Nota Kecil

Nota Kecil


Permuafakat cari tajaan RM12,960 untuk iftar 80 murid SAR Ar-Aminiah sempena Ramadhan

Posted: 19 Jul 2012 04:43 AM PDT

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat) mencari tajaan iftar atau jamuan berbuka puasa untuk 80 pelajar Sekolah Agama Rakyat Al-Aminiah, Permatang Nibong sempena Ramadhan ini.

Setiausaha NGO itu, Mamu Rasyid berkata, RM12,960 atau RM6 sehari diperlukan untuk menampung kos iftar selama 27 hari di asrama berkenaan.

"Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya, 0134145663 bagi yang berminat," ujar beliau.

Permuafakat merupakan sebuah NGO yang giat dalam program amal selain menghantar bantuan kemanusiaan kepada umat Islam Gaza dan Rohinya. -END

Bukti projek lereng bukit 'berisiko tinggi' dipamerkan hingga 30 September

Posted: 19 Jul 2012 01:09 AM PDT

Dokumen ini bakal mendedah wajah sebenar Barisan Nasional. 
MAJLIS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mempamerkan kesemua bukti berupa dokumen, laporan serta pelan merancang projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit sekitar Pulau Pinang yang diluluskan semasa Barisan Nasional menguasai Kerajaan Negeri.

Patahiyah (kiri) dan Aing Tai.
Yang Dipertua Majlis, Datuk Ar. Patahiyah Ismai berkata, langkah berani itu dilakukan supaya rakyat dapat menilai hakikat sebenar di sebalik pelbagai tanggapan negatif yang dilemparkan kepada majlis serta pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Patahiyah berkata demikian semasa pembangkang Pulau Pinang menggambarkan pentadbiran Guan Eng tidak cakna keselamatan rakyat serta cuba memusnahkan keindahan alam di negeri berkenaan.

"Sebenar kita (MPPP) bercadang pamer semua ini kepada orang awam selama dua minggu, tetapi memandangkan dua minggu tidak cukup untuk orang awam menilai semua pelan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang lama sejak 2006 sampai Mac 2012, maka kita akan buka (pamer) selama tiga bulan," ujar beliau baru-baru ini.
Setiausaha MPPP, Ir. Ang Aing Tai itu, Patahiyyah turut hadir pada sidang media di Komtar, di sini.

Pameran terbuka itu bermula pada 1 Julai hingga 30 September depan. Manakala, kamar pameran pula dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Laporan itu antara lain mendedahkan bukti 37 projek  'berisiko tinggi' berkenaan diluluskan semasa Barisan Nasional memtadbir Kerajaan Negeri.

Laporan itu turut menjelaskan, "selepas April 2008 hingga Mei 2012 terdapat 19 projek di atas tanah melebihi 250 kaki (76.2 Meter) tunggi yang diluluskan di bawah ketegori (projek istimewa-Rancangan Struktur Negeri 2007), iaitu sama ada terdapat kelulusan pelan terdahulu atau berdasarkan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Kemajuan MPPP diluluskan pada tahun 13/9/1996."

Tambah laporan itu, "perlu diingatkan di bawah EPU Kerajaan Persekutuan pada tahun 2002 Tanah Bukit ditakrifkan sebagai tanah yang melebihi 150 Meter tinggi dari aras laut."

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan ketelusan urus tadbir pentadbiran Guan Eng di negeri berkenaan. -END

37 projek lereng bukit 'bangkai dinasor' Umno P.Pinang - Pemuda PAS

Posted: 18 Jul 2012 11:25 PM PDT

Dzulfahmi
37 projek lereng bukit berketinggian lebih 250 kaki sekitar Pulau Pinang disifatkan sebagai 'bangkai dinasor' Umno serta Barisan Nasional semasa memerintah Kerajaan Negeri, kata Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPP NPP).

Jurucakapnya, Dzulfahmi Abu Bakar berkata, kesemua projek itu diluluskan sebelum Mac 2008, iaitu semasa Barisan Nasional mengausai Kerajaan Negeri.

Malah katanya lagi, 19 kelulusan yang diberikan selepas Mac 2008 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebenarnya adalah projek khas yang telahpun diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum Mac 2008 berdasarkan garis panduan geo-teknikal biasa.

"Bagi saya, sepatutnya, pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari awal lagi tidak meluluskan kesemua projek misteri itu.

"Umno dan Barisan Nasional menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Pakatan Rakyat di kampung-kampung sekarang ini untuk menutup 'bangkai dinasor' yang dilakukan oleh Barisan Nasional semasa menguasai Kerajaan Negeri dulu," ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) DPP NPP.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, pemimpin Umno Barisan Nasional seakan cuba mengkambinghitamkan MPSP selain menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak cakna keselamatan rakyat dan menjaga alam sekitar.

"Mereka (Umno Barisan Nasional) tahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mungkin akan membatalkan projek-projek lereng bukit itu sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini mengaku sangat simpati dengan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

"Jika pemimpin Pakatan Rakyat mahu membatalkan serta-merta semua projek ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan pampasan beratus juta ringgit hatta berbilion ringgit yang mungkin memufliskan negeri bagi menghadapi risiko saman oleh pemaju-pemaju berwajib," ujarnya.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan unsur penyelewengan pemimpin Umno Barisan Nasional semasa menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -END

Kerajaan P.Pinang era PR berjaya selesaikan masalah 13 tahun tanah wakaf Jelutong tinggalan 'lanun' Umno

Posted: 18 Jul 2012 07:19 PM PDT

gambar hiasan
ARKiB | Masalah umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

"Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam.

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.

Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.

Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.

Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.

Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

"Tetapi malangnya, kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut," ujar Guan Eng.

Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang munasabah.

Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.

Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional. -END

Umno tangguh huru-hara Malaysia di PRU13 guna filem?

Posted: 18 Jul 2012 06:44 PM PDT

Klik gambar
SEBELUM ini, Faqar pernah kata, Filem Umno bakal hura-hara Malaysia di PRU13. 


Cover line apa pulak nie dalam kepala Najib Razak?

Takkan sebab Lim Kit Siang kata, Najib terlepas waktu terbaik umum PRU13, maka perdana menteri itu seloooppp. 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang ramal pilihan raya lepas raya.

Sekali lagi Faqar nak kata, Najib Razak tak boleh buat keputusan. 

Cadangan mengadakan PRU13 selepas bentang Bajet 2013 datang dari Ahmad Maslan. Muhyiddin cadang, pilihan raya tahun ini.

Apabila saya kata begini, rakan sekerja Farid Ridhwan kata, "Najib bukan tidak boleh buat keputusan. Beliau tak yakin dapat dua pertiga kalau pilihan raya dibuat sekarang. Kalau gagal dapat dua pertiga, Najib jadi Pak Lah dan Muhyiddin jadi PM."

No comments:

Post a Comment