"tukanglawan"

"tukanglawan"


Tahniah Malaysia, Jadi Tumpuan Di Pembukaan Sukan Olimpik

Posted: 28 Jul 2012 09:57 AM PDT

Sebuah blog luar negara telah memilih pakaian atlet malaysia sebagai antara yang paling menarik pada pembukaan sukan olimpik di london.

Malangnya pemilihan 19 pakaian kontinjen itu bukanlah pakaian yang menarik atau kemas, sebalinya adalah pakaian paling hodoh.

Berada di belakang Ukraine, malaysia menduduki tempat kedua pakaian hodoh dengan memakai pakaian yang entah apa jenis konsepnya, tambahan lagi songket bercorak kulit harimau itu nampak sangat ganjil dan terlebih menyerlah.

Bukan mahu memperlekeh, tapi inilah hakikatnya, sudahlah wang kertas ditukar jadi makin hodoh, logo kemerdekaan pun hodoh, lagu sambut kemerdekaan pun hodoh, pakaiaan yang sepatutnya mencerminkan negara ini pun diperhodohkan..

Siapa punya idea ni, sudah habis kah pereka dan perunding imej di negara ini, apakah mahu menjadikan segala-galanya buruk dan hodoh.


Klik sini untuk baca komen blog tersebut, aummmmm harimau belang-belang di london,  kuning, marron, hitam , putih dan kasut sukan, suka tak?

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

5 Minit Untuk Hasilkan logo Kemerdekaan 2012

Posted: 28 Jul 2012 08:22 AM PDT

Memang malaysia sudah jadi hodoh, dengan politik longkang dan fitnah yang dibawakan umno ianya semakin parah bila ditambah banyak lagi benda hodoh, yang buat rakyat malu semalu-malunya.

Semua tahu duit kertas baru yang dikeluarkan kurang cantik dan terperinci berbangding duit kertas generasi yang lepas, ada yang kata macam duit Saidina dan lebih hina duit kertas baru digambarkan sangat mirip dengan wang kertas upacara keagamaan cina.

Tak cukup dengan tu lagu kemerdekaan pun sangat hodoh bunyinya, lagu yang seolah-olah puji diri sendiri itu meminta-minta rakyat balas jasa yang ditaburkan, ehhhh kerajaan berjasa atau kerajaan perlu jalankan tanggungjawabnya?

Lebih malang dan hina bila logo hari kemerdekaan dicemari dengan logo paling hodoh pernah dihasilkan, logo taraf budak tadika tu langsung tidak berkenan di mata rakyat, ini bukan cakap kosong, ini benar sehingga penyokong umno terpaksa mereka cipta logo baru untuk "cover up" kehodohan logo yang dicanangkan.

Tau tak.. logo hodoh ni dihasilkan tak sampai 5 minit pun, entah siapa yang design logo nei , terima je la hakikat logo tu sangat-sangat hodoh. kalau tak reti buat mintak yang bijak buat.

Sekian ulasan logo hodoh, jom tengok video dibawah, mungkin nampak macam tak ada apa-apa, tapi bagi "pemain" grafik, setiap kerja ada maksud tersembunyi untuk sampaikan maksud... logo "kemerdekaan" tahun ni tak ada ciri-ciri tu, logo baru ni JANJI SIAP je... kah..kah..kah.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lajim Ukin Sah Lepaskan Jawatan dalam Umno Serta Merta.

Posted: 28 Jul 2012 05:44 AM PDT

Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
  
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
  
"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.
  
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
  
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
  
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Menteri Letak Pisau Dileher Rakyat?

Posted: 28 Jul 2012 02:06 AM PDT

Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.

Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu "propaganda yang kasar".

"Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.

Beliau menambah bahawa lirik  "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

"Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya," kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.

Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini.

Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.

Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman, yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."

"Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan," tambahnya. 


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment