Liang Lahad....

Liang Lahad....


MESYUARAT YANG DIPENGERUSIKAN NAJIB ANUGERAHKAN TENDER LRT AMPANG KEPADA PEMBUAT METER AIR DENGAN LEBIHAN RM167 JUTA.

Posted: 09 Jul 2012 11:24 PM PDT

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri
Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). 

JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. 

Keanggotaannya adalah seperti berikut:
1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,
2. Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan
4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.

Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.

Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.

Saya mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:

1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?
 
2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan

3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?

Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan. 

Apakah pertimbangan sebenar Dato' Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?

Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah? 

Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?

Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato' Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.

Pun begitu, saya percaya Dato' Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.

Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato' Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012

HASIL PASIR SELANGOR - SETENGAH TAHUN 2012 SUDAH RM5 JUTA, ZAMAN BN HANYA RM3 JUTA SETAHUN!!

Posted: 09 Jul 2012 10:30 PM PDT

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat terus cemerlang dengan hasil pasir semenjak mengambil alih pentadbiran dari BN....

Jika di zaman BN / UMNO dahulu hasil pasir hanyalah setinggi RM3 juta,kini untuk 6 bulan pertama tahun 2012 ini sahaja hasil pasir sudah pun mencecah RM5 juta...

Dan kecemerlangan ini bukanlah satu perkara baru di Selangor ini...
kita boleh lihat dari angka-angka ini...




Hasil Pasir RM 5 Juta Sepanjang Enam Bulan 2012

SHAH ALAM 19 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengutip royalti pasir sebanyak RM5 juta dalam tempoh enam bulan ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah itu lebih banyak berbanding semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini yang hanya mengutip sebanyak tidak lebih dari RM3 juta dalam tempoh setahun.

"Kerajaan Negeri sudah tunjukkan bukan sahaja aktiviti kecurian pasir berkurang tetapi royalti negeri juga bertambah dan operasi Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) meningkat," katanya yang menjawab soalan Wong Koon Mun (Kuala Kubu Baharu-BN).

Jelas Abdul Khalid, mengikut statistik laporan bulanan daripada jawatankuasa pemantau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menunjukkan penurunan kes kecurian pasir itu.

Katanya, ia melibatkan operasi yang diadakan mengikut daerah, tangkapan dan kompaun.
Bagi tahun ;
  • 2008 sebanyak 969 operasi dijalankan, 
  • 2009 sebanyak 889 operasi, 
  • 2010 sebanyak 727 operasi, 
  • 2011 sebanyak 653 operasi dan 
  • sehingga Jun 2012 sebanyak 350 operasi.
Manakala dari jumlah tangkapan, seramai 974 ditahan pada 2008, 2009 sebanyak 159 orang, 2010 dan sebanyak 91 orang.

"Pada tahun 2011, kita mengadakan Operasi Perampasan Tanah yang terdapat penyalahgunaan tanah sebanyak 37 sahaja dan  sehingga Jun 2012 sebanyak 26 orang.

"Antara kawasan yang teramai dalam kes ini ialah Kuala Langat, Sepang dan Hulu Selangor," jelasnya.

Tambah Khalid, perangkaan laporan kutipan kompaun pula ialah sebanyak 
  • RM1.3 juta pada tahun 2008, 
  • 2009 sebanyak RM425,000, 
  • 2010 sebanyak RM121,000 dan 
  • 2011 sebanyak RM27,000.
Selangorku.

CERAMAH ABBY ABADI DAN DATUK FAUZI (BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH) DI SEKSYEN 18,SHAH ALAM.

Posted: 09 Jul 2012 09:45 PM PDT

Malam tadi berlangsungnya satu siri ceramah yang bertajuk "Islam penyelamat Ummah" di Seksyen 18, Shah Alam..


Antara ahli panelnya adalah merupakan orang-orang  yang memberikan satu kejutan kepada negara ini dengan "penghijrahan besar" mereka, iaitu :-
  • Abby Abadi (Artis)
  • Datuk Fauzi Shaari (Bekas Pengarah jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman)
  • YB Dr. Rani Osman (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Abby Abadi banyak menceritakan betapa Islam kini dalam keadaan yang tidak sepatutnya..

Beliau berkata " saya harap sesuatu yang lebih baik untuk kita umat Islam di malaysia ni..jangan jadikan agama Islam itu sekadar budaya jer..."


Abby Abadi juga menceritakan pengalaman beliau menyertai demo bebaskan tahanan ISA...
beliau juga menjelaskan bahawa beliau kini faham akan ISA dan kezaliman ISA...

Abby Berkata...
"dulu saya tengok kat youtube tahanan yang diletakkan di Guantanamo diseksa,(dipaksa) minum air kencing,disepak terajang macam sesuka hati ,tapi saya tahu sekarang berlaku di Malaysia..."

YB Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) juga turut hadir

Abby Abadi juga menerangkan kepada hadirin bahawa "agama dan politik tidak boleh dipisahkan.."
beliau mengatakan dahulunya beliau tidak faham akan semua itu kerana sibuk dengan dunia seni beliau sendiri sahaja...

Bagi Datuk Fauzi pula..
beliau mengakui bahawa undang-undang di Malaysia ini perlu berubah kepada undang-undang Islam..

"tetapi kenapa kita sekarang ni semua dah sedar.. semuanya dah tahu hukum-hukum dah tahu apa yang dikehendaki oleh Al-Quran,semua dah tahu nanti kalau kita nak dijawab di lianglahad besok yer..."

"..apa yang saya maksudkan,undang-undang Islam itu dibawa oleh Rasulullah,diwahyukan oleh Allah,tiada siapa yang (boleh) pertikaikan..."

Beliau juga memberikan peringatan bahawa sudah terlalu lama peluang diberikan iaitu selama lebih 50 tahun dan kini satu perubahan perlu dilakukan...





Bagi diri aku sendiri apa yang dilakukan oleh Abby Abadi dan Datuk Fauzi ini adalah merupakan satu penghijrahan yang sangat besar,terutamanya orang seperti Abby Abadi...

Abby Abadi seperti yang kita ketahui,beliau mencari rezeki di dalam dunia hiburan.. dan penghijrahan beliau ini memungkinkan beliau akan disekat untuk melakukan aktiviti seni..

Selain dari itu juga beliau juga turut memberitahu bahawa beliau dicemuh oleh rakan-rakan artis yang tidak memahami perjalanan perjuangan penghijrahan beliau...

Dapatlah aku gambarkan...
terlalu sukar dan susahnya penghijrahan yang dilakukan oleh beliau berbanding dengan diri kita ini...

Dan aku doakan agar Abby Abadi dimurahkan rezeki dan di tetapkan pendirian dan keimanan agar kekal bersama memperjuangkan Islam... 

Lihat 2 video yang sempat dirakam kan...
 

No comments:

Post a Comment