Pahang Daily Online |
Posted: 10 Jul 2012 09:43 AM PDT |
SUKMA: Bola Sepak, "Pahang Kecundang" Kepada N.Sembilan Serta "Gagal Mara" Ke Separuh Akhir !! Posted: 10 Jul 2012 09:39 AM PDT KUANTAN, 10 Julai - Pasukan Pahang gagal melangkah ke perlawanan separuh akhir acara bola sepak di Sukan Malaysia SUKMA XV yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi apabila tewas kepada Negeri Sembilan 1-2. Negeri Sembilan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Gol kedua pasukan tersebut diperolehi selepas kesilapan pertahanan Pahang melorongkan bola kepada penjaga gol sebelum dipintas oleh penyerang Negeri Sembilan. Gol tersebut menyebabkan sebahagian besar penyokong Pahang berang dan naik angin, hingga ada yang membalingkan botol minuman dan makanan serta lain-lain objek kepada para penyokong Negeri Sembilan. Keadaan kecoh seketika apabila balingan semakin bertalu-talu hingga menyebabkan pihak polis terpaksa berkawal di lokasi berkenaan. Pada separuh masa kedua, kelihatan permainan pasukan Pahang agak teratur dan banyak menyerang. Namun nasib tidak berpihak kepada pasukan Tok Gajah apabila serangan bertalu-talu itu gagal singgah ke gawang Negeri Sembilan. Walau bagaimana pun gol penyuntik semangat berjaya diperolehi ketika perlawanan sudah menghampiri ke penamat. Gol tersebut membuatkan stadium gamat dan lontaran air minuman dan makan semakin bertalu-talu kepada sekumpulan kecil penyokong pasukan "hoben jang hoben" itu menyebabkan mereka terpaksa beredar keluar dari stadium. Situasi ini agak mencemarkan permainan malam tadi. Atas semangat kesukanan sepatutnya insiden tersebut tidak berlaku dan ia boleh mencemarkan nama baik Pahang selaku tuan rumah kali ini. Penyokong Pahang rata-rata kecewa dan terharu dengan kekalahan tersebut kerana prestasi pasukan secara keseluruhannya agak baik serta membanggakan sebenarnya. Penyokong N.Sembilan (merah/kuning) menjadi mangsa lontaran objek Penyokong Pahang ramai di lihat hadir, tetapi pulang dengan kehampaan [Insiden balingan objek seperti botol minuman, makanan dan sebagainya tidak patut berlaku dalam perlawanan malam tadi. Ini kerana perlawanan bola sepak yang diadakan adalah salah satu acara dalam Sukan Malaysia di Pahang kali ini. Perlawanan itu bukan hanya tertumpu kepada acara bola sepak semata-mata. Maka, tidak sepatutnya ada pihak yang membuat provokasi keterlaluan begitu. Kasihan benar melihat penyokong Negeri Sembilan yang majoritinya adalah adik-adik perempuan yang menyertai acara sukan lain di SUKMA XV Pahang 2012 kali ini. Kenapa mereka diperlakukan sedemikian rupa. Pihak penganjur sepatutnya menghalang penjualan air minuman di dalam dan luar stadium bagi menggelakkan kejadian ini berulang lagi pada masa akan datang. Mereka yang terlibat haruslah dikenakan tindakan tegas kerana mencemarkan imej Pahang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment