"tukanglawan" |
- SB Salah Siasat, Umno Yang Jalin Kerjasama Dengan Komunis
- AWAS !!! Mungkin Ada Yang Akan Ditangkap Untuk Kuatkan Skrip PRU13
- Duit Baru Sama Dengan Duit Cina Mati?
- Jaga-Jaga Jangan Sampai Tapak Kubur Umno Komersialkan.
SB Salah Siasat, Umno Yang Jalin Kerjasama Dengan Komunis Posted: 21 Jul 2012 02:26 PM PDT SB salah siasat sebenarnya, mungkin kerana desakan pemimpin tertinggi umno, polis Cawangan Khas Bukit Aman terpaksa menuduh fahaman komunis meresapi KEADILAN, PAS dan DAP. Bukti Terbaru mendedahkan bahawa Khairy iaitu ketua pemuda umno menyatakan hasratnya mahu menubuhkan sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Liga Pemuda Komunis China (CYLC).seperti yang disiarkan oleh Akhbar The Star pada 12 Oktober 2009. Dalam laporan itu Khairy berkata hubungan antara BN dan parti komunis China disebabkan kedua-duanya adalah parti pemerintah dan perlu diwujudkan hubungan baik untuk kepentingan perdagangan dan pelaburan. Malah Khairy berkata Komunis pada masa kini mengamalkan dasar terbuka dan mereka tidak lagi mengganas dalam hutan. Nampaknya SB digelakkan oleh Rakyat, dan ini sudah bikin puak umno meroyan lagi, kita tunggu ulasan Khairy nanti. Seperti yang "tukanglawan" katakan, SB tak perlulah rekacipta cerita, tiada apa mahu diselamatkan lagi umno yang hampir rebah tu, apa kata tumpukan lebih pada Panda Najib, entah-entah Panda najib itu merupakan perisik dari negara China. kah..kah..kah, Mau tembak Pakatan, Terlupa fakta sejarah. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini . . | ||
AWAS !!! Mungkin Ada Yang Akan Ditangkap Untuk Kuatkan Skrip PRU13 Posted: 21 Jul 2012 06:01 AM PDT Beberapa hari lepas Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. ( baca sini ) dan ( disini )
Itu buat semua orang gelak, sebab orang dah tahu taktik yang digunakan umno serta sekutu mereka menjelang pilihanraya, bila ada saja cerita komunis, filem bukit kepong dan filem-filem perang zaman british diulang tayang , tu tanda la nak mengundi. Kemudian Hishamuddin main selamat bila ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa cina, katanya dia tidak ada maklumat dan tidak tahu, bagaimana seorang menteri yang bertanggungjawab boleh tidak tahu, pelik tu. ( baca sini) Hari ini dia dah tukar pulak dah, dia kata perkara ini perlu diberi perhatian serius, "Kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK)," kata Hishamuddin dan menambah,"jika ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan." katanya. Ini nampaknya macam sesuatu akan dilakukan, mungkin ada yang akan ditangkap dan dituduh nanti supaya skrip nampak "real", biasalah benda ni normal di malaysia, nanti akan ada la kononnya orang yang disyaki terlibat, kemudian utusan dan TV3 suku akan main berulang kali. Entah-entah nanti panda yang dibela najib pun akan ditangkap jugak kerana dituduh sebagai perisik komunis dan menjual maklumat ketenteraan pada negara luar,.. kah..kah..kah. Macam-macam hal malaysia ni, sebab umno terlalu takut, banyak la skrip tak logik keluar... blogger kaki fitnah umno PapaGomo boleh tolong tokok tambah cerita lepas ni. Korang percaya ke propaganda terbaru umno ni.? Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini . . | ||
Duit Baru Sama Dengan Duit Cina Mati? Posted: 20 Jul 2012 09:37 PM PDT "tukanglawan" bukan nak menghina sesiapa, maaf ayat diatas mungkin sentuh sikit sensitiviti masyarakat berbangsa cina. Bagi orang melayu, kalau guna perkataan "Hell Bank Note" tak ramai yang akan faham, untuk beri gambaran mungkin hanya perkataan tersebut sesuai digunakan untuk beri lebih pemahaman adalah seperti diatas. Masyarakat cina dalam satu ritual keagamaan mereka dan adat menghormati sanak saudara yang telah meninggal , akan membakar wang kertas yang dipanggil "duit Neraka" untuk digunakan oleh roh di alam sana ( mengikut kepercayaan mereka ) Ada yang katakan wang kertas dengan design baru ini sama sangat dengan wang kertas "duit neraka" apakah benar, lihat saja gambar bawah ini. Terpulang kepada peniliaan anda, ada yang kata note wang kertas terbaru malaysia seperti "duit Saidina" apakah ini menunjukkan matawang kita semakin susut nilai? Mungkin design lama lebih menarik dan lebih susah ditiru berbanding note keluaran terbaru ini. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini . . | ||
Jaga-Jaga Jangan Sampai Tapak Kubur Umno Komersialkan. Posted: 20 Jul 2012 08:50 PM PDT Jangan tak percaya, ini bukan dongeng, ini cerita betul zaman umno. kalau korang dah rasa nak mati, jangan bimbang, boleh bukak web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tempah tanah tanah Perkuburuan di KL ni. Itulah kata Muhyiddin Yassin semasa melancarkan tanah perkuburan Raudhatul Sakinah di Batu, semalam. Pusat perkuburan Islam di Mukim Batu yang berkeluasan 98 ekar ini bakal dibangunkan sebanyak tujuh fasa yang boleh menampung 22,000 jenazah dan boleh bertahan hingga 2061. Selain di Mukim Batu ini, pusat perkuburan Islam yang dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdapat di Bukit Kiara yang dapat menampung hingga 2045. (bukan aritu kecoh tak cukup tanah kubur ke?) "Ini adalah satu fardhu kifayah yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan keselesaan umat Islam mendapatkan ruang kubur," kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali. (bukan dia ni ade kene mengene kes duit zakat yg jamil khir guna untuk lawan tuntutan qazaf DSAI aritu ke) Pelik zaman umno ni, ruang kubur pun nak dibuat begitu, ada tempah-tempah, pilih dulu mana suka, di lembah atau di lereng bukit, cari spot yang lawa dan menarik, padahal, perkara lepas mati ni, ALLAH je tau apa jadi. mati kat mana, bagaimana. Hari ini perkhidmatan tu percuma, tapi takut esok lusa takut jadi lain pulak, ye la, nanti bila dah tempah tapak kubur jadi kesilapan ke apa ke banyak mudarat, kalau tersalah tanam, nak gali balik ke mayat tu ? Bukan boleh suka-sukakan nak gali balik kalau tak ada keperluan. Hari ni bagi perkhidmatan percuma, takut esok dari kain kapan sampai ke Van Jenazah, perkhidmatan konopi, batu nesan, dan sebagainya sampai la tanam bunga puak-puak ni komersialkan, mana tahu. Bukan apa, selagi umno ni berkuasa, apa pun diorang nak komersialkan, sampai la ke tanah kubur, susah bila umno ni hidup lama sangat, baik la umno dulu tempah lot kubur mana diorang nak. lagi cepat lagi bagus. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment