Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: Ketua Pemuda PAS Pekan, Ust.Fadhil Noor Ulas Tentang Himpunan Oren Di Kuala Lumpur !

Posted: 15 Jul 2012 09:24 AM PDT


Pengarah Muda Serta Pelakon "Pontianak Harum Sundal Malam", Adam Hamid Pula Menyertai PAS

Posted: 15 Jul 2012 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid (foto) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi. Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut. Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS. Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu. Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera. Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebajikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari. Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS. Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan. Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam. Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya. Harakahdaily



[Nampaknya semakin ditekan dan diasak oleh kerajaan UMNO BN, Parti Islam SeMalaysia (PAS) terus mendapat pilihan golongan artis di negara kita. Jika ini keadaannya, maka sudah pastilah Pakatan Rakyat akan terus kuat dalam usaha untuk menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Difahamkan, lebih ramai lagi artis akan bersama Pakatan Rakyat untuk kembali ke landasan kebenaran sesudah begitu lama mereka terlibat dan bergelumang dalam dunia maksiat (hiburan) selama ini. Apapun, syabas diucapkan kepada Adam Hami atas satu keputusan yang sudah pasti mengoncangkan dunia artis kita sekarang ini. Soalnya, kenapa golongan artis kini begitu berani membuat keputusan hebat yang bakal menutup ruang untuk mereka terus muncul di kaca TV dan media arus perdana itu gamaknya. Apakah kerana kini mereka sudah mulai sedar hala tuju dan arah tujuan manusia di hidupkan di atas muka bumi ini pastinya].


Himpunan Oren: Wakil Peneroka "Berjaya" Serah Memorandum Kepada "Yang Di Pertuan Agong"!!

Posted: 15 Jul 2012 08:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai - Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib". Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Kumpulan itu berarak melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya Jalan Dutamas 1. Kumpulan berkenaan kemudiannya disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan berhampiran persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalaam perbincangan penganjur dengan polis semalam. Dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu". Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia. "Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH (Felda Global Ventures Holdings Berhad), kita tetap lawan habis-habisan," kata Mazlan Aliman.



Katanya, perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah." Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80 juta ke atas Perdana Menteri itu, katanya. Selain itu, barisan peguam sedang membuat penelitian di peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan, tambah Mazlan. Bahkan, katanya lagi, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas didakwanya dipaksa membeli saham untuk dilaburkan di FGVH. Ketua penerangan PAS Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ pula turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat didakwa "hilang kepercayaan" kepadanya. "Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya. Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman. Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.


Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini serta pihak Istana yang sudi menerima memorandum tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang. Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang. "Mereka berjalan dengan aman sepanjang perjalanan dan semasa tempoh berada di kawasan ini, peserta tidak menimbulkan sebarang kekacauan. "Pihak polis berjaya mengawal selia himpunan ini untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. Ditanya berhubung terdapat peserta membawa kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun ke bawah seperti yang dilarang bawah Akta Perhimpunan Aman, Zakaria berkata: "Kita akan tengok... (Tindakan) kita akan tentukan kemudian," katanya. Gerakan Selamatkan Felda yang menggariskan lima perkara utama dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong, antaranya:
  • Felda Global Ventures Holdings (FGV) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur bukan peneroka.
  • Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960
  • Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.
"Sudilah kiranya, Tuanku meneliti aduan dan fakta yang kami berikan dan belas kasihan rakyat jelata yang tertindas ini, mengharapkan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang amat kami hormati untuk menasihatkan Perdana Menteri dan pihak pemerintah, supaya membatalkan penyenaraian yang sudah berlaku," memorandum itu. malaysiakini



[Secara keseluruhannya, walau pun kehadirann tidaklah seperti yang dijangkakan namun himpunan besar-besaran pertama kali di adakan oleh warga peneroka ini telah berjaya membuka mata kerajaan sekarang. Walau apa jua alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan namun para peneroka kini mulai sedar bahawa diri mereka telah ditipu dalam isu penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings( FGVH) ini sebenarnya. Kini, generasi kedua haru menyedarkan ibubapa mereka tentang perkara ini. Malah, pemberian 800 lot saham kepada para peneroka menyebabkan mereka sukar untuk menjualnya kerana tidak cukup 1 lot (1,000 unit). Malah, ramai peneroka yang menghubungi kami menyatakan pihak remiser saham enggan melayan kehendak mereka untuk menjual saham masing-masing atas alasan tidak cukup satu lot. Disamping itu, setiap panggilan kepada remiser dikenakan caj RM40. Bayangkan kalau ada peneroka membuat panggilan berkali-kali untuk bertanya hal penjualan ini. Mereka tertipu sebenarnya oleh kelicikan Isa Samad. Oleh itu, sedarkan mereka agar tidak terus ditipu oleh pihak yang mementingkan diri untuk kaut kekayaan Felda. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang jika mahu Felda dan nasib peneroka itu diselamatkan].


Posted: 15 Jul 2012 08:32 AM PDT


No comments:

Post a Comment