Pahang Daily Online |
- Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum!
- Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College !
- SUKMA: MB Yakin Vanue Akan Siap Ikut Jadual !
- Panas: Mufti Pahang, Buat Kenyataan Kontroversi Supaya UMNO Laksana Hudud Ke Seluruh Negara
- Panas: Apa Sudah Jadi? 'SUKMA' Semakin Hampir Tapi Banyak Projek Kini Masih Belum Di Siapkan !!
- Eksklusif: Hairie Saya Tak Nak Jadi Hantu Lagi !!
Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum! Posted: 03 Jul 2012 09:07 AM PDT |
Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College ! Posted: 03 Jul 2012 08:40 AM PDT KUANTAN, 3 Julai - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) selaku salah seorang Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang di harap memantau serta mengambil tindakan terhadap seorang pegawai kanan IKIP International College yang dipercayai telah menyalahgunakan kuasa baru-baru ini. Berdasarkan maklumat, pegawai yang dikenali sebagai Rugayah Hussein bertugas sebagai Timbalan Presiden (Pentadbiran) bulan lalu (Jun) telah menggunakan kuasanya untuk memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan IKIP. Imbuhan yang telah dijanjikan oleh Menteri Besar Pahang sebanyak tiga bulan dan sebulan mengikut prestasi telah menjadi sebaliknya. Kakitangan IKIP diberikan sebulan imbuhan wajib tetapi prestasi dikira untuk tiga bulan. Kemuncak salah guna kuasa beliau ialah hanya kakitangan bawahan yang dinilai prestasi tetapi pengurusan tertinggi (Top Management) begitu seronok menikmati imbuhan tanpa perlu berpenat lelah seperti pekerja bawahan. Rugayah dipercayai telah memanipulasi duit Yayasan Pahang (imbuhan untuk pekerja IKIP ) untuk kegunaan lain. Ini jelas satu tindakan salahguna kuasa dan wajar diambil tindakan tegas oleh Adnan selaku salah seorang Pengerusi Yayasan Pahang. Difahamkan, pegawai terbabit sewenangnya menggunakan kuasa beliau kepentingan peribadinya. Sehingga kini, jawatan Pengurus Pemasaran IKIP masih kosong setelah beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden IKIP. Kononnya, jawatan tersebut disimpan untuk beliau sekiranya beliau tidak lagi berpeluang untuk menjadi Timbalan Presiden di IKIP. Difahamkan, kerja-kerja yang dilakukan oleh beliau ini memang diketahui oleh Presidenya, Tn. Hj. Abu Bakar Hashim, namun tiada tindakan diambil atas segala yang berlaku selama ini. Ini adalah kerana Presiden IKIP itu juga dipercayai telah bersekongkol dengan beliau. Maka itulah, akhirnya perkara seperti ini terpaksalah didedahkan kepada umum. Semoga kes ia menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan. Tn. Hj. Abu Bakar Hashim (Presiden) dan Rugayah (Timbalan Presiden) [Satu siasatan yang rapi perlu dilakukan terhadap dakwaan ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa peringkat tertinggi IKIP. Mangsa yang teraniaya sudah pastilah pegawai bawahan yang begitu komitmen dalam menjalankan tugasan mereka selama ini. Tindakan memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan jelas sekali satu perbuatan khianat kepada hak orang lain. Apatah lagi kenyataan tentang imbuhan tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Pahang sendiri selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahan. IKIP International College adalah sebuah institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Pahang, dan tindakan menggunakan kuasa sesuka hati oleh pegawai yang diamanahkan jelas sekali telah melanggar arahan dan wajar dikenakan tindakan sepatutnya. Pahang Daily Online (PDO) akan menyiasa dan membongkarkan lebih banyak penyelewengan yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri ini. Juster, kepada pihak yang berkenaan digesa lebih bertanggungjawab hendaknya selepas ini. Sebelum ini PDO juga telah mendedahkan penyalahgunaan kuasa seorang pegawai di Yayasan Pahang. Kini, ia melibatkan pula "anak syarikat" agensi terbabit]. |
SUKMA: MB Yakin Vanue Akan Siap Ikut Jadual ! Posted: 03 Jul 2012 08:39 AM PDT |
Panas: Mufti Pahang, Buat Kenyataan Kontroversi Supaya UMNO Laksana Hudud Ke Seluruh Negara Posted: 03 Jul 2012 04:28 AM PDT KUANTAN, 3 Julai - Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman (foto) tiba-tiba mencetuskan kontroversi terbaru kepada politik di negara ini, bila beliau dengan beraninya meminta UMNO diminta membincangkan cadangan melaksanakan hudud yang dikemukakan seorang ADUN Johor untuk pelaksanaan di seluruh negara, bukan Johor sahaja. Laporan dari akhbar Sinar Harian hari ini dipetik, Mufti Pahang itu mahu hudud dilaksanakan di seluruh negara dan bukannya di Johor sahaja. Kenyataan beliau ini pasti akan memberi tekanan kepada parti pemerintah UMNO sebenarnya. Apa yang mengejutkan, sebelum ini beliau sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun kini ia seolah-olah sudah berubah. Apakah motif beliau agaknya?. Dalam kenyataannta, beliau berkata