Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Selepas Lujim Ukin, Kini Seorang Lagi Ahli Parlimen BN Tinggalkan Parti Karat Itu Di Sabah

Posted: 29 Jul 2012 09:34 AM PDT

KOTA KINABALU, 29 Julai - Seperti dijangka, selepas Datuk Seri Lajim Ukin mencetuskan fenomena baru dalam politik di Sabah apabila bertindak melepaskan semua jawatan pentingnya dalam UMNO dan kerajaan BN semalam, maka hari ini Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula berbuat demikian. Beliau mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti UPKO dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat. Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang Anggota Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua Bahagian UPKO dan akan meninggalkan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran. "Saya masih setia kepada UPKO tetapi meletak jawatan dari BN," katanya. Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab. Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti Petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian. Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar dari UMNO.


Terbongkar: "Pokok Olimpik Pokok Yahudi", Mufti Perak Wajar "Tarik Balik Kenyataan" Benar Athlit Muslim Tangguhkan Puasa Sertai Sukan Tersebut

Posted: 29 Jul 2012 05:10 AM PDT

Ramai umat Islam yang terkejut dan kecewa sewaktu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (foto) mengeluarkan kenyataan bahawa athlit Muslim yang mewakili di temasya Sukan Olimpik London 2012, dibenarkan menangguhkan ibadah puasa. Malah, lebih mengejutkan apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula bersetuju dan menyokong pandangan Harussani itu. Dalam satu kenyataan, Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri itu berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan. Sebelum itu Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir. Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu. Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan. "Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan. "Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini. Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi. Persoalannya sekarang, kini heboh di internet berkenaan sukan Olimpik London 2012 adalah agenda jahat yang dilakukan oleh Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati sebenarnya.



Apa yang lebih mengejutkan ialah hari pelancaran sukan Olimpik London 2012 baru-baru ini dengan jelas menunjukkan kepada kita tentang tanda-tanda Illuminati dan Freemason sebenarnya. Mungkin kepada mereka yang tidak perasan, tidak mengetahui tanda-tanda tersebut. Tetapi bagi mereka yang sudah mengetahuinya sebelum ini, maka mereka dapat melihat dengan jelas semua ini. Soalnya, apakah Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria tidak menyedarinya?. Lantaran rela mengeluarkan kenyataan yang jelas telah mengelirukan umat Islam secara keseluruhannya. Ramai yang keliru ketika menyaksikan upacara tersebut yang disiarkan secara langsung itu. Replika pokok yang diletakkan di atas bukit dan kemudian ada ramai manusia keluar dari bawah pokok tersebut sebenarnya menunjukkan dengan jelas simbolik Yahudi. Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok Olimpik itu adalah lambang kepada pokok Yahudi iaitu Gharqad. Bukti jelas perkara ini ialah Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".


Musykil, Dr.Juanda Jaya dan Dr.Mohd Asri Zainul Abidin pula boleh sokong
kenyataan yang telah dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Hairussani Zakaria itu

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad. Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam.


Bukti, pokok Olimpik London 2012 adalah lambang pokok Yahud "Gharqad"


Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu. Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.




[Dengan pendedahan yang sedikit ini, ia diharap dapat menghuraikan kekalutan yang melanda akibat kenyataan Mufti Perak agar athlit Muslim dari negara kita yang menyertai Olimpik London 2012 dibolehkan menanggugkan puasa untuk sertai sukan tersebut. Ramai yang berpendapat, menangguh puasa bagi musafir hanyalah atas perkara yang tidak bercanggah dengan hukum syarak apatah lagi mungkar seperti ini. Itu pun untuk sehari sebelum sampai ke lokasi yang berkenaan, bukan sepanjang tempoh berada di lokasi tersebut. Makanya, wajarkah athlit Malaysia tangguhkan puasa sepanjang tempoh sukan Olimpik berlangsung?. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya memainkan peranan untuk merungkai kekalutan ini. Tambahan pula dengan bukti-bukti jelas bahawa Olimpik London 2012 ini ada kaitannya dengan Illuminati, Freemason dan Yahudi (Zionis). Apakah semua Mufti terbabit tidak mendapat ilmu langsung tentang semua ini, atau sengaja memekakkan telinga dan menutup mata untuk melihat kebenaran semata-mata dek kerana mahu mencari keuntungan duniawi!].


"London Olympics 2012" Illuminati Conspiracy !!

Posted: 28 Jul 2012 03:51 PM PDT


Panas: "Berpuluh Ribu Ekor Ikan Mati" Di Sungai Bentong Akibat Bahan Kimia Di Lepas Oleh Kilang

Posted: 28 Jul 2012 03:37 PM PDT

BENTONG, 29 Julai - Berpuluh ribu ekor ikan dipercayai mati dan bangkainya berbau busuk dan terdampar di Sungai Bentong dekat sini dipercayai akibat terkena bahan kimian yang dilepaskan oleh kilang-kilang dari kawasan industri yang berdekatan. Penduduk sekitar amat bimbang dan gusar dengan senario ini, tambahan pula mereka mendapati buih-buih putih kini memenuhi disepanjang sungai tersebut. Difahamkan, contoh air dari sungai itu sudah pun dihantar ke Jabatan Kesihatan untuk pemeriksaan. Setakat ini belum dapat dipastikan kilang yang melepaskan bahan kimia tersebut. Kejadian berlaku sejak minggu lepas dan disedari oleh beberapa orang penduduk Kampung Asia yang sering mencari rezeki di sungai itu. Menurut penduduk, sebelum ini ramai orang memancing di sungai itu namun ia semakin berkurangan selepas melihat kejadian ini. Mereka takut dan risau apabila melihat ikan-ikan itu mati seolah-olah telah diracun oleh pihak berkenaan. Difahamkan perkara ini sedang disiat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang. Sementara itu, Exco Kesihatan, Alam Sekitar Dan Kerajaan Tempatan Pahang Dato' Hoh Khai Mun pula berkata pihaknya akan memperolehi maklumat berkaitan perkara itu dalam masa terdekat ini dan beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menggugat kesihatan rakyat. Seorang penduduk dari Kampung Sungai Dua, Wong Fan Chong yang ditemui pula menegaskan beliau percaya isu tersebut berlaku akibat sisa pencemaran bahan kimia yang dilepaskan oleh kilang di kawasan industri berdekatan. "Saya sempat menasihatkan penduduk kampung agar tidak lagi menangkap ikan atau berenang di sungai terbabit dan tidak pasti sama ada ikan yang diperolehi boleh dimakan atau pun tidak", katanya. Kejadian ini adalah yang kedua menimpa sungai di Pahang dalam tempoh seminggu, sebelum ini ia berlaku di Sungai Semantan dekat Temerloh apabila lebih 500,000 ikan Patin dan Tilapia mati akibat diracun.


Bukti, hulu Sungai Bentong kini diliputi buih-buih putih seperti buih sabun

[Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kejadian ini berlaku di kawasan Parlimen Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato' Liow Tong Lai dan kampung halaman Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Kini kita harus akui bahawa memang pada asalnya syarikat yang membuka kilang mereka di kawasan industri di negara kita mengatakan mereka mematuhi piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan. Namun, lama kelamaan pasti mereka tidak mampu lagi mengikut peraturan dan akhirnya memberi risiko kepada rakyat. Inilah juga asas yang amat ditakuti oleh warga Kuantan terhadap kilang Lynas Corporation yang akan beroperasi sepenuhnya di kawasan perindustrian Gebeng kelak. Rakyat gusar bahan kimia beradioaktif, sisa buangan rare earth akan mengalir ke sungai berdekatan (Balok). Ini akan menyebabkan rakyat berhadapan dengan risiko apabila air itu mencemari lautan dan tempat nelayan mencari rezeki. Ikan dijual di pasar dan dibeli oleh orang ramai yang akhirnya akan berhadapan dengan berbagai penyakit sebenarnya. Kemungkinan besar juga, ikan yang mati di Sungai Semantan itu juga terkena bahan kimia dari kilang agaknya. Siasatan rapi harus dijalankan demi masa depan rakyat tidak berdosa yang mungkin akan jadi mangsa].


Protest For Rohingya Muslim All Over The World !!

Posted: 28 Jul 2012 12:47 PM PDT


No comments:

Post a Comment