"tukanglawan" |
- Apa ahli akademik melayu itu takutkan ?
- Percubaan menipu Rakyat lagi?
- (Video ) Perasmian Olympik London, James Bond, Mr Bean dan Logo Merdeka.
- Ahli Parlimen Tuaran Pula Buat Hal, Pening - Pening
- Video Lawak Kantoi Tak Puasa
Apa ahli akademik melayu itu takutkan ? Posted: 29 Jul 2012 07:45 AM PDT Ahli akademik UMNO ini naik sebab penglibatan dalam aktiviti politik. Naik sebab banyak mengamalkan ampuisme dan aktif dalam politik Barisan Nasional serta selalu 'kipas YB.' Apa yang boleh saya kata adalah dia adalah ahli politik bertopengkan ahli akademik. Banyak cerita saya dengar daripada pelajar institut ahli akademik ni yang dia ni banyak buat masalah dan sering cuba menutup mulut mana-mana individu yang tak sealiran politik dengannya. Dia juga sampai satu tahap ingin merancang konspirasi menjatuhkan pelajar. Ahli akademik ini juga naik disebabkan seorang pemimpin UMNO dari Johor. Dan apa yang dia risaukan adalah sekiranya pemimpin itu kalah dan digantikan dengan seorang pemimpin UMNO progresif dari Pahang. Saya juga terdengar gosip tentang ada pemimpin universiti dari Melaka yang ingin menjatuhkan ahli akademik ini. Katanya dia akan pastikan tahun depan dia ni dah tak pimpin universiti terbesar dan banyak cawangan tu lagi. Nanti saya tulis lagi. p/s : Susah kalau universti bertukar jadi medan politik. Bukan medan idea dan ilmu Megat Hidayat, Institut Teknologi Mara JANGAN DITIPU UMNO LAGI, LIHAT VIDEO INI ( SILA KLIK) Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Posted: 29 Jul 2012 07:00 AM PDT Adoi, flip flop sudah, hari ini kata lain, esok bila keadaan memaksa lain pulak penjelasannya. Tu la yang jadi kat negara ni, dalam zaman cyber ni masih ada yang nak jadi flip plop, tapi nak hairan apa, negara ni memang dah jadi flip plop pun sebab diuruskan oleh kerajaan flip plop. mula-mula kata logo taraf budak tadika tu asli, takde cilok mana-mana disign, kami percaya tu sebab logo tu cuma satu-satunya logo dalam dunia yang kerajaan sesebuah negara nak guna , walaupun design taraf budak tadika. Tapi bila dah kene kutuk cakap lain pulak, logo yang kononya idea asli tu dikatakan pulak hanya selingan je. kah..kah..kah. lawak betul. Teringat pada logo 1 malaysia yang dikatakan asli, tapi bila check indonesia dah pakai lama dulu. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
(Video ) Perasmian Olympik London, James Bond, Mr Bean dan Logo Merdeka. Posted: 29 Jul 2012 04:03 AM PDT Buat rakan-rakan yang gemar dan sentiasa mengikuti perkembangan sukan Olimpik di london, selamat menonton diucapkan, kita harap atlit yang beragama islam dapat lah tahan diri dari tidak berpuasa. Ok la, tukanglawan bukan apa, cuma nak bandingkan perancangan mereka menyambut acara sukan di kota london tu, kita nampak kesungguhan kerajaan negara tu untuk melakukan sesuatu dengan jayanya. berbanding dengan sambutan ke 55 tahun kemerdekaan negara ni, semuanya dirasakan "janji siap" je. Tak perlu lah "tukanglawan" nak ulas lagi pasal logo hodoh dan lagu buat sakit telinga tu, semua dah tahu, telinga pencipta lagu dan logo pun agaknya dah merah dengar caci maki ( tu pun kalau ade perasaan la ) Beza 2 buah negara yang dulu pernah kibar bendera sama, cuma satu bekas tuan, satu bekas jajahan. Banyak perkara menarik dikhabarkan dibuat masa pelancaran sukan ni tempoh hari, (klik sini kalau nak tengok rakaman penuh) Antaranya james bond dikatakan telah terjun dari halikopter bersama ratu england untuk hadir ke perasmian ini, (hakikatnya kaki ratu akan patah kalau terjun betul-betul). Mr Bean juga ada pada majlis itu, jangan sangka orang yang muka begitu tak bijak, tapi Mr Bean tidak lah lebih bijak dari pak menteri dan mak menteri yang sangat bijak menipu orang kampung, biberinya Rm500 dikaut masuk poket RM 5 juta. Memang hebat perasmian sukan di kota london tu, malaysia pasti nak jugak rai sambutan hebat macam tu, tapi bila Kontinjen malaysia hadir dan memakai antara pakaian paling hodoh dan buruk (baca disini), timbul pertanyaan, mampukah kita pikul tanggungjawab macam tu tanpa malukan diri sendiri? Takpela, jadikan pengajaran, lain kali jangan buat lagi, ini bukan pesta fun fair, Ok la, tak ada apa yang nak disampaikan sebenarnya. cuma "tukanglawan " terfikir bagaimana kita mahu jadi gah seperti london bila logo kemerdekaan ke 55 pun macam design budak tadika, dan bila lagu tema kemerdekaan nampak sangat memuji diri sendiri dan mengungkit setiap perkara. Malaysia bukan makin kehadapan, tapi menginjak ke belakang.... baru sedar negara ku sudah jadi makin kuno dan tua, semua kerana umno. Pening.. pening, apa nak jadi negara nei , buat logo tak lawa, buat lagu sakit telinga, macam mana nak jadi macam kota london... Takpe la, kita tengok je lawak mr bean nei, lagi best dari layan lawak umno. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Ahli Parlimen Tuaran Pula Buat Hal, Pening - Pening Posted: 29 Jul 2012 01:33 AM PDT Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat Penguguman ini menyusul tidak lama selepas Datuk Seri Lajim Ukin yang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort Ketika bercakap kepada wartawan, ahli parlimen tuaran itu berkata , beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN. Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran. "Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya. Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mahu mengemukakan apa-apa sebab. Namun beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian. Roboh tembok BN diSabah, najib tengok dengan linangan air mata. kah..kah..kah... Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Posted: 28 Jul 2012 09:04 PM PDT Dah lebih seminggu kita berpuasa, sedar-tak sedar ada lebih 3 minggu je lagi untuk kita meneruskan ibadat puasa yang datang cuma datang untuk sebulan dalam setiap tahu. Ingat lagi tak zaman nakal-nakal masa kanak-kanak dulu, ada antara kita yang sengaja ponteng puasa, tapi biasalah zaman kanak-kanak, curi -curi minum air sebab terlalu dahaga. Bila dah dewasa jangan buat macam tu, malu kalau kantoi, macam video bawah nei, selamba makan di bulan puasa. kah..kah..kah Kredit pada tuan punya video, walaupun sederhana, video ini sangat bagus, Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment