Nota Kecil |
- Ambiga 'hati orang India'...
- Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi?
- P.Pinang tawar tanah untuk pusat bina 300 'Rumah Hijau Mak Mandin'
- Burhani, Bayani & Irfani
Posted: 03 Jul 2012 02:28 AM PDT
Itulah reaksi yang saya terima semasa berinteraksi dengan sekumpulan belia Hindu semasa meninjau kawasan Rumah Hijau Mak Manding, Butterworth menjelang tengah hari tadi. Masyarakat ini, menurut mereka, bukan menolak inisiatif serta sumbangan Barisan Nasional pada era Datuk Palaneval menjadi Presiden MIC. Tetapi kata mereka lagi, rata-rata masyarakat India tidak dapat menerima layanan yang tidak beretika oleh pihak pro Umno Barisan Nasional ke atas Datuk S Ambiga belekangan ini. "Ambiga di sisi masyarakat India adalah 'hati orang Hindu' atau 'ibu'. Apabila dia dilayan dengan tarian punggung tanpa pembelaan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya dari MIC, itu petaka besar...lebih besar dari protes Hindraf menjelang PRU12 dulu," kata seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Loga. BERANI DEMI KEBENARAN Zainulfaqar Yaacob Dalam Feri ke George Town | 4.15 petang | ||||
Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi? Posted: 03 Jul 2012 02:45 AM PDT
Khabarnya, bekas Imam Masjid Negara itu tidak mendapat restu daripada rata-rata kepemimpinan PAS Kawasan Baling serta Majlis Tindakan DUN (MTD). Perang dingin antara beliau dan PAS Kawasan dicetuskan pasca PRU12 lagi apabila beliau mengfitnah sekumpulan pemimpin PAS Kawasan/MTD mencuri duitnya. Dalam jelajah kawasan semasa itu, segelintir pemimpin PAS kawasan dituduh 'mencuri' duitnya sejumlah RM30,000. Tidak cukup dengan itu, Taib Azamuden turut mengemukakan laporan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar di negeri berkenaan. Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Senator Yusof Husin, Hassan @ Abdul Rahman Razak (bekas timbalan persuruhjaya PAS Kedah merangkap 'bisan' Taib Azamuden) telah dilantik untuk memulakan siasatan dalaman. Yang DiPertua PAS Kawasan Baling, Abdul Wahab Md Hassan yang lebih dikenali sebagai "Ustaz Awang Pondok Lanai" telah dipanggil sebelum proses siasatan dalaman ke atas mereka yang terbabit dimulakan. Hasil audit dalaman pada peringkat PAS Kawasan Baling mendapati, jentera PAS membelanjakan lebih RM78,000 termasuk duit yang diserahkan oleh Taib Azamuden kepada parti bagi memenangkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Baling. Ketetapan siasatan itu sekaligus menolak tuduhan Azamuden kononnya RM30,000 "dicuri" oleh segelintir pemimpin PAS dari Kawasan Baling. Selepas insiden yang diangggap menguris perasaan kebanyakan pemimpin kawasan berkenaan, Taib Azamuden terus meluahkan perasaan dingin dengan parti. Selepas gagal merebut kerusi Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Baling pada saingan Muktamar PAS dua kali berturut-turut - 2009 dan 2011, Taib Azamudden dilaporkan sanggup mengunci Pejabat MTD. Tidak cukup dengan itu, pihak Taib Azamuden turut menurunkan papan tanda Pusat Khidmat Ahli Baling (PUSKAB) di pejabatnya lalu diganti dengan papan tanda NGO bernama Pusat Komuniti Al-Abrar. Perkembangan terbaru ini sekaligus mengakibatkan status Taib Azamuden sebagai wakil rakyat PAS atau 'Bebas' terus menjadi tanda tanya. Terbaru, sumber pemimpin PAS Baling memberitahu, Taib Azamuden sedang mengintai peluang untuk bertanding di DUN Kupang konon-kononnya sebagai persiapan jika berlaku apa-apa terhadap Azizan selepas PRU13 kelak.
Seorang aktivis pemuda PAS dari Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Rizal Mohd Akhir didedah sebagai salah seorang mangsa hasil rencana tidak demokratik grup Afnan. Kuliah PAKSi kendalian Ustaz Rizal terus "dikerat" oleh pihak Afnan disebabkan perbezaan fiqh sahaja. Malah, Afnan dikatakan "gila populariti" apabila menojolkan dirinya dalam kain-kain rentang program parti sebagai persiapan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas konon-kononnya. Nantikan pendedahan seterusnya mengenai skandal pecah amanah membabitkan mereka yang berkenaan. BERANI DEMI KEBENARAN Zainulfaqar Yaacob Butterworth | 3.30 petang | ||||
P.Pinang tawar tanah untuk pusat bina 300 'Rumah Hijau Mak Mandin' Posted: 03 Jul 2012 02:57 AM PDT
Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, cadangan tanah seluas 2.06 ekar berhampiran jalan utama melalui Jalan Mak Mandin 5 itu turut dipersetujui oleh Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin. "Pada minggu lepas, kami (Kerajaan Negeri) telah berbincang dengan penduduk kawasan (Rumah Hijau Mak Mandin) untuk memilih tapak ini supaya kerajaan pusat boleh membina rumah mampu milik penempatan semula lebih 300 penduduk berkenaan ke tempat ini," ujarnya pagi tadi. Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng turut menyertai Guan Eng meninjau tanah berkenaan yang kini masih menempatkan tiga rumah kedai, sebuah stor dan dua bengkel membaiki kenderaan berat tanpa kelulusan Kerajaan Negeri. Didapati, tapak yang dicadangkan itu strategik kerana berdekatan dengan sekolah, balai polis, masjid dan dikelilingi kawasan pembangunan bercampur. Maka Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, satu surat rasmi susulan serta pelan lokasi tanah telahpun diutuskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus kepada Datuk Ramlan Harun (Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pada 29 Jun lepas. Beliau berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung diharap dapat turun menyaksikan tapak berkenaan lalu menyegerakan proses susulan demi kepentingan penduduk berwajib. "Seperti yang dipertegaskan, penduduk asal (Rumah Hijau Mak Mandin) bukan 70 keluarga tetapi lebih 300 keluarga yang kebanyakkan berpindak ke rumah pangsa Ampang Jajar. "Maka, lebih 300 unit rumah mesti dibina. Semua penduduk asal mesti diberi pilihan, sama ada untuk kekal di Ampang Jajar atau berpindah ke rumah baru yang lebih dekat dengan Rumah Hujau Ampang Jajar ini. Itu lah yang dituntut oleh persatuan penduduk," ujarnya. Sementara itu, Hock Seng turut berkata, beliau tidak pernah menabur janji kososng kononnya untuk memindah kembali semua penduduk berwajib ke Rumah Hijau Mak Mandin semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lepas seperti yang dituduh oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Bagan, David Chua. "David Chua dicabar tunjuk bukti bahawa saya pernah berkata demikian. Kalau tidak, dia tak jujurlah. "Kerajaan Negeri Pulau Pinang (era) Barisan Nasional dulu sepatutnya tak menswastakan tanah itu sehingga mengabaikan kehidupan rakyat...tetapi, patut bina rumah kos rendah di sana (tapak Rumah Hijau Mak Mandin)," ujarnya. Penduduk asal Rumah Hijau Mak Mandin dilihat terpinggir sejak 2004 lagi apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Barisan Nasional sanggup menjual tanah itu kepada pihak swasta. Pun begitu, pentadbiran Guan Eng sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada Mac 2008 lepas enggan mengusir lebih 70 keluarga berbaki di atas tanah berkenaan sungguhpun terpaksa berdepan risiko disaman oleh pemilik tanah dan pemaju sekarang. -END | ||||
Posted: 03 Jul 2012 02:44 AM PDT Menurut Muhammad 'Abid Al-Jabiri bahawa dari sudut kerangka pemikiran Islam, didapati wujud tiga aliran dalam sejarah intelektual Islam. Mereka adalah seperti berikut: Pertama, Aliran Burhani Iaitu pemikiran falsafah yang jelas-jelas lebih menekankan pada penggunaan akal dan rasional dengan disertakan bukti-bukti yang nyata. Kedua, Aliran Bayani Iaitu, pemikiran kalam atau tauhid yang lebih menekankan pada teks-teks naqliah (nas al-Quran dan as-Sunnah) dengan sedikit unsur aqliah (akal). Ketiga, Aliran Irfani. Iaitu, pemikiran tasawwuf yang lebih menekankan pada penggunaan rasa dan dzauq dengan bukti-bukti yang sulit dipertanggungjawabkan secara nyata. ___________ Sumber: Facebook Ustaz Wan Ji at-Ta'addudi |
You are subscribed to email updates from Nota Kecil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment