempat ibadah", tambah Mohamad Hisyamuddin lagi mengakhiri temubual dengannya di Padang MPK Kuantan petang semalam. [Cadangan Yang Di Pertua ABIM Pahang ini harus diperhalusi dengan baik oleh pihak yang berkenaan terutamanya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Mereka haruslah menambah lebih ramai lagi sukarelawan untuk menjadi "taske force" bagi pihak mereka. Edara risalah tentang kewajipan menunaikan solat harus ditarbiyah kepada orang ramai yang berbuka puasa di Padang MPK sebenarnya. Memang ada yang memberi alasan mereka akan bersolat di rumah. Namun, harus diingat mereka berbuka puasa di hadapan sebuah masjid dan apa salahnya mereka sama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Kerana ia lebih afdal memandangkan waktu Maghrib terlalu singkat dan ramai yang tidak sempat balik ke rumah kerana kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit. Akhirnya ramai warga Kuantan yang tertinggal solat gara-gara terlalu asyik dan seronok berbuka puasa di situ. Semua ini harus diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama. Malah, papan tanda larangan berpakaian seksi dan menjolok mata serta menutup aurat harus diletakkan dilokasi terbabit agar memberi kesedaran kepada mereka yang berkenaan untuk insaf. Apa guna berpuasa dan berpesta untuk berbuka jika akhlak, adab dan maruah Islam dicemari. Lebih baik Padang MPK ditutup jika senario ini tidak berubah sejak sekian lama. Apa guna kita berbangga dengan ramainya orang berbuka puasa tetapi bila waktu solat masjid kosong kerana masing-masing masih berada di atas padang berborak, hisap rokok malah ada yang berpeleseran lelaki perempuan bukan muhrim dengan sewenang-wenangnya. Pendekatan terbaik haruslah dicari untuk perbaiki semua ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment