"tukanglawan"

"tukanglawan"


Saat Terbaik dari Najib, Selepas Jadi Ketua Pembangkang

Posted: 18 Jul 2012 03:26 PM PDT

Topik pertama pagi ini ialah cerita paling ringkas ni, tapi tengok video ni dulu.



Ok, Bayangkan Kepimpinan negara telah ditukar, umno tak lagi berkuasa dan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan atas sokongan rakyat yang dah muak pada sikap lidah bercabang umno.

Bila segalanya telah selesai, Datuk Seri Anwar pun angkat sumpah dan jadi Perdana Menteri ke 7.

Kemudian penguguman penurunan harga minyak pun dibuat bagi mengurangkan beban rakyat. itu janji pertama yang akan ditunaikan segera.

Keesokannya najib pulak dijemut untuk ditemubual oleh stesen TV, najib diminta ulas pasal penguguman penurunan harga minyak tu, agaknya macam ni ke keadaan bila najib ditemuramah tu ?


Semua dah tak sabar kan, kita tunggu PRU13 nanti, najib pasti akan terus menghiburkan kita.

TV3 pun akan semakin kelakar dengan kehadiran najib, dan kalau boleh rosmah perlu la dijemput sekali, kan sebelum ini rosmah selalu sangat nak keluar TV. kah..kah..kah...



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Mahathir Bukan Diktator

Posted: 18 Jul 2012 09:35 AM PDT

Mahathir Bukan Diktator
Oleh: Ahmad Amir Arshad Bin Ahmad Shariman

Tun Mahathir meragam lagi, kali ini dengan persoalan adakah dirinya DIKTATOR? Persoalan ini sememangnya sukar untuk dijawab oleh Tun Mahathir sendiri. Bahkan, kesemua diktator di dunia ini tidak pernah mengakui mereka adalah diktator. Namun tidak sukar untuk beritahu Tun Mahathir kerana laporan perkhidmatannya selama ini berada ditangan rakyat.

Mantan Perdana Menteri Pertama yang juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia pernah menyatakan dengan penuh yakin bahawa Tun Mahathir merupakan seorang diktator . Almarhum Tunku Abdul Rahman menyatakan kekesalan apabila melihat asas demokrasi yang dibinanya sedang diruntuhkan oleh Tun Mahathir dengan menggunakan pelbagai kaedah, yang menjurus kearah kuku besi. Beliau merujuk kepada pemilihan UMNO tahun 1987 yang membawa kepada tragedi pengharaman UMNO. Peristiwa itu menjelaskan sikap sebenar Tun Mahathir dalam menangani musuh-musuh politiknya.

Tun Mahathir juga menggunakan akta media sebagai senjata utamanya dalam menghadapi musuh-musuh politik luar dan dalamm UMNO. Akta ini jelas menyekat kebebasan bersuara yang telah dijamin dalam perlembagaan. Kita lihat kepada nasib akhbar Harakah milik PAS yang ditekan menggunakan akta sekatan media itu, Harakah dikurangkan sirkulasinya daripada dua kali terbitan sebulan kepada sebulan hanya sekali. Terbitan akhbar itu juga diterhadkan kepada ahli sahaja.Berbeza dengan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang dicetak secara meluas sebagai media arus perdana.

Pengenalan akta yang menyekat kebebasan media itu dirasakan minimum oleh sang diktator ini, maka Akta Keselamatan Dalam Negeri hasil bingkisan penjajah yang digunakan keatas komunis di Tanah Melayu. Ketika itu Tun Mahathir juga menjawat Menteri Dalam Negeri, rujuk kes Operasi Lalang 1987 itu, yang ditangkap bukanlah komunis tetapi musuh-musuh politik kepada Tun Mahathir. Antara mangsa akta ini termasuklah Datuk Seri Najib yang masa itu Ketua Pemuda UMNO berucap menaikkan sentimen perkauman di Stadium TPCA Kampung Baru, namun dia tidak bercuti di Kem Kamunting, dia dibenarkan bercuti ke luar negara.Ketua Pemuda MCA ketika itu juga bercuti ke luar negara. Hampir semua pimpinan pembangkang ketika itu termasuk pihak yang tidak pro-Mahathir disumbat ke Kem Kamunting. Untuk mengaburi tindakan kuku besi itu, maka satu atau dua ikan bilis dari Pemuda UMNO (Tajuddin Rahman) ikut juga bercuti di Kem Kamunting.

Tahun 1998 menyaksikan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ketika itu segala dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan dibawah Akta Rahsia Rasmi, dijadikan ugutan untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hingga ke hari ini, dokumen yang didakwa itu tidak wujud. Dalam peristiwa itu juga memperlihatkan kuku besi Tun Mahathir semakin melampau. Kawalan media digunakan sepenuhnya untuk mengaibkan keluarga dan Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila kesemua Afidavit POLIS di mahkamah, didedahkan. Kenapa dokumen rahsia itu boleh diedarkan dan disebarkan oleh semua media milik pemerintah.

Penangkapan Datuk Seri Anwar ala gestapo itu dibuat dengan memecah masuk kediaman beliau, juga memperlihatkan kezaliman Tun Mahathir. Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan, beliau berulang kali menyatakan kesediannya untuk memberikan kerjasama kepada pihak POLIS untuk siasatan. Walaupun begitu, beliau diheret keluar dan setelah itu hilang selama tiga hari.Hasil daripada tekanan politik ketika itu, akhirnya Datuk Seri Anwar muncul (setelah hilang) di Mahkamah Kuala Lumpur.Tetapi kemudiannya ditukar pada saat akhir ke Mahkamah Petaling Jaya, seperti ada cubaan untuk selindungkan sesuatu.Kebenaran tetap datang menyapa rakyat, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan kesan lebam di mata.Membuktikan aspek diktator Tun Mahathir mengawal POLIS kerana ketika itu dia juga merupakan Menteri Dalam Negeri.Slogan yang dilaungkan ketika itu 'Sebelah mata Anwar lebam, rakyat mula membuka mata'

Tun Mahathir kemudian meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, adakah itu akan menggugurkan gelaran diktatornya? Tidak! Lihat sikap Tun Mahathir ketika Tun Abdullah Badawi menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir kerap menuntut perjanjiannya yang kononnya ada dengan bekas timbalannya itu. Apakah janji itu?Adakah pengagihan saham PETRONAS kepada anak-anaknya? Projek jambatan bengkok?Jika benar, kedua-dua permintaan diktator itu dinafikan oleh Tun Abdullah. Natijahnya Tun Mahathir membuat mobilisasi UMNO menentang Tun Abdullah yang akhirnya terjelepuk jatuh dari kerusi Perdana Menteri. Diktator itu pula sangat menggesa Tun Abdullah untuk mempercepatkan peralihan kuasanya kepada Datuk Seri Najib, sedangkan ketika dia membuat peralihan kuasa, dia memberikan tempoh satu tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Tun Abdullah.

Kami lebih senang menggelar Tun Mahathir sebagai diktator, kerana saat Tun Abdullah menjawat Perdana Menteri, timbalan pilihannya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.Tetapi kehadiran Datuk Seri Najib itu merupakan percaturan Tun Mahathir untuk terus bertindak sebagai De Facto untuk Barisan Nasional.Jika Datuk Seri Najib tidak berkemahuan program transformasinya berterusan dilihat tempang, sila tubuh Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat segaka kebobrokkan dan korupsi Diktator Mahathir itu, maka lebih banyak senarai korupsi yang dapat rakyat Malaysia ketahui.Rakyat Malaysia harus sedar dan potong kuku besi yang mencengkam Barisan Nasional dengan menukar rejim diktator ini.

Kita selidiki sebilangan diktator yang pernah wujud di dunia, antaranya Hosni Mubarak yang menduduki tampuk pemerintahan Mesir hampir 30 tahun.Serupa dengan Tun Mahathir yang sedang memerintah Malaysia dengan cengkaman diktatornya, termasuk dua Perdana Menteri selepasnya.

Konklusinya, rakyat Malaysia harus tamatkan pemerintahan rejim diktator Mahathir ini dengan memecat Barisan Nasional daripada pentadbiran negara berdaulat ini.Untuk capai objektif itu, bangsa Malaysia ini harus berani dan tidak takut, kerana ketakutan akan hanya melahirkan lebih ramai diktator seperti Tun Mahathir.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Mahathir bukan diktator ?

Posted: 18 Jul 2012 09:34 AM PDT

Kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari ini sedikit menggeletek hati saya apabila beliau melabon seolah-olah terlupa siapa dan apa yang pernah dilakukan satu ketika dahulu. Beliau bertanyakan kepada rakyat "apa bukti saya diktator?" dan mengaitkan perkara tersebut dengan beberapa pemimpin diktator diseluruh dunia seperti Adolf Hitler, Hosni Mubarak, Muaammar Gadafi dan Saddam Hussein.

 Adakah sa-orang diktator itu mesti membunuh sahaja? Tidak sama sekali. Bertindak zalim terhadap musuh politik juga diktator. Selain itu, menganggap bahawa dirinya sahaja sa-orang pemimpin yang betul juga diktator. Fikirkan perkara-perkara tersebut. Rakyat usah lupa istilah 'Mahathirisme' dan budaya takut (Culture of Fear) yang terhasil daripada terbitan pemikiran Mahathir ini.

Rakyat juga jangan lupa terbitan kata 'mahazalim' dan 'mahafiraun' hasil daripada peristiwa Reformasi 98 dahulu. Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab mengikat mahasiswa dengan mengikat dengan AUKU, meminda perlembagaan dan menghina Raja - Raja Melayu, menghina Bahasa Melayu (Perkara 152), mencipta undang-undang menyekat media, menghumban berpuluh - puluh musuh politik ke ISA dan banyak lagi ketika zamannya.

Mungkin juga kenyataan beliau yang baru ini adalah hasil daripada eksplotasi rakyat terhadap kes anaknya yang terbaru dan juga debaran menanti ketibaan DSAI naik sebagai PM. Jadi, segala kesilapan dan dosa beliau akan terbogel satu demi satu seterusnya ke penjara. Adakah begitu?

Oleh itu, kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi. Semoga Tun terus panjang umur supaya dapat melihat parti kesayangannya (UMNO BARU) ditumbangkan dan melihat segala kesalahan, kezaliman dan dosa pemimpin United Malays National Organisation dibuka dan ditelanjangkan satu demi satu. Semoga berpeluang melihat semua ini seperti yang pernah diungkapkan oleh Arwah Ustaz Fadzil Noor.


MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Video najib Ajak Orang Menyanyi, Tolak Umno

Posted: 18 Jul 2012 05:03 AM PDT

Jom kita tengok gelagat lucu najib, bila Anwar menyanyi dia pun nak menyanyi jugak, tapi yang kelakarnya tak mengkaji dulu ke penasihat najib nei. tak sesuai langsung lagu yang didendangkan tu.



Dalam himpunan itu maka diajak najib budak-budak ini menyanyi, najib kata ade kumpulan yang jumpa dengan dia dan laungkan perkaatan "we want peace"

La, najib lupa ke siapa yang buat onar sebenarnya, siapa pulak samseng sekarang nei, lupakah najib umno dan perkasa la kaki buat onar, samseng berlesen.

Semalam ceramah Nurul Izzah diganggu samseng umno di Johor (baca sini) sebelum tu pun dijohor kenderaan DSAI dipecahkan (baca sini), kes baling telur dan batu di lembah pantai (baca sini), kes samseng jalan kebun yang biadap (baca sini) , juga kejadian patahkan dan cabut bendara DAP (baca sini) , 

Jika tak cukup dengan itu, adalagi kes perkasa ganggu majlis orang (baca sini) serangan pada masyarakat India ( baca sini), serangan pada mahasiswa di dataran ( baca sini) , kes Adam Adli ditumbuk (baca sini) ugutan najib gunakan unit RELA ( baca sini)

Itu belum lagi kompilasi Polis yang mengasari peserta himpunan Bersih, siapa yang menggunakan kekerasan melampau sebenarnya.

Lihatlah sekali lagi video anak bangsawan diatas, pada pandangan mata "tukanglawan" apa yang najib sampaikan itu tak selari dengan bahasa tubuh yang ditunjukkanya. apakah ikut skrip, maka jangal sekali rupanya.

Apakah najib sedang menipu diri sendiri? perkataan "we want Peace" itu sebenarnya menyindir umno sendiri, kerana apa, kerana umno kini adalah parti gasar.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Video Najib Kene Malu Lagi

Posted: 18 Jul 2012 12:27 AM PDT

Entah berapa kali agaknya najib diberi malu oleh rakyat, buat la apa saja dari untuk menarik hati rakyat, najib sebenarya tidak diperdulikan, hanya menjadi maskod sebagai bahan gelak ketawa.

Lihatlahpada najib, dari isu susun bata ( baca sini ) sampai ke isu panda ( baca sini ) rata-rata masyarakat mempersenda najib, menjadikan najib sebagai hiburan semata-mata, najib tidak langsung  dihormati.

Lihat video dibawah.



Ketika Najib masih berucap dalam satu himpunan belia jika "tukanglawan" tidak silap, maka beramai-ramai rakyat keluar meninggalkan himpunan tersebut, yang tinggal hanya suara najib terpekik-pekik mencari sokongan.

Bandingkan pula video dibawah




Tak sama kan, bila najib berucap, ramai yang buat tidak kisah, asalkan dapat t-shirt dan duit belanja itu dah ok,  tapi bila DSAI berucap tiada gerombolan yang pergi meninggalkan majlis itu.

Mungkin Najib perlu berdebat dengan Anwar, supaya boleh minta sedikit tips bagaimana mahu menarik rakyat mendengar apa yang disampaikan, kerana setakat ini najib telah gagal.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Krisis Air Selangor, Kenapa Mahu Berbohong.

Posted: 17 Jul 2012 09:25 PM PDT

Tinjauan yang dilakukan oleh exco kanan Selangor, Ronnie Liu mendapati paras air di 7 empangan di negeri selangor berada pada paras tertinggi, persoalannya mengapakan SYABAS mengeluarkan amaran paras air berada pada paras rendah dan bercadang mahu mencatu bekalan air kepada rakyat Selangor?.

Tinjauaan yang dilakukan oleh exco kanan negeri Selangor itu bersama beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi semalam sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh, ini sangat pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan SYABAS.

Apakah SYABAS mahu menimbulkan perasaan panik kepada penduduk negeri selangor, ada sesetengah kawasan bekalan air Paip dari syabas sangat perlahan, apakah yang telah mereka lakukan.


Ada yang mengatakan ini sebagai satu usaha sabotaj SYBAS yang merupakan syarikat kroni umno kepada kerajaan negeri Selangor. benarkah perkara itu? Paras air takungan tinggi, namun SYABAS mahu catu bekalan air, ini bukan musim kering atau musim kemarau, ia tidak masuk logik akal sama sekali.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Awas, Lebih ramai Artis Akan Sertai Pakatan

Posted: 17 Jul 2012 09:25 PM PDT

Kerana kemuakkan golongan artis kepada kerajaan sedia ada, mereka yang juga manusia biasa seperti kita akhirnya membuat langkah nekad dengan memutuskan untuk berjuang bersama pakatan rakyat.

Kebanyakkan mereka ini yang sudah lali dan masak dengan dunia glamour memutuskan untuk membantu Pakatan Rakyat dengan pengaruh yang ada pada mereka.

Benci melihat kerosakkan yang dibawa oleh umno ramai antara mereka akan bersama Pakatan Rakyat, perkara ini didedahkan oleh Hairie Othman dalam satu temu bual.



"tukanglawan" rasa elok benarlah begitu, golongan artis seharusnya selain menghiburkan peminat juga haruslah juga mampu menyumbang bakti kepada masyarakat.

Mereka yang sering jadi ikutan generasi muda seharusnya memimpin golongan muda kembali kepada landasan yang lebih baik. bukan sekadar berhibur dan hadir ke konsert K-pop yang dipelopori artis Umno.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Papa Gomo Terus Meroyan, Rangking Sudah Jatuh Rupanya.

Posted: 17 Jul 2012 04:57 PM PDT

Rupanya begitu keji sekali perangai blogger umno sorang ni, sehingga ada kawan-kawan yang berideologikan umno sendiri anggap blog itu sampah dan memalukan.

Betullah tu, blog itu memalukan, blog itu juga la pelopor kepada budaya lucah dan kotor yang diamalkan umno, hasil restu pemimpin umno dan ketiadaan tindakan dari banyak pihak berkuasa, dia terus bermaharaja lela.

Beberapa blog pagi ini sudah bising, mendedahkan tembelang blogger umno yang semakin tenggelam itu, menyiarkan berita tak betul untuk menarik trafik ke laman blog fitnahnya.

Apakah blog beliau sendiri sudah dikalahkan oleh seorang lagi blogger umno yang pernah ditumbuknya? satu masa dulu?, apakah kerana sudah terdesak maka berita fitnah itu disebarkan, bagi menghangatkan suasana dan menjadikan sekali lagi blognya jadi tumpuan?

Lihat statistik dibawah.


Jelas Papagomo menanggung malu bila dikalahkan dengan blogger yang pernah diperlekehkannya, jadi dengan mencipta fitnah terbaru dia sedang sedaya upaya meningkatkan trafik ke blognya.

Tak payahlah meningkatkan trafik blog dengan cerita fitnah bohong dan lucah, kalau nak jadi blogger biarlah jadi blogger yang menyampaikan maklumat dengan fakta, bukannya auta.

Tapi bagi papagomo, wang hasil fitnah dan auta itu lebih sedap dijadikan darah daging agaknya. maka tanpa rasa bersalah anak dan bini jadi mangsa kebodohan papagomo sendiri.

Meroyanlah si papagomo, habis segala fitnah dihamburkannya demi mengejar rangking.. kalau terserempak orang ini ingat dialah kaki fitnah paling tegar, dan kalau terasa mahu buka laman blognya tak perlulah rasanya kita menaikkan rating blog penuh dengan kahak dan nanah .. kah..kah..kah.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Lagi Serangan Umno Di Ceramah Pakatan

Posted: 17 Jul 2012 04:11 PM PDT

Baru tadi malam "tukanglawan" kongsikan satu artikel hebat yang ditulis oleh Dr. Afif Bahardin yang menceritakan keterdesakan umno untuk terus berkuasa, jelaslah umno kini sebuah Parti Gasar, parti yang sudah tersimpang jauh dari asal perjuangan. (baca sini)

Keterdesakkan itu telah ditunjukkan dengan menjadikan umno itu sendiri sebuah parti yang ganas, umno kini sebuah parti samseng.

Buktinya jelas, bila malam tadi ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam diganggu dan diserang gerombolan umno.

Gerombolan itu yang juga disertai kana-kanak yang sepatutnya tidur awal untuk bersekolah keesokkanya telah diupah memakai baju Umno dan Jati membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.

Kumpulan itu turut melaungkan sorakan 'tibai' dan 'liwat', malah kain rentang yang tertulis "PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami" juga dikibar.

Walupun diganggu ketika berucap, Nurul Izzah meminta supaya hadirin yang hadir bertenang dan tidak takut, "Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian,
" tegas Izzah.

Maka benarlah umno memang harus ditumbangkan segera, bagaimana pemimpin parti gasar itu mahu menjaga negara jika mereka gagal mengawal tindak tanduk ahli parti mereka sendiri?

Terdahulu,ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

Parti gasar umno kini terus giat menakut-nakutkan rakyat dengan membuat onar dalam majlis ceramah pakatan rakyat, apakah kita mahu terus ditakutkan oleh mereka?. PRU 13 jelas menjadi titik noktah pada kekuasaan mereka.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment