Nota Kecil

Nota Kecil


Azizan Razak tolak aspirasi PAS, Oren selamatkan hak peneroka Felda?

Posted: 15 Jul 2012 09:30 AM PDT

"Ulamak kalau salam dengan ketua asobiyyah, kena sua dua belah tangan"
PEMiLiKAN 500,000 saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang didedah Jumaat lepas sekaligus menjadi tanda tanya bagi pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sendiri.

Sama ada Azizan menyokong aspirasi kerajaan Umno Barisan Nasional pusat di bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau masih sependirian dengan PAS dalam menyelamatkan kepentingan peneroka Felda, Pesuruhjaya PAS negeri itu mempunyai jawapannya. 

Namun, tindak tanduk Kerajaan Negeri itu semasa PAS serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diteraju oleh Mazlian Aliman (AJK PAS Pusat) bertungkus lumus membantah penyenaraian hak peneroka Felda dalam Bursa Malaysia melalui himpunan Oren yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Sehingga 12 tengah malam tadi, didapati, Azizan yang mengetuai perbadanan itu masih tidak memberi penjelasan mengenai konflik kepentingan membabitkan langkah negeri dengan aspirasi PAS pusat.

Klik gambar
Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim bagaimanapun mengesahkan bahawa pemilikan 500,000 unit saham itu mengikut prosedur sah dan tiada kaitan dengan politik di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang kononnya ditawarkan kepada Bumiputera, bukan kroni.

"Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500," katanya di Sinar Harian online.

Perkembangan terbaru ini dijangka sekali lagi menggamit akar umbi parti dan rakyat terbanyak di negara ini untuk mempertikai integriti pentadbiran Azizan sebagaimana insiden konflik kepentingan pemimpin veteran itu dengan beberapa exco kerajaan negerinya sebelum ini.

Baca tulisan Penarik Beca yang berjudul FGV: Patutnya orang PAS Kedah demonstrasi depan pejabat MB depa.

SEBARKAN!
Klik gambar

Dr MAZA nasihat Fathul Bari jangan tolong Umno lawan PAS

Posted: 15 Jul 2012 07:15 AM PDT


CUBA lihat youtube di atas.

Blog List Malaysia melaporkan Fathul Bari Jangan Jadi Barua UMNO - MAZA
"Masuk Umno bukan benteng untuk melawan PAS, tetapi masuknya kita adalah untuk berdakwah. Saya harap perkara itu diteruskan oleh Ustaz Fathul Bari (iaitu) bukan jadi benteng kerajaan (pusat)," kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd. Asri Zainal Abidin. 

SEBARKAN!
Klik gambar

Umno sakit hati bila Cina DAP pun sokong perjuangan Melayu Felda

Posted: 15 Jul 2012 06:52 AM PDT

SEMUA kita tahu bahawa isu peneroka FELDA ditipu hidup-hidup oleh pentadbiran Najib Razak adalah isu dalam jalur kepentingan Melayu.

Sebab itu, blogger Umno seperti penembak babi cuba menggambarkan bahawa tidak ada Cina DAP menyertai perhimpunan Oren semalam.

Mungkin pentadbiran Najib Razak bimbang, jika rakyat terbanyak di negara ini melihat serta menyedari bahawa Oren ini juga nyata disertai oleh pelbagai kaum, baik Melayu, Cina, India, Sikh dll sebagaimana yang dilihat dalam Bersih 3.0 lepas dan Hijau .

Perkara ini hampir tidak berlaku semasa Bersih 1.0 dan Bersih 2.0. Yang kena belasah oleh 'polis raja di Malaysia' dalam dua perhimpunan aman itu adalah Melayu.

Tapi, Bersih 3.0 menyaksikan Melayu, Cina dan India sama-sama dibedil dengan meriam air dan gas pemedih mata serta diterajang oleh 'anjing' Umno ini.

Kazaliman dan penyelewengan pentadbiran Najib sendiri sebenarnya telah mengajar semua kaum tanpa kira parti, termasuk dari Umno, MCA dan MIC sendiri beramai-ramai turun ke jalan raya.

Lihat pendedahan AmenoWorld mengenai blogger penembak babi kaki 'putar' ala Utusan.

SEBARKAN!
Klik gambar

Bukti rakaman Editor Utusan ajar 'putar' berita yang dikantoikan wartawan Malaysiakini

Posted: 15 Jul 2012 06:44 AM PDT


Dengar betul-betul youtube di atas.

Selepas rata-rata pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat difitnah, semua kita boleh menilai sendiri mutu berita utusan.

Wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari Konvensyen Media Umno



SEBARKAN!
Klik gambar

No comments:

Post a Comment