"tukanglawan" |
- Gambar Haji Hadi Pancing Ikan Besar
- Apa Cerita Pasal MiMBAR Selangor ni?
- Siaran langsung Laga Bola Malaysia Vs Manchester city (update)
- Siaran ulangan Kuliah Magrib Ustz Azhar Idrus
- Polis Heret dan Pukul Peserta BERSIH sedang Makan?
Gambar Haji Hadi Pancing Ikan Besar Posted: 30 Jul 2012 01:03 PM PDT Rezeki itu pemberian Allah, hanya orang umno je yang katakan rezeki kurniaan pemimpin umno.jika bukan kerana umno rakyat tak akan merasa hikmah seperti apa yang kita rasakan sekarang, kata mereka meyakinkan orang kampung. Sudah lupakah golongan umno bahawa semasa kita berusia 4 bulan, dalam kandungan lagi rezeki, jodoh ajal maut itu sudah ditulis oleh malaikat? Jadi ingatlah, setiap kenikmatan yang kita nikmati adalah pemberian ALLAH, pemimpin diberi amanah untuk mentadbir, bukan menikmati hasil negara seperti "Mak Bapak" mereka yang punya, seperti yang dilakukan pemimpin umno. Apa yang "tukanglawan" sampaikan diatas hanya sebagai ingatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan, janganlah kita terperdaya dengan taktik jahat umno yang tiba-tiba minta rakyat balas budi sedangkan kita yang menaikkan mereka sebagai pemimpin. Kini sampai masa mereka kita turunkan, rasanya semua sudah berpendapat begitu. Baiklah.... pagi ini "tukanglawan" sebenarnya hanya mahu kongsikan gambar dibawah buat semua. Yakinlah rezeki itu pemberian ALLAH. namun jangan lupa untuk tumbangkan umno nanti. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Apa Cerita Pasal MiMBAR Selangor ni? Posted: 30 Jul 2012 08:06 AM PDT Melangkah setapak lagi, program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor baru-baru ini memperkenalkan pakej bantuan pinjaman baru iaitu Pakej Bantuan Niaga Produk dan Pakej Kombo. Pakej ini memudahkan para peniaga memiliki dan menjual produk-produk berkualiti di pasaran dengan harga yang lebih murah selain menjana pendapatan dari keuntungan produk tersebut. Pengurus Jabatan Promosi dan Acara MiMBAR, Hafizatul Akma Othman berkata, Pakej Bantuan Niaga Produk mengandungi produk bernilai RM1,500 yang terdiri daripada produk susu kambing DHA bagi kanak-kanak, susu kambing Collagen bagi dewasa, jeruk madu, kopi serta produk kecantikan wanita. Menerusi pakej ini, katanya, pemohon akan mendapatkan bantuan pinjaman yang dinilaikan kepada kuantiti barangan tertentu. Beliau berkata, pemohon boleh memilih pakej-pakej produk yang disediakan bergantung kepada kehendak mereka sendiri. "Pakej Kombo pula disediakan bagi peserta yang menginginkan bantuan perniagaan melalui pinjaman mikrokredit dan juga bantuan niaga produk dalam satu pakej. "Tawaran ini dibuat kepada para peniaga yang dilihat berpotensi untuk memasarkan produk-produk yang telah disediakan oleh MiMBAR Selangor. "Tambahan bantuan niaga produk ini tidak menekankan sebarang paksaