"tukanglawan" |
- Bayi Maut Tercampak Dari Kereta Akibat Kemalangan
- Blogger Itu Masih Hidup
- Saham Felda Rugi Teruk Hari Ini
- Staff KTMB Dijadikan Balaci Umno Lagi
- BN Mulakan 'Kempen Misteri' Di Media.
Bayi Maut Tercampak Dari Kereta Akibat Kemalangan Posted: 25 Jul 2012 02:46 PM PDT Seorang bayi berusia setahun maut tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya setelah kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Temerloh- Mayam dekat Bera, Dalam nahas kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa Mohamad Aysisy Shfyi' Mohd Rizail, 1, yang sebelum itu berada di pangkuan ibunya di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu, ibu mangsa, Salma Mohd Sadali, 21 cedera parah apabila patah bahu dan terkoyak kulit muka. Menurutnya, pemandu kereta Mohd Rizail Abd Kadir, 32 yang bertugas sebagai anggota tentera di Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah, Kuala Lumpur dan seorang lagi anaknya, Qaseh Nur Syifa', 2, hanya mengalami kecederaan ringan. "Pemandu lori, Mohamad Mazani Yusof, 27, dari Felda Bukit Goh dekat sini turut terselamat dan juga hanya mengalami kecederaan ringan," katanya. Beliau berkata, empat sekeluarga dari Felda Sebertak itu dipercayai dalam perjalanan ke Felda Kumai dari arah Temerloh. "Ketika sampai di lokasi nahas, lori yang dipandu Mohamad Mazani dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris terbalik ketika cuba mengelak sebuah lori balak yang memotongnya di sebelah kanan. "Tindakan pemandu lori terbabit mengelak ke kiri menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang imbangan memandangkan permukaan jalan di kawasan itu tidak rata," katanya. Mohamed Fauzi berkata, pemandu lori menekan minyak untuk masuk kembali ke laluan namun kenderaan tersebut tersasar ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dinaiki empat beranak itu. Akibat pertembungan itu, kereta jenis Proton Persona itu terseret beberapa meter manakala mangsa yang berada di pangkuan ibunya tercampak keluar melalui bahagian pintu depan sebelah kiri yang tercabut. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat manakala kedua ibu-bapa dan kakak mangsa turut dihantar menerima rawatan di hospital sama. "Pemandu lori yang mengalami cedera ringan hanya mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Bandar 32, Bera," katanya. Beliau berkata, punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa bayi terbabit masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
Posted: 25 Jul 2012 05:46 AM PDT Tempoh hari kita digemparkan dengan berita mengejut kehilangan sahabat blogger dikenali sebagai Tinta Hijau Dari Kaki Bukit (Tinta Hijau DKB). ( baca sini ) Rupa-rupanya ada sedikit kekeliruan dan salah faham. Blogger Tinta Hijau DKB rupanya masih Sihat dan masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk terus bersama kit, rupanya yang meninggal tempoh hari adalah Nik Hazman Nik Hashim yang menggunakan nama facebooker Tinta Hijau bukannya Blogger Tinta Hijau DKB Blogger Tinta hijau DKB yang berasal dari Kuala Besut ketika ditemui berkata, beliau masih sihat dan tidak pergi ke mana-mana. "Saya sihat AlhamduliLlah, masih panjang umur, dan duduk di sini (tidak menunaikan umrah ke Mekah),"ujarnya sebagaimana dilaporkan lman BuletinOnLine. Blogger Tinta Hijau DKB atau nama sebenarnya Aris Muhammad berkata demikian selepas program bincang santai 'Kuasa Media Baru' dalam pertemuan Tenaga IT dan Media Kawasan Besut baru-baru ini. Menurutnya, beliau tidak mengemaskinikan blog beliau kerana masalah talian internet di kawasannya yang menghadapi masalah akibat kecurian kabel. "saya masih hidup dan dalam keadaan sihat walafiat, cuma agak lama tak 'update' blog ni akibat berlaku kecurian kabel TM. "Sampai hari ini pihak TM masih belum menggantikan kabel yang dicuri,"jelasnya. Apa pun Syukur Alhamdullilah, dan sekali lagi mari kita sedekahkan Al-fatihah buat Nik Hazman Nik Hashim yang menggunakan nama samaran tinta hijau di facebook milik Arwah, Pesanan "tukanglawan" buat TM, segera la gantikan kabel yang dicuri tu, kerana kami kesuntukkan masa untuk menyedarkan rakyat yang telah lebih 50 tahun ditipu umno, Ramai yang terus mahu informasi dari Blog Tinta Hijau Di Kaki Bukit. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
Saham Felda Rugi Teruk Hari Ini Posted: 25 Jul 2012 02:50 AM PDT Harapan pakcik dan makcik felda untuk beraya dengan kereta baru, rumah baru, langsir baru, baju baru dan bini baru nampaknya tidak kesampaiaan tahun ini. Mereka yang dilamun dengan angan-angan bahawa kelak saham ini akan beri keuntungan besar pada mereka nampaknya tertipu lagi. Yang untung dalam masa sekejap ialah Isa samad dan kroni, kerana dalam tempoh sekejap mereka mendapat untung besar. Isa samad sendiri mendapat 180 000 unit saham tanpa perlu mengadaikan tanah kepunyaanya, sedangkan makcik dan pakcik terpaksa bergolok gadai semua yang ada semata-mata mahu mendapat sejumlah 800 unit saham ( ajeeeeee ) Apa sudah jadi dengan saham felda ni yang dulu canang akan buat orang felda jadi kaya raya.?, boleh pakai kereta mewah macam menteri... tapi tak pernah tahu apa akan jadi kalau rugi. Benarlah main saham ada naik turunnya, tapi pernahkah fikir dulu nasib peneroka jika saham ini kelak rugi besar .... nak harap pak menteri.. jangan la harap.. mereka pandai berjanji... yang bodohnya kita... MELAYU YANG DITIPU MELAYU.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
Staff KTMB Dijadikan Balaci Umno Lagi Posted: 25 Jul 2012 12:19 AM PDT Jahat Betul puak umno nei, lepas habis semua tanah milik KTMB diorang pacak bendera BN (baca sini) , Diorang tampal pulak semua dinding stesen komuter, kepala keretapi dan dan mangkuk tandas dengan gambar najib. ( baca sini ). macam la semua orang suka tengok muka najib dengan lambang timbang kroni tu. Ni satu lagi tindakan umno yang jerut tengkuk sendiri. bagi apa pun orang ambik, tapi nak ke orang bagi undi kat BN masalahnya. kah..kah..kah. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi menjadi alat kempen kerajaan, kali ini melalui pengagihan kurma di beberapa stesen komuter terpilih. Tinjauan di Stesen KTM Shah Alam petang semalam mendapati kira-kira 15 pekerja terlibat dalam program tersebut, kesemuanya memakai baju korporat BN. Di bahagian depan kiri baju tersebut tertera tulisan 'BN' manakala di bahagian belakang pula 'Nurani Rakyat' dan 'Sayangi Selangor Yakini BN'. Sumber dipercayai memberitahu, BN telah memperalat program tradisi syarikat itu pada setiap kali Ramadhan. Beliau yang enggan namanya diketahui berkata, kotak kurma yang sebelum ini ditetapkan oleh pihak pembekal, ditukar dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di saat akhir. "Pekerja KTMB sendiri dikerah untuk agihkan kurma tersebut. Biasanya mereka dari jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran. "Mereka diwajibkan memakai baju korporat BN berwarna biru tua. Di sini, kita sudah jelas dengan tindakan BN yang memperalatkan program ini," kata sumber itu semasa ditemuramah Keadilan Daily. "Jika wang KTMB tidak digunakan sekalipun, ia tetap salah dan sangat malang apabila kakitangan KTM dipergunakan sekali lagi menjadi bahan kempen BN," tambahnya lagi menjelaskan sumber dana yang digunakan untuk membiayai program yang menjadi tradisi KTMB tersebut tidak diketahui menggunakan dana siapa. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
BN Mulakan 'Kempen Misteri' Di Media. Posted: 24 Jul 2012 11:57 PM PDT Nampaknya kalau rakyat sedar, BN dah mula cucuk jarum dengan mengadakan satu kempen misteri dalam akhbar dan media arus perdana milik BN. Kempen yang dinamakan 'saya pilih Malaysia' ini muncul minggu lepas dan dikatakan menelan berjuta-juta ringgit untuk disiarkan di media. Justeru, tika heboh spekulasi pilihan raya akan diadakan awal september. BN sudah memulakan gerakan bagi 'menumbangkan' pengaruh Anwar Ibrahim dan sekutu. Kalau belum tengok, sila tengok nanti di media ketika waktu perdana di semua media perdana. Lihatlah bagaiaman Madey Son of Kutty melabon. HAHAHAHAHA. Apabila saya melihat iklan tersebut, nampak seolah tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Namun begitu, apabila diteliti jelas iklan tersebut menggunakan warna biru putih dengan kata - kata seperti keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan. Nahhh! Itu nampaknya dah serentak dengan Barisan Nasional jang oi! Media UMNO juga ada kempen laman facebook 'saya pilih malaysia'. Jadi, takkan rakyat bebal macam mongolia kot tak dapat nak fikir ini jarum daripada siapa ? Mana mungkin puak papagomo dan kempen untuk satu pihak kalau tak kenyangkan tengkuk dan perut mereka. Masalah sekarang, benda ni telah berjuta. Siapa nak bayar ? Hisham Keris dah tanggung banyak hutang. Rakyat jangan lupa..... MEGAT HIDAYAT, INSTITUT TEKNOLOGI MARA. JANGAN DITIPU UMNO LAGI, LIHAT VIDEO INI ( SILA KLIK) Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment