Liang Lahad....

Liang Lahad....


SELANGOR BERTEGAS TIDAK MAHU NAIKKAN TARIF AIR.

Posted: 30 Jul 2012 02:45 AM PDT

Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian mengutamakan kebajikan rakyat apabila membuat keputusan untuk tidak menaikkan tarif air...

Sekiranya Selangor masih ditadbir oleh UMNO pada pilihanraya 2008 dulu,rakyat Selangor pasti akan dikenakan kenaikan sebanyak 37% jika mengikut perjanjian antara Syabas dengan Kerajaan UMNO Khir Toyo...

Namun...
Kerajaan PR Selangor mengambil tindakan untuk mengekalkan harga air dan mengenepikan perjanjian Syabas
dan UMNO...

Kini UMNO semakin mendesak Kerajaan PR Selangor untuk segera melaksanakan projek Langat 2 yang mana kos nya mencecah berbilion ringgit dan rakyat lah yang akan menanggung segalanya nanti..

Kita perlu bersyukur kerana Kerajaan PR Selangor bertegas dalam hal ini...

Dakwaan bahawa Selangor akan mengalami krisis air adalah satu propaganda BN...
catuan air dan tiadanya bekalan air terawat adalah salah satu cara BN mahu memberikan tekanan kepada Kerajaan Selangor...

Empangan di Selangor melimpah bagaimana pula boleh dikatakan Selangor akan mengalami krisis air..

Yang sebenarnya berlaku adalah Syabas secara sengaja tidak menyediakan bekalan air terawat dan kemudiannya menyalahkan kerajaan Selangor bagi mendesak projek Langat 2 disegerakan...
 

Kerajaan Negeri Bertegas Tidak Akan Naik Tarif Air.

SHAH ALAM 30 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk kekal mempertahanan keputusan untuk tidak menaikan tarif air sehingga 70 peratus di negeri itu bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, rakyat negeri ini tidak boleh dibebankan lagi dengan kenaikan tarif air kerana bebanan kos sara hidup di negara ini sudah sedia tinggi.

"Kos sara yang ditanggung rakyat sudah cukup tinggi, jadi amat tak wajar kalau ditekan lagi dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

"Sekiranya Langat 2 diteruskan maka, rakyat Selangor akan memikul sehingga RM2,000 juta (RM2 Bilion) beban kos itu dan tarif air dinaikan," kata beliau.

Abdul Khalid turut menyelar pemimpin Umno-BN yang bercakap soal kebajikan rakyat tetapi pada masa sama mahu menaikan tarif air di Selangor.

Selain itu, beliau turut mengutuk kenyataan yang meramalkan Kerajaan Negeri akan muflis sekiranya pemberian 20 meter padu air percuma dilaksanakan di negeri ini.

"Pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan kerajaan negeri bukan sahaja tidak menyebabkan Kerajaan Negeri Muflis, tetapi rizab simpanan kita semakin meningkat," ujar Abdul Khalid lagi.

Dalam ucapan Abdul Khalid itu, beliau juga sempat menceritakan pertemuan antara beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit masa dahulu.

"Saya pernah beritahu Tan Sri Muhyiddin, sebab saya nak tolong rakyat maka saya sertai politik," ujarnya ketika menerangkan isu pemberian air percuma kepada Muhyiddin.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Abdul Khalid baru-baru ini memulakan usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengelakan kenaikan tarif air.

Bagaimanapun usaha itu mendapat halangan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga syarikat pemegang konsesi pengurusan air itu sendiri.

Dibawah satu usaha penswastaan oleh Kerajaan Umno-BN dahulu, Syabas diberi kuasa untuk mengurus operasi merawat air mentah untuk dibekalkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang.

Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula, bertanggungjawab bagi menguruskan empangan yang menyimpan bekalan air mentah.

Bagaimanapun Syabas didapati gagal menguruskan sumber air di negeri itu dengan berkesan apabila pengguna di negeri itu sering mengalami gangguan bekalan air.

Selain itu, Syabas yang membayar gaji Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail sebanyak RM400 ribu sebulan itu, juga didapati gagal mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW) dari 35 peratus ke 15 peratus dari setiap 100 gelen air bersih.

ABBY ABADI SEBAGAI DUTA TUDUNG DITAMATKAN KERANA SERTAI PAS!!

Posted: 30 Jul 2012 02:09 AM PDT

Kontrak Abby Abadi sebagai duta tudung AHC telah ditamatkan pada 4 July 2012 yang lalu dengan beralasankan Abby Abadi menceburkan diri dalam politik (iaitu bersama PAS dan Pakatan Rakyat)...

Konon-kononnya perniagaan AHC terjejas apabila duta mereka terlibat dengan politik...



Namun Abby Abadi tetap tabah dalam menghadapi segala
kemungkinan dan cabaran dalam kehidupan apabila beliau memilih untuk berhijrah dalam diri dan juga perjuangan Islam... 

Beliau sangat memahami akan cabaran dan dugaan berjihad ke jalan Allah ini apabila mengemukakan satu Hadith yang popular mengenai umat akhir zaman..


Namun...
Abby Abadi tidak sendirian....
penyokong beliau dan peminat beliau menyokong penuh dan memberikan semangat kepada Abby Abadi dalam menghadapi segala dugaan..

Tidak kurang juga yang mahu memboikot tudung AHC ini...


Aku berharap Abby Abadi tabah dalam menghadapi dugaan yang sebegini....
memang benar seperti Hadith Nabi SAW..
seperti menggenggam bara api...

Hanya yang kuat dan yakin dengan rezeki Allah sahaja yang mampu melakukannya...

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.


Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment