Nota Kecil

Nota Kecil


Blaupunkt Jerman pilih P.Pinang bukti destinasi pelaburan terbaik negara

Posted: 20 Jul 2012 08:30 AM PDT

Dari kanan: Lars Planke, Goh Kok Teow, Lim Guan Eng dan Mukhriz Mahathir semasa 
majlis pelancaran Blaupunkt Malaysia.
PULAU Pinang seakan diiktiraf lagi sebagai destinasi pelaburan pilihan terbaik negara apabila syarikat infotainment automotif Blaupunkt dari Jerman membuka kilang di negeri berkenaan dengan nilai pelaburan RM88 juta.

Itu, tidak termasuk RM40 juta lain yang dilaburkan selepas lima tahun mendatang di kilang yang sama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri bangga dengan langkah yang diambil oleh syarikat gergasi antarabangsa itu.

"Saya berasa bangga apabila Blaunpunkt memilih Pulau Pinang sebagai satu-satunya destinasi pelaburan terbaik di Malaysia.

"kehadiran kalian (Blaupunkt) hanya akan menambahkan lagi iltizam (Kerajaan Negeri) di Pulau Pinang untuk menarik jenama terbaik dunia khususnya dalam produk berteknologi tinggi dan terkini ke sini," ujar beliau baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Dr. Lars Planke (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Blaupunkt) dan Goh Kok Teow (Pengarah Urusan Blaupunkt Malaysia) turut berucap pada majlis perasmian itu di Kawasan Perindustrian Bukit Tengah, di sini.  

Blaupunkt memilih Pulau Pinang sekarang semasa negeri itu diiktiraf sebagai jaguh pelaburan asing langsung (FDI) berbanding negeri-negeri lain.

FDI Pulau Pinang bagi tahun 2010 berjumlah RM12.2 bilion manakala RM9.1 bilion FDI diperoleh pada tahun berikutnya.

Pencapaian itu menjadikan Pulau Pinang menyumbang 28 peratus atau RM17.7 bilion pada FDI Malaysia selama dua tahun tersebut.

Operasi Blaupunkt yang merupakan sebahagian dari Kumpulan Robert Bosch sebenarnya wujud di Malaysia sejak 1973 lagi.

Dengan pembukaan kilang tersebut sekarang, Guan Eng berkata, Blaupunkt mewujudkan kira-kira 70 lagi peluang pekerjaan dalam kejuruteraan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta tenaga profesional.

Beliau turut memuji Blaupunkt kerana kesemua 330 pekerja di syarikat itu adalah warganegara.

"Tiada pekerja asing di sini. Ia (Blaupunkt) benar-benar untuk rakyat Malaysia, inilah semangat 'Malaysia Boleh' yang sejati," ujar beliau.

Imam, Bilal terima hadiah jubah demi pulih imej Najib

Posted: 20 Jul 2012 08:32 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah kepada 14,254 imam dan 138,746 ahki jawatankuasa masjid-surau demi memperbaiki imej beliau yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.

Inisiatif itu dibuat mungkin selepas meyakini bahawa majoriti Melayu khususnya golongan beragama bakal menolak Umno Barisan Nasional secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sebab kita sudah sampaikan awal, saya harap tok imam pakailah (jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti," katanya pada Majlis Himpunan Perdana Warga Imam di Serdang, semalam.

Hadirin yang dikerah berkenaan turut menerima 'token' RM100 melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Difahamkan, sebanyak RM2 juta wang rakyat dihanguskan oleh JAKIM bagi agenda politik peribadi Najib. -END

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

Muhyiddin kata Parlimen terbuka tapi Najib takut debat Anwar

Posted: 19 Jul 2012 07:47 PM PDT

Kerajaan Umno Barisan Nasional pusat masih berjanji tidak menghampakan generasi muda sungguhpun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak impian mahasiswa untuk merealisasikan pendidikan percuma sebagai ganti pada sistem pinjaman PTPTN yang nyata membebankan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berdalih, pandangan golongan muda amat penti untuk membantu kerajaan Umno Barisan Nasional dalam mengubah dasar, mengatur strategi serta merangka program yang kononnya meningkatkan taraf hidup rakyat,

"Di sini (Parlimen), kita senantiasa melakukan pembaharuan dan tranformasi, kita mengamal sistem lebih terbuka untuk menjaga hak asasi manusia serta memastikan negara sentiasa selamat, kata Muhyiddin semasa berucap pada Konvensyen Pemimpin Muda 2012 semalam.

Kenyataan itu seakan menyindir Najib yang dilihat terus mengelak daripada cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai wawasan polisi urus tadbir negara yang ditawarkan kepada rakyat sempena pilihan raya umum nanti. -END


INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

Polis ajak rakyat benci Suaram demi selamat Najib dari bicara skandal Scorpene di Perancis?

Posted: 19 Jul 2012 07:46 PM PDT

PAKATAN Rakyat digambarkan menyerap pengaruh Jamaah Islamiah (JI) dan Komunis demi membendung insiatif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dari terus berusaha mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke kandang bicara skandal rasuah kapal selam Scorpene di Perancis.

Bahagian Ancaman Ekstremis Polis Bukit Aman hari ini mendedahkan wujud usaha mereka yang berkenaan kononnya mahu menjadi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Malah ketua penolong pengarah bahagian itu, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin menuduh pemimpin pembangkang sering berulang-alik ke Bengkok dan Selatan Thai bagi mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

"Gerakan ini mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing daripada segi bantuan kewangan, latihan serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi piliha raya umum.

"Tindakan mereka bertujuan untuk melahirkan NGO tempatan yang sentiasa bermusuhan terhadap kerajaan yang boleh mencetuskan kucar-kacir," katanya semalam dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara 2012 di Parlimen, Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun tidak pula mendedahkan bukti di sebalik tuduhan 'berniat jahat' itu.

Beliau turut berdalih bahawa polis bimbang dengan penganjuran beberapa perhimpunan rakyat di ibunegara pada 28 April lepas yang membabitkan NG0.

"Perhimpunan Bersih 3.0, (himpunan aman) Oren dan Hijau adalah rancangan yang diatur khas sehingga PRU13.

"Budaya kempen sepanjang tahun diamalkan di negara ini menyebabkan rakyat terdedag kepada pelbagai maklumat politik. " dalih beliau.

Pun begitu, beliau tidak mengulas mengenai insiden polis nyata membelasah rakyat yang menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lepas seperti yang didedah dalam youtube serta media alternatif tanah air. -END

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

JAKiM belanja RM2j kerah tok imam, bilal & siak dengar dakyah Najib Razak di Serdang?

Posted: 19 Jul 2012 07:38 PM PDT

Aktiviti kerahan 10,000 Tok Imam, Bilal dan Siak dari seluruh pelusuk negara ke majlis bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Serdang semalam menelan belanja kira-kira RM2 juta.

Sumber pejabat timbalan perdana menteri mendedahkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKiM) diarahkan memberi 'token' RM100 serta kain sepanjang 8 Meter kepada setiap peserta yang hadir mendengar ucapan dakyah Najib.

Najib semasa berucap dilaporkan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong amalan seks sama jenis (homoseks) berpandukan pada kenyataan 'mengelirukan' Ketua Pembangkang di kamar bicara Kes Liwat II.

Najib bagaimanapun tidak mengemukakan bukti atas kenyataan berunsur fitnah itu.

Malah, Najib turut menipu hadirin kononnya kuota Haji dikurangkan oleh kerajaan beraja Arab Saudi disebabkan rakyat Malaysia melandarkan demontrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 28 April lepas.

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

Dua Umno P.Pinang kaut untung RM5j hasil jual tanah Melayu Balik Pulau?

Posted: 19 Jul 2012 01:55 PM PDT


Klik di gambar untuk pembesaran imej dokumen bukti

Musa Sheikh Fadzir
DUA pemimpin Umno Pulau Pinang didakwa sebagai pengkhianat serta seakan menghalau Melayu dari pulau apabila berjaya memujuk 31 pemilik tanah di Kampung Terang, Balik Pulau untuk menjual tanah masing-masing.

Mereka, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar (Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Pulau Pinang) melalui syaraikat hartanah Maison Heights Sdn. Bhd. (849163-W) didakwa berjaya membeli tanah tersebut dengan harga RM8.6 juta (RM8,563,983.12) pada 31 Januari lepas.


Mohd. Yusri Yaacob
Pembantu Khas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mohd. Yusri Yaacob mendakwa, Maison Heights yang dikuasai oleh kedua-dua pemimpin parti pendesak Melayu itu pada 16 Mei lepas telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pula dengan harga RM13.5 juta (RM13,457,664.00).

"Dalam masa 5 bulan sahaja Maison Heights Sdn Bhd telah mendapat keuntungan hampir RM 5 juta.

"Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang," kata beliau melalui e-mel kepada wartawan.

Perkembangan terbaru ini didedah semasa pihak pembangkang Pulau Pinang khususnya Umno ghairah menuduh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba menindas serta cuba mengusir Melayu dari negeri berkenaan. -END

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'


Artikel berkaitan:
Hasrat pusat bina Universiti lahir bimbang warga Balik Pulau
Bukti bina Universiti di Balik Pulau hasrat kerajaan BN pusat
Guan Eng minta Umno tak ambil 39 ekar tanah Melayu, 59 ekar tanah Cina untuk bina universiti

PRU13 selepas hancurnya persepakatan dalam Pakatan Rakyat?

Posted: 19 Jul 2012 10:37 AM PDT



Anuar Omar 
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak akan membubarkan Parlimen jika Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kuat. Beliau memilih masa yang sesuai iaitu hancurnya persepakatan dalam PR untuk mengadakan PRU 13.

Mengambil contoh PRU 12, pada ketika itu PR berada dalam keadaan kuat dimana semua isu yang membabitkan perpaduan diselesaikan dengan baik sehingga mencapai kejayaan yang diluar jangkaan.

Jadi, Najib tidak akan membiarkan perkara tersebut berulang dan sabar menunggu kehancuran perpaduan dan persepakatan dalam Pakatan Rakyat sebelum meniup semboyan peperangan PRU 13.

Buktinya, bibik-bibik perpecahan dalam PR semakin teserlah sejak akhir-akhir ini terutamanya di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat kerana ini adalah antara strategi yang dilakukan oleh Umno/BN untuk menumbangkan Pakatan.

Di Kedah, banyak keputusan yang dilakukan Kerajaan Negeri mendapat tentangan hebat dari rakyat dan ahli parti PR sehinggakan dua orang Exco Kerajaan Negeri enggan menerima semula perlantikan Exco.

Malah, lebih parah apabila ramai ahli dan pimpinan Pas dikatakan sudah 'hilang kepercayaan' kepada Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri. Selain, hilangnya semangat Pakatan antara Pas-PKR-DAP.

Jadi, agen-agen Umno dalam Pakatan sentiasa mencari peluang untuk menghakis kepercayaan kepada pemimpin dengan melakukan dasar dan keputusan yang bertentangan dengan aspirasi rakyat dan PR.

Mereka yang terlibat ini juga dikatakan memegang jawatan besar dalam pentadbiran negeri dan boleh membuat keputusan tanpa persetujuan Menteri Besar ataupun Exco Negeri.

Terbaru, kes pembelian 500 ribu unit saham FGVH oleh PKNK mengambarkan aspirasi Pas Pusat dan Rakyat tidak dihiraukan oleh Kerajaan Negeri yang ironinya menampakan keuntungan semata-mata.

Di Pulau Pinang, agen-agen Umno cuba melaga-lagakan pemimpin PR. Mereka ini yang masih 'berkeliaran' dalam PR cuba menimbulkan provokasi terhadap pemimpin dan Exco Kerajaan Negeri.

Malah, ada juga pemimpin bawahan PR cuba mensabotaj parti dengan mengadakan program yang bertentangan dengan dasar PR seperti tarian k-pop yang menjadi isu besar suatu ketika itu.

