"tukanglawan"

"tukanglawan"


Anwar Ibrahim Sebenarnya Alien. ( Mesti Baca)

Posted: 19 Jul 2012 03:26 PM PDT



Polis semalam mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Itu sangat kelakar, setakat bercakap siapa pun boleh bercakap, setakat menuduh siap pun boleh menuduh, ini betul-betul tanda nak pilihanraya la ni,  cerita komunis, Jemaah islamiah semua dah keluar, dan lepas ni nanti akan ada pulak cerita setengah Ahli PAS itu Taliban, setengah lagi Mujahiddin pulak.

Lepas ni kita harap TV3 atau Utusan pulak siarkan berita satu pertiga Ahli PKR pulak ialah perisik KGB, sebahagian lagi perisik Israel dan yang selebihnya itu adalah perisik FBI.

Lepas tu nanti Utusan dan TV3 boleh siar cerita lagi setengah ahli DAP ialah militer Korea Utara, ada juga perisik  korea Selatan, bekas tentera jepun yang menyamar jadi Cina dan jadi Ahli DAP dan mereka sedang rancang menubuhkan PARTI KOMUNIS ASIA TENGGARA dengan kerjasama Singapura.

Malaysia kan serba boleh, apa nak heran kan ke polis kata pengganas JI dan Komunis dah serap dalam pakatan pulak, ehh boleh bergandingan dan jalin kerjasama pulak Jemaah Islamiah dengan komunis. kah..kah..kah.

Sudah hilang kelogikan dah berita malaysia ni, Ohhh sangat pelik malaysia ku, tak sabar pulak nak dengar fitnah baru dari utusan bahawa Anwar Ibrahim itu Alien, Tok Guru Nik Aziz Pun Alien jugak, Lee Guan Eng bukan Alien, dialah Man In Black. kah..kah..kah.

Tak habis-habis diorang ni memfitnah, buat cerita untuk timbulkan bukan ketakutan pada masyarakat, tapi lawak dan propaganda tak logik yang buat rakyat terhibur sangat-sangat.

Kalau Najib nak tahu ini rahsia penting kerajaan,. 2 ekor panda yang najib ambik dari negeri china itu bukan komunis... 2 ekor panda itu sebenarnya ialah ejen KGB dari Russia... Rosmah tak takut ke nanti cincin hilang... ini sumbar dari "tukanglawan" yang sebenarnya ialah seorang blogger yang dilatih oleh Osama bin Laden untuk jahanamkan umno.

Kah..kah..kah. Malaysia makin lucu.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Video Penuh Ceramah Anwar Jalan Kebun

Posted: 19 Jul 2012 11:02 AM PDT

Kita ikuti Video penuh ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Padang Rakyat, Kg Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor,pada 18 julai yang lalu.

Umno gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat, jalan kebun ini mempunyai sejarah satu masa dulu, pernah ada satu himpunan besar ketika zaman reformasi dahulu.

Walaupun hujan pada sebelah petang, dan padang rumput masih basah, tetapi ia tidka meghalang rakyat untuk turun untuk hadir mendengar apa yang ingin diperkatakan.

Mari lihat rakaman ceramah tersebut.



Sedikit gambar dibawah dipinjam dari blog liang lahad.






Apakah najib mampu menarik ramai rakyat untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan tanpa memberikan baju, kain pelikat, makan dan upah?... Anwar boleh, Najib pasti tak boleh..


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Umat Islam Berpuasa Mulai Sabtu

Posted: 19 Jul 2012 10:07 AM PDT




Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

- Bernama

"tukanglawan" mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, semoga amalan kita diberkati ALLAH...

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Siaran Tertunda Debat Nasruddin Hassan Tantawi Vs Fathul Bari

Posted: 19 Jul 2012 05:49 AM PDT


Jom kita ikuti siaran tertunda debat  anjuran Sinar dengan topik PRU13-Orang Muda Pilih Siapa? yang menampilkan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasaruddin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Fatrul Bari.

Debat yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada jam 5 petang ini akan disiarkan secara tertunda pada lebih kurang jam 9.15 malam ini., peliknya bila najib mahu terima cabaran debat, rakyat sudah tunggu terlalu lama.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

Video Ceramah Santai Ustaz Azhar Idrus Full

Posted: 19 Jul 2012 03:52 AM PDT

Agak bosan pulak petang nei, Sedang cari artikel dan bukak lama youtube terjumpa pulak satu video ceramah ustaz Azhar Idrus masa himpunan hijau ke Putrajaya di Stadium Alor Setar pada 1 Jun 2012

Ustaz azhar yang nampak sangat Cool dengan cermin mata hitamnya hari tu, memang membuatkan hadirin tak kering gusi, jom la layan dulu sementara tunggu dulu, kita praktis-praktis dengar ceramah sementara nak berbuka puasa nanti. Kah.Kah..kah..




Lebih banyak lagi videoa untuk dikongsikan di ruangan Koleksi Video



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Ummi Halfida Bakal Disaman

Posted: 19 Jul 2012 03:29 AM PDT


Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai "Raja Komando" mendakwa aktivis Umno-BN Ummi Hafilda Ali menuduhnya sebagai menerima ganjaran daripada kerajaan Selangor.

Raja Kamaruddin berkata beliau akan juga memfailkan saman terhadap portal Umno Online dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, Ummi Hafilda mendakwa beliau dilantik pengerusi syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) selepas menjadi saksi dalam kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Katanya, beliau tidak pernah 'menadah tangan' untuk meminta apa-apa projek pengurusan pasir di Selangor.

"Saya ikut saluran yang betul. Dia (Ummi) kata saya dapat imbuhan dari Pakatan Rakyat. Dia tuduh saya kata saya dilantik sebagai KSSB sebagai satu 'ganjaran' untuk menguruskan semua projek pasir di Selangor.

"Tunggu satu atau dua hari lagi, saya akan saman Ummi dan Umno Online. Kita tengok dia berani atau tidak. Ini janji seorang reformasi," katanya ketika berucap di ceramah Merdeka Rakyat di Jalan Kebun, semalam.

Ummi sebelum ini mendakwa jawatan Raja Kamaruddin sebagai Pengerusi KSSB adalah 'ganjaran' selepas menjadi saksi kes Anwar pada tahun 1998



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Malaysia Ku Yang Pelik, Betul-Betul Kartun La

Posted: 19 Jul 2012 02:49 AM PDT

Pelik betul negara ni, terutama orang umno, tersangat la pelik perangai mereka. betul la malaysia ni macam negara kartun.

Ni kisah pasal kartun 1Malaysia la nei, kalau kita bersikap lebih patriotik pun salah jugak, nanti dikejar Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KDN hari ini memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi.

Huh pelik, Awang Arang yang dimaksudkan tu ialah "negro" jom tengok cikit keratan kartun tu.



Antara lain dialog dalam kartun tu menyebut "haa, ni bukan 1Malaysia tapi 1Pati nak jahanamkan negara, Jauhkan diri anda dari Awang Arang ni"

Berbalik kepada dakwaan boleh mewujudkan ketegangan kaum ni, sejak bila pulak negro ni dah diiktiraf sebagai salah satu kompisisi kaum kat negara nie?

Kah..kah..kah yang kelakarnya "Mereka (KDN) minta agar  Pihak kene panggil tu tidak menyentuh isu perkauman selepas ini,"

Laaa, begitu gamaknya, yang puak perkasa pimpinan ibrahim ali dan puak meroyan "hidup melayu" tu tak pulak kene bagi amaran sebab selalu cetus permusuhan kaum... malah agama.

Ni la nasib negara ku yang pelik, puak umnoapco sibuk menghina cina dan india, seolah-olah mereka jahat dan tak ada jasa pada negara. tapi bangla, nepal indon dan Awang Arang terus tersenyum gembira, sebab sekarang KDN dah jaga.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment