Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: Debat Sinar Ustaz Nasrudin vs Fathul Bari !

Posted: 19 Jul 2012 09:23 AM PDT


Sah: Ada Mangsa Meninggal Dalam Kilang Lynas !

Posted: 19 Jul 2012 03:13 AM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Susulan pendedahan PDO berkaitan ada dua kakitangan Lynas yang berasal dari negeri Sabah meninggal dunia di kilang itu dekat Gebeng sebelum ini, maka pihak kami mendapat info terbaru daripada sahabat yang mengatakan kematian tersebut bukanlah melibatkan pekerja Lynas. Difahamkan, mangsa adalah seorang individu dari Sabah yang hadir untuk temuduga di kilang terbabit. Beliau dipercayai memohon kerja dengan sebuah syarikat Subkontraktor di kilang berkenaan iaitu Lampson. Ketika menunggu giliran untuk ditemuduga beliau tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia. Info seterusnya menyusul.


[Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng itu dianggarkan sekitar RM700 juta].


Video: Debat Sinar Ustaz Nasrudin - Fathul Bari II

Posted: 19 Jul 2012 09:26 AM PDT


Video: Debat Sinar Ustaz Nasrudin vs Fathul Bari II

Posted: 19 Jul 2012 09:25 AM PDT


Video: Debat Sinar Ustaz Nasrudin vs Fathul Bari 2

Posted: 19 Jul 2012 09:24 AM PDT


Panas: Dua "Kakitangan Lynas" Meninggal Dunia Akibat Terkena Bahan Kimia Kilang Itu Hari Ini !!

Posted: 19 Jul 2012 02:33 AM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Berita panas yang baru kami terima daripada beberapa orang sahabat dan pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang bertugas di kilang memproses Rare Earth milik Lynas Corporations dari Australia mengatakan terdapat dua orang pekerja kilang tersebut dipercayai "meninggal dunia" di kilang itu hari ini. Menurut sumber, kedua-dua pekerja terbabit adalah berasal dari Sabah dan mereka dipercayai meninggal akibat terhidu bahan kimia yang terdapat di kilang tersebut hari ini. Walau bagaimana pun pihak Lynas terpaksa merahsiakan info ini untuk mengelakkan mereka mendapat malu selepas dua hari lalu portal Free Malaysia Today (FMT) baru saja memohon maaf atas banyak artikel mereka tentang kilang terbabit. Difahamkan, pekerja yang lain telah menguji tahap keselamatan kilang itu selepas insiden ini dengan meletakkan seekor "anjing" sebagai bahan ujikaji. Hasilnya, binatang terbabit juga dipercayai telah mati akibat masalah yang sama. Tahun lalu, seorang pekerja Lynas mati di biliknya dekat Hotel Hyatt gara-gara kes yang sama agaknya. Awal Februari lalu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel menarik diri dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Mereka tarik diri kerana tidak yakin dengan risiko keselamatan kilang terbabit. Makanya, kenapa ada pihak yang masih lagi beriya-iya benar mahu mengatakan Lynas selamat?. Pihak kami sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk mengesahkan maklumat dalaman ini. Jika ia benar, maka insiden ini merupakan kematian kedua selepas kes pertama dulu. Pihak Lynas juga digesa agar tidak menyembunyikan maklumat ini demi keselamatan seluruh rakyat Kuantan hendaknya.


[Laporan seterusnya menyusul dan PDO sedang menghubungi beberapa orang pegawai Lynas yang mempunyai hubungan erat dengan krew-krew kami di Kuantan. Apapun, semua pihak tidak perlu panik kerana laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya. Tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan laporan ini kerana ia diperolehi daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Apapun, diharapkan agar ianya tidak benar kerana jika terbukti sah sudah pastilah rakyat Kuantan akan terus bangun memberontak dan mendesak kilang itu ditutup dengan segera. Bayangkan, belum pun beroperasi sepenuhnya sudah ada kematian demi kematian yang berlaku terhadap kilang memproses rare earth yang mendapat bantahan majoriti rakyat Kuantan itu sebenarnya. Nantikan info lanjut].


Taklimat SPR Tidak Penuhi 8 Tuntutan Bersih 3.0

Posted: 19 Jul 2012 02:39 AM PDT



Panas: Penyelaras DAUN Desak Fuziah Salleh Dan Anti Lynas "Memohon Maaf" Kepada Syarikat Itu !

Posted: 19 Jul 2012 09:21 AM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Gabungan Badan-badan bukan kerajaan Pahang Mendokong Agenda Nasional (DAUN) mendesak anggota Parlimen Kuantan dari PKR Fuziah Salleh dan kumpulan anti Lynas supaya memohon maaf secara terbuka berhubung pelbagai dakwaan buruk terhadap syarikat berkenaan sebelum ini. Menurut Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong (foto), permohonan maaf itu juga perlu dibuat secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan berikutan tindakan mereka memberikan fakta salah dan melemparkan pelbagai dakwaan buruk berhubung pembinaan kilang itu. "Tindakan Fuziah dan kumpulan anti Lynas selama ini ialah memburuk-burukkan kilang berkenaan serta mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat terutamanya penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang itu," katanya. Sebelum ini, Free Malaysia Today, di laman webnya, www.freemalaysiatoday.com, Mtoday News Sdn Bhd memohon maaf terhadap artikel-artikel yang diterbitkannya sebelum ini yang mendakwa kilang Lynas mungkin tidak selamat untuk orang ramai. Lynas Corporation Limited, telah menerima publisiti buruk selama lebih setahun dari pelbagai pihak terutamanya parti pembangkang yang dilihat mempolitikkan isu pembinaan kilang itu. "Kami mendesak Fuziah memohon maaf seperti mana tindakan portal Free Malaysia Today yang mengakui kesilapan (artikel) mereka dengan pembohongan fakta tanpa asas saintifik. "DAUN mendapat maklum balas dari masyarakat berdasarkan program turun padang yang dianjurkan, mereka sudah jemu dengan modal politik murahan dan pembohongan yang dijaja oleh kumpulan anti Lynas yang didominasi kaum tertentu yang cenderung kepada parti DAP," tambah Pensyarah Kanan Undang-Undang di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) itu.


Wan Emril dan AJK DAUN juga ada buat laporan polis kepada NGO Anti Lynas


Pada 25 Jun 2012 lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas telah membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi. Laporan itu turut mengesyorkan kilang berkenaan boleh memproses bahan mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.


Panas: Mazlan Dedah Bukti "Felda Pajak" Ribuan Hektar Tanah "Felda Plantations" Kepada FGVH !

Posted: 18 Jul 2012 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) hari ini mendedahkan satu dokumen yang membuktikan Felda telah memajak ribuan hektar tanah-tanah Felda Plantations di seluruh negara kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Ketika membuat dakwaan itu sebelum ini, ramai pihak yang menuding jari kepadanya kononnya beliau menabur fitnah berkaitan perkata itu. Kini beliau akhirnya tampil dengan bukit-bukti kukuh untuk menguatkan lagi dakwaan tersebut. "Tanah-tanah ini adalah milik kerajaan negeri. Ia seharusnya diagih kepada rakyat selaras dengan komitmen Tun Ad Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta GSA pada 27 April 1960 di Parlimen. Felda Global Ventures Holdings (FGVH) telah merampas dan merompak hak rakyat. Ketika Pakatan Rakyat menawarkan dlm buku Jingga untuk agihkan tanah ini untuk Generasi kedua dan ketiga Felda, Datuk Ahmad Maslan melenting. Alasannya, nanti Felda hilang pendapatan dua bilion setahun", kata Mazlan dalam satu kenyataan dilaman sembang sosial facebooknya hari ini. Antara tanah yang terlibat di Pahang 143, 584 hektar; Sabah 106, 735; Johor 26, 251 hektar; Kelantan 24, 121 hektar; Negeri Sembilan 19,908 hektar; Perak 15,510 hektar; Terengganu 13,309 hektar; Sarawak 8,280 hektar; Perlis 1, 254 hektar dan Kedah 1, 116 hektar.


Bukti, sebahagian daripada dokumen asal tentang perjanjian Felda-FGVH

[Dakwaan Mazlan Aliman ini pasti akan memeningkan kepala Isa Samad dan kuncu-kuncunya. Mereka kini sedang bersenang lena dengan duit Felda dengan menipu para peneroka. Mereka tergamak merampas tanah Felda untuk kepentingan peribadi masing-masing menerusi saham FGVH yang dimilik kini. Bayangkan jika saham FGVJ itu merudum dan jatuh menjunam, apa akan terjadi kepada semua tanah-tanah yang telag dipajak ini agaknya. Bukankah rakan strategik terbesar yang menguasai saham FGHVH itu adalah sebuah syarikat asing yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi Israel. Apakah nanti nasib para peneroka juga akan menjadi seperti umat Islam di Palestin?. Mereka akhirnya akan dihambat dari tanah milik mereka sendiri. Penipuan tandatangan pada borang pinjaman bank jelas sekali membuktikan memang ada perancangan jahat antara Isa Samad dengan Najib dalam isu ini. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, maka sudah pasti tanah-tanah milik peneroka juga akan menjadi pajakan mereka. Akhirnya, menang sorak kampung tergadai. Justeru, sebelum terlambat mereka perlulah jual saham FGHV sekarang].


FGVH: Mahfuz Desak Ambil Tindakan Mahkamah!

Posted: 18 Jul 2012 10:18 PM PDT



MUIP Sumbang RM110,000 Untuk Bina Madrasah Milik Majlis Kebajikan India Muslim Di Kuantan !!

Posted: 18 Jul 2012 10:03 PM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Timbalan Yang Di Pertua, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Dato' Sri Hj.Wan Abdul Wahid Wan Hassan (foto) telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Madrasatur Rahmania di Jalan Mat Kilau dekat sini Ahad lalu. Program tersebut adalah anjuran Majlis Kebajikan India Muslim (MKIM) Kuantan. Dalam ucapannya, Wan Wahid berkata bahawa masyarakat India Muslim sudah lama wujud di Malaysia dan juga negeri Pahang maka ia sudah sinonim di kalangan umat Islam terutamanya kepada masyarakat Melayu. "Masyarakat India Muslim mempunyai aliran yang sama dengan kita iaitu Ahlul Sunah Wal Jamaah.. sembahyangnya sama, doanya sama, maulud bersama ... kita punya amalan adalah sama. Sama dari segi aliran dan budayanya", katanya. Beliau juga berharap, menjelang bulan Ramadhan ini umat Islam akan dapat membantu mencari dana untuk mewakafkan kepada madrasarah yang baru dibina ini. Beliau berharap syarikat korporat dan individu tertentu samada Islam atau bukan Islam untuk sama-sama menderma. "Bagi pihak Majlis (MUIP), sebagai permulaan setakat ini kita telah menjanjikan sumbangan sebanyak RM110,000 untuk madrasah ini. Iaitu RM10,000 daripada wakaf dan RM100,000 daripada Majlis. Saya percaya ini bukanlah yang akhirnya dan kita akan sama-sama membantu untuk mendapatkan dana lagi dan kalau ada rezeki esok kita akan tambah (peruntukan) sedikit demi sedikit pada masa yang akan datang", katanya lagi. Beliau juga sangat menghargai sumbangan dan kerjasama serta kegigihan pihak jawatankuasa madrasah itu menegakkan syiar Islam di negeri ini.









Dato' Sri Hj.Wan Abdul Wahid turut menjelaskan bahawa diluar sana masih ramai yang ingin memeluk agama Islam, justeru kita (MUIP) katanya perlu berkerja lebih kuat. "Beberapa hari yang lalu, saya telah menerima kunjungan beberapa orang guru seni silat (pertahanan diri) khususnya silat daripada Perancis seramai 15 orang yang duduk disebuah koloni Perancis dekat satu pulau .. Pulau Maldives. Semua mereka adalah orang putih. Mereka ini, selain daripada sibuk bersilat mereka juga ada usaha-usaha yang mereka lihat kebaikan, keindahan dan sopan santun ... budaya yang baik di dalam Islam itu. Maka selepas mengadakan sedikit perbincangan, akhirnya dua orang daripada mereka telah masuk Islam. Jadi, orang mau masuk Islam. Orang yang memikirkan tamaduan dan berpendidikan dia tau... Jadi kita kenalah membuat pendekatan sedikit, lebih-lebih lagi kita kena bantu khususnya kawan-kawan kita dikalangan rakyat Malaysia seperti masyarakat India (Muslim) yang memerlukan bantuan", tambah beliau lagi. Selepas membuat ucapan pada majlis itu, Timbalan Yang DiPertua MUIP itu telah dibawa ke tapak dan beliau kemudian menaiki Backhoe untuk upacara simbolik pecah tanah dan kemudian menentukan arah kiblat yang dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diketuai oleh Ustaz Nik Ibrahim.

[Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Sharafuddin Aisa Osman (Pegawai Agama Daerah Kuantan) dan juga Tn.Hj Halidan Md Daud (Pengurus Besar, Pusat Kutipan Zakat Pahang) dan yang lainnya. Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank bernombor 060 500 170 960 57 di atas nama Tabung Wang Madrasatur Rahmania].


DAP Gesa Najib Kaji Semula Tema Hari Merdeka !

Posted: 18 Jul 2012 09:54 AM PDT


No comments:

Post a Comment