sebagai parti yang mendominasi pemerintahan negara, UMNO mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian termasuk memahamkan orang bukan Islam mengenai kesempurnaan hudud. "Ini penting. Kita tidak mahu orang bukan Islam terus salah faham," katanya. Sehubungan itu, kata beliau, isu hudud tidak boleh dibincangkan dan dilaksanakan di negeri tertentu sahaja. "Ia akan buat keadaan jadi lebih rumit jika hanya dilaksanakan di negeri tertentu tetapi tidak di negeri lain," katanya. Antara kerumitan itu, kata Abdul Rahman termasuk isu perbezaan dalam undang-undang Islam yang boleh menimbulkan lebih banyak salah faham terutamanya terhadap masyarakat bukan Islam. Apa yang pasti, kenyataan Mufti Pahang ini tentunya akan menyebabkan beliau menjadi bahan kritikan kepada kerajaan UMNO BN kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan lantang mengeluarkan kenyataan "Malaysia tidak akan laksanakan Hudud". Jika dilihat kepada kenyataan Najib ini, kemungkinan besar Mufti Pahang ini akan menjadi sasaran dan cemuhan para penyokong UMNO. Tambahan pula, mana mungkin UMNO mahu melaksanakan hudud melainkan mencemuh tindakan PAS mahu laksanakannya di negeri Kelantan. Mereka lebih selesa menghalang, tetapi rela memberi banyak alasan untuk laksana undang-undang Allah di atas muka bumi sebenarnya. Lihat dua persepsi berbeza tentang hukum hudud dari dua pemimpin Islam [Apapun umat Islam harus ucapkan syabas dan tahniah kepada Mufti Pahang ini kerana akhirnya beliau berani membuat satu kenyataan panas yang tidak selari dengan pemimpin UMNO itu sendiri. Soalnya, apakah UMNO berani laksanakan Hudud ke seluruh negara sedangkan selama ini mereka amat takut kepada hukum Allah itu. Berbagai alasan diberikan bagi mengelakkan ia dilaksanakan di negara ini. Soal pemahaman dan sebagainya lebih diutamakan, sedangkan Nabi Muhammad SAW sudah memberi pemahaman kepada umat Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Pelik, bila bab Hudud perlu pemahaman, tapi bila bab buat undang-undang dan hukum manusia terhadap rakyat tidak pula diberi pemahaman terlebih dahulu. Kenapa hukum Allah tidak mahu dilaksanakan?. Jika benar apa yang mahu dilaksanakan oleh PAS Kelantan itu dianggap Hudud PAS. Maka, mana hukum Hudud sebenar yang sepatutnya dilaksanakan oleh pemimpin UMNO yang kini berkuasa?. Maka itu, buat pilihan terbaik pada PRU nanti]. |
Panas: Apa Sudah Jadi? 'SUKMA' Semakin Hampir Tapi Banyak Projek Kini Masih Belum Di Siapkan !! Posted: 03 Jul 2012 02:55 AM PDT KUANTAN, 3 Julai - Orang ramai yang melalui jalan masuk utama ke bandar ini dari arah Jalan Gambang, hairan dengan beberapa projek sempena Sukan Malaysia (SUKMA) kini masih belum siap sepenuhnya. Mereka yang menghubungi kami merasa bagai ada sesuatu yang tidak kena apabila SUKMA yang beberapa hari saja lagi akan menjelma tetapi projek-projek tersebut masih gagal disiapkan oleh pihak kontraktor. Dari maklumat yang diterima antara projek berkenaan ialah Menara Jam di hadapan Komplek Teruntum, Pintu Gerbang di Jalan Tanah Putih (depan Giant) dan kemudahan di Taman Kerang Jalan Mahkota. Sebelum ini kita hanya dikejutkan dengan kelewatan pihak penganjur menyiapkan gelanggang sukan seperti kolam renang, padang golf (di Pekan) dan sebagainya. Kelewatan itu mungkin dek kerana bekalan barangan lewat diterima seperti kata penganjur. Namun, apakah punca projek ini begitu lewat disiapkan, sedangkan persediaan SUKMA telah diwar-warkan sejak setahun yang lalu. Senario ini cukup memalukan dan boleh menjatuhkan imej Pahang selaku penganjur kejohanan sukan terbesar di Malaysia itu. Pintu gerbang tak siap-siap di Jalan Tanah Putih berhadapan Pasaraya Giant Menara jam di hadapan Komplek Teruntum juga kini masih belum siap lagi Gara-gara projek tidak siap, acara golf SUKMA di Pekan terpaksa dipindahkan [Persoalannya yang bermain difikiran rakyat sekarang kenapa kejohanan sukan terbesar di Malaysia yang bernilai ratusan juta ringgit itu, masih ada kelewatan dan masalah seperti ini. Ia menunjukkan seolah-olah pihak berkenaan tidak bersedia sebenarnya. Apakah insiden bumbung Komplek Sukan Pahang di Indera Mahkota runtuh dulu akan terjadi lagi kali ini. Apakah tidak serik melihat stadium di Terengganu runtuh ketika temasya SUKMA di sana dulu?. Sikap penganjur dan pihak berkenaan yang membuat kerja sambil lewa ini dikhuatiri akan mencacatkan temasya sukan kali ini. Ia amat tidak masuk akal sekali kerana tawaran untuk negeri Pahang menjadi tuan rumah sudah diketahui selepas majlis penutupan sukan itu di Melaka dulu. Soalnya, kenapa perlu ada kelewatan jika pihak berkenaan membuat perancangan terperinci dari awal lagi. Kini orang ramai tertunggu-tunggu apakah akan terjadi insiden yang tak diingini kepada SUKMA di Pahang ini]. |
Eksklusif: Hairie Saya Tak Nak Jadi Hantu Lagi !! Posted: 02 Jul 2012 09:50 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment