Liang Lahad....

Liang Lahad....


USTAZ UMNO SOKONG FITNAH YANG DILAKUKAN OLEH RAKAN BELIAU TERHADAP KETUA PEMUDA PAS!!

Posted: 24 Jul 2012 11:21 PM PDT

Aku sangat-sangat tak faham cara Ustaz-Ustaz muda UMNO ni berfikir dan bertindak...
nak kata tiada ilmu...
mereka berilmu...

Jadi sudah tentulah mereka faham apa maksud "fitnah" dan apa dosanya "memfitnah" itu...

Tetapi dalam isu "solek menyolek" ketika debat antara Ustaz Nasrudin dan Fathul Bari tak berapa lama dulu,yang memulakan fitnah adalah dari kalangan Ulama' Muda UMNO itu sendiri,iaitu Ustaz Fauzan (layak ker gelaran ustaz tu..?)


Selepas gambar tersiar dan kebenaran didedahkan..
maka barulah Ustaz Fathul Bari mengaku salah..

Jika tidak, mungkin beliau hanya membiarkan Ustaz Nasrudin di fitnah dan di aibkan sendirian....
sedangkan beliau tahu perkara apa sebenarnya yang berlaku ketika itu...

Namun...
didalam mengaku salah dan memohon maaf itu..
Fathul Bari tetap juga menyokong kenyataan fitnah yang dilakukan oleh rakan beliau di FB...

Baca ini..


"Bertujuan menyedarkan"..?
bagaimana dengan memfitnah boleh dikatakan bertujuan menyedarkan..?

Apakah Ulama' Muda UMNO ini sanggup menghalalkan "fitnah" demi tujuan poltik..?

Cukup-cukup lah pemimpin UMNO sahaja yang busuk sehingga ke usus..
janganlah pula Ustaz-Ustaz yang ada dalam UMNO ini busuk sekali..

Berikut adalah kenyataan penuh penjelasan "isu solek" oleh Ustaz Fathul Bari.


Kerana itulah aku kagum dengan Ketua Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin hassan yang meminta gambar Ustaz Fathul Bari dipadamkan walaupun gambar itu sebenarnya didedahkan bagi menjawab fitnah oleh Ustaz Fauzan,Ulama' Muda UMNO (ILMU)...

Nasrudin tidak bersetuju fathul Bari diaibkan walaupun sebenarnya beliau yang terlebih dahulu difitnah dan diaibkan...

Sedangkan sikap Fathul Bari sangat tidak membantu keadaan apabila sehingga kini beliau tetap juga menyokong tindakan sahabat beliau, Ustaz Fauzan mengaibkan dan memfitnah ustaz Nasrudin Hassan...

Itulah UMNO...
busuk sehingga ke usus...

NASRUDIN HASSAN MINTA PADAM GAMBAR USTAZ UMNO YANG SEDANG DI SOLEK OLEH WANITA

Posted: 24 Jul 2012 10:35 PM PDT

Aku tak dapat nak mengelakkan diri dari memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS ini,Ustaz Nasrudin Hassan yang meminta supaya gambar Fathul Bari (Ustaz UMNO) yang sedang disolek oleh seorang wanita dipadam atau dibuang...
Aku tabik dan respek sikap Nasrudin tu kerana yang mula-mula melakukan fitnah terhadap beliau adalah Ustaz Fauzan (yang juga Ustaz muda UMNO-kononnya)...

Fauzan memfitnah Nasruddin di dalam FB dengan
mengatakan Ustaz Nasrudin "RELA" disolek oleh seorang petugas wanita ketika perdebatan Ustaz Nasrudin dan Ustaz Fathul Bari tempoh hari...

Fauzan juga cuba menyembunyikan perkara sebenar apabila mengatakan rakan beliau si Fathul Bari tu tidak mahu petugas wanita itu menyolek dirinya dan konon-kononnya Fathul Bari menyolek diri beliau sendiri....

Allah itu maha kaya...
niat buruk ustaz-ustaz muda UMNO ini untuk menyembunyikan perkara yang sebenar setelah memfitnah Ustaz Nasrudin Hassan telah didedahkan oleh sekeping gambar...

Gambar ini mungkin didedahkan kerana tuan punya gambar itu tidak bersetuju dengan permainan politik oleh Ustaz-ustaz UMNO tersebut...

Ini adalah permainan politik yang dimaksudkan...
Ustaz Fauzan adalah seangkatan dengan Fathul Bari di dalam Ulama' Muda UMNO (ILMU).

 
Dan ini pula adalah gambar yang dimaksudkan....

 
Dibawah ini pula adalah saranan  Ketua Pemuda PAS yang meminta supaya gambar ini dipadamkan dari dunia siber...
aku terpaksa dedahkan juga gambar ini kerana aku ada menyiarkan petikan kenyataan FB oleh ustaz Fauzan di atas..

Jadi untuk mengelakkan kekeliruan atas fitnah Ustaz Fauzan kepada Ustaz Nasrudin itu,maka tidak dapat tidak,gambar terpaksa disiarkan juga bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan bagi menafikan kenyataan fitnah oleh Ustaz Fauzan itu... harap maklum...

"Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.

Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.

Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk  "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.

Menurut Nasrudin, beliau  bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.

Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

Sumber.

No comments:

Post a Comment