Terbaru, PKR Cabang Kepala Batas sekali lagi cuba melaga-lagakan PAS-PKR dengan menjemput bekas Pengerusi Dewan Himpunan Pas Kepala Batas dan menghentam pimpinan Pas dalam program Makan Malam anjuran cabang itu 14 julai lepas di Dewan Cina Kepala Batas itu.

Masalah itu menimbulkan ketidak-puasan hati dikalangan ahli Pas kepada penganjur yang juga PKR Cabang Kepala Batas. Hal ini mengeruhkan hubungan diantara ahli Pas dan PKR di Parlimen Kepala Batas.

Kemumculan KMPP atau Kongres Melayu Pulau Pinang yang dikaitkan dengan kumpulan Melayu dalam DAP juga tidak habis-habis menyerang Exco Melayu Pulau Pinang dengan hasrat dapat bertanding di beberapa kerusi Melayu antaranya Batu Maung dan Pantai Jerejak.

Banyak lagi isu dan kes yang cuba ditimbulkan oleh agen-agen Umno dalam PR untuk memecah-belahkan persepakatan diantara Pas, PKR dan DAP di Pulau Pinang. Malah, gerakan ini dipelopori oleh bekas pemimpin tinggi dalam Pas dan PKR sendiri.

Di Selangor, isu perpecahan diantara 'team' Menteri Besar dan 'team' Azmin Ali sendiri dilihat mencacatkan lagi usaha menyatupadukan PR dalam menentang Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

Mujurlah, Dr Hassan Ali berjaya 'disingkirkan' oleh kepimpinan Pas Selangor. Jika tidak, maka keadaan akan bertambah tegang dengan karenah yang bermacam-macam. Perletakan jawatan oleh Rafizi Ramli dan Latifah Koya juga menampakan perpecahan yang mula 'berbekas'.

Selain itu, isu segelintir pemimpin PKR Selangor yang ligat mengejar tender dan projek juga dilihat telah membangkitkan kebencian dikalangan ahli dan rakyat. Perangai lama Umno itu dilihat makin rancak di Selangor.

Di Kelantan, walaupun tidak banyak isu perpecahan digembar-gemburkan oleh media Umno, namun kebanyakkan ahli Pas mengetahui bahawa kumpulan 'rakan kongsi' Umno sedang merancang menjahanamkan masa depan politik Husam Musa.

Husam dikatakan akan diletakan di Parlimen Gua Musang oleh kumpulan 'rakan kongsi' Umno pada pilihanraya umum akan datang supaya ianya dapat 'membunuh' terus karier politik beliau.

Kumpulan 'rakan kongsi' Umno di Kelantan agak kuat, masakan tidak, ada dikalangan mereka yang meraih tender berjuta ringgit dalam usaha mereka 'menyokong' Kerajaan Perpaduan suatu ketika dulu.

Justeru, kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Hj Hadi Awang dan Lim Guan Eng harus mencari formula untuk 'menyekat' kumpulan tersebut dari terus melakukan propaganda dengan menyerang Pakatan dari dalam.

Najib hanya menunggu masa dan saat yang benar-benar genting dan kritikal dalam Pakatan, dan pada masa itu Parlimen akan dibubarkan seterusnya atas perpecahan ini, Umno dan Barisan Nasional akan kembali memerintah.

Perpecahan dan kehancuran persepakatan diantara parti-parti Pakatan Rakyat memudahkan Umno/BN memenangi PRU 13 seterusnya merampas kembali negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Jadi, sebelum PR menumbangkan umno/BN dalam PRU 13 ini, Pakatan mesti terlebih dahulu menumbangkan 'agen-agen' Umno dalam parti masing-masing. Perhatian yang serius dapat 'melancarkan' perjalanan Pakatan ke Putrajaya tanpa sekatan.


Artikel berkaitan:
Siapa taja JKKK (P) Umno 'Kursus' di Luar Negara?
Kumpulan 'Rakan Kongsi' UMNO dalam Pas masih wujud?

No comments:

Post a Comment