Pahang Daily Online |
- Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri !
- Aziz Bari Bongkar Kaitan UMNO Dengan Komunis
- Mahkamah: Hakim Tetapkan '14 Ogos', Keputusan Permohonan Utusan Batal Saman Cucumatkilau !!
- MB: SYABAS Beroperasi Di Bawah Keupayaannya
- Panas: "Utusan Malaysia" Fail Notis Membatalkan Saman RM30 Juta Dituntut Blogger Cucumatkilau
Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri ! Posted: 25 Jul 2012 09:21 AM PDT KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. [Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini]. |
Aziz Bari Bongkar Kaitan UMNO Dengan Komunis Posted: 25 Jul 2012 08:40 AM PDT |
Mahkamah: Hakim Tetapkan '14 Ogos', Keputusan Permohonan Utusan Batal Saman Cucumatkilau !! Posted: 25 Jul 2012 08:37 AM PDT KUANTAN, 25 Julai - Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya hari ini menetapkan tarikh 14 Ogos depan bagi keputusan permohonan akhbar Utusan Malaysia untuk membatalkan saman malu RM30 juta oleh seorang blogger. Peguam Harris Abdullah yang mewakili bloger berkenaan Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, jika permohonan akhbar milik UMNO itu gagal prosiding akan diteruskan pada 27 Ogos 2012 dan jika Utusan berjaya pihaknya akan memfailkan saman baru. Mohd Shukri yang terkenal dengan nama blogger Cucu Mat Kilau dari blog Pahangdaily memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan setelah menyiarkan artikel berunsur fitnah pada 27 November 2010 bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri". Harris berkata, akibat daripada berita palsu yang disiarkan oleh Utusan dan telah diulangi secara meluas oleh blogger-blogger UMNO melalui blog masing-masing, anak guamnya digelar "kaki ampu" yang sanggup berbuat apa saja termasuk mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhalayak ramai untuk mengejar cita-cita politiknya. "Susulan daripada itu juga rakan-rakannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat mula menjauhkan diri sehingga beliau tiada pilihan lain selain mengundur diri dari persada politik kepartian. Angkara artikel itu juga, kini Mohd Shukri tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. "Malah, beliau yang juga bekas calon PKR yang bertanding di DUN Kemayan (Bera) pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan platform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur lantaran fitnah yang dilemparkan oleh Utusan", katanya. Justeru katanya, anak guamnya itu menuntut Utusan dan penulis artikel Tarmizi Abd Rahim untuk membayar ganti rugi secara berasingan yang kesemuanya berjumlah RM30 juta. Tuntutan tersebut ialah ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi teladan RM5 juta dan ganti rugi teruk RM5 juta. Tuntutan juga dibuat terhadap faedah ketiga-tiganya atas kadar yang dibenarkan bermula 27 November 2010 sehingga penyelesaian penuh. Sementara itu bagi perbicaraan hari ini Harris berkata, peguam mewakili Utusan mohon membatalkan saman kerana mendakwa kesalahan teknikal dalam writ saman berkenaan. "Mereka mahu membatalkan tuntutan saman atas teknikal sedangkan tidak menafikan kesalahan laporan akhbar dan segala bukti berkaitan telah jelas menunjukkan adanya prima facie terhadap kes ini", katanya lagi. Utusan diwakili peguam Izral dan Shamir daripada firma guaman Tetuan Izral Partnership. Dalam pada itu, Shukri pula berkata, Utusan Malaysia yang dibaca oleh ratusan ribu rakyat Malaysia sememangnya perlu diberi pengajaran atas artikel yang mereka siarkan bagi memelihara etika dan profesionalisme kewartawanan. "Kenapa ada wartawan di akhbar terbabit yang begitu mudah mengeluarkan artikel hanya berpandukan blog-blog tertentu tanpa melihat kepada fakta sebenar. Semoga Utusan akan lebih berdisiplin dalam melaporkan sesuatu berita hendaknya selepas ini. Janganlah akhbar harian itu disamakan macam tabloid mingguan yang lainnya di pasaran," tegasnya. sumber |
MB: SYABAS Beroperasi Di Bawah Keupayaannya Posted: 25 Jul 2012 07:53 AM PDT |
Panas: "Utusan Malaysia" Fail Notis Membatalkan Saman RM30 Juta Dituntut Blogger Cucumatkilau Posted: 24 Jul 2012 11:31 AM PDT KUANTAN, 25 Julai - Akhbar arus perdana, Utusan Malaysia hari ini akan menfailkan notis pembatalan terhadap saman sebanyak RM30 juta yang dituntut oleh Mohd Shukri Mohd Ramli berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu pada 27 November 2010 yang lalu. Mohd Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) sebelum ini menfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuantan yang mendakwa Utusan Malaysia telah tersalah siar kononnya beliau sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tarikh tersebut. Malahan, Utusan juga dengan sengaja mendakwa beliau sanggup mati dan pernah mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Peguam yang mewakili blogger terbabit iaitu Mohd Harris Abdullah (foto) dari The Law OfFice Off Mohd Harris, berkata susulan artikel berkenaan akhirnya reputasi anak guaman beliau terjejas teruk dan dia akhirnya telah mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2o11 iaitu beberapa bulan selepas artikel berkenaan disiarkan. "Akibat artikel itu, kini Mohd Shukri tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. Malah, beliau yang juga bekas calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan pada PRU-12 lalu juga kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan paltform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur akibat fitnah yang dilemparkan oleh Utusam Malaysia itu", katanya, Susualn itulah tindakan saman terpaksa dikenakan kepada akhbar terbabit atas keterlanjuran dan kesilapan berita yang mereka laporkan. Menurut Mohd Harris lagi, sepatutnya prosiding perbicaraan akan didengar pada penghujung bulan Ogoas iaitu selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri nanti. Namun, Utusan Malaysia dipercayai cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk membatalkan tuntutan tersebut hari ini. "Kami tidak tahu atas asas apa mereka mahu membatalkan tuntutan ini, sedangkan laporan dan segala bukti-bukti berkaitan telah jelas menunjukkan adanya prima facie terhadap kes ini", katanya lagi. Foto kononnya blogger Cucumatkilau cium Anwar disebarkan oleh blog-blog pro UMNO selepas laporan oleh Utusan Malaysia pada 27 Nov 20120 lalu [Buat pertama kalinya, kes ini akan didengar di bangunan baru Komplek Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota sekitar jam 9.00 pagi ini. Berdasarkan kepada hujjah dan dokumen yang berkaitan ternyata Utusan Malaysia tidak mempunyai asas yang kuat untuk membatalkan tuntutan saman ini. Namun, dalam masa yang sama mereka juga berhak berbuat demikian. Soalnya, keputusan adalah terletak ditangan hakim. Orang ramai yang berkesempatan dijemput hadir berami-ramai untuk memberi sokongan kepada blogger terbabit. Apa yang penting, Utusan Malaysia sememangnya perlu diberi pengajaran atas artikel yang mereka siarkan. Walau pun ada yang menyamakan blog ini dengan Utusan, namun mereka harus ingat bahawa akhbar terbabit harus mempunyai etika dan profesionalisme yang tinggi kerana ia dibaca oleh ratusan ribu rakyat Malaysia. Soalnya, kenapa ada wartawan di akhbar terbabit yang begitu mudah mengeluarkan artikel hanya berpandukan blog-blog tertentu tanpa melihat kepada fakta sebenar. Semoga Utusan akan lebih berdisplin dalam melaporkan sesuatu berita hendaknya selepas ini. Janganlah disamakan akhbar harian itu sama macam tabloid mingguan yang lainnya di pasaran]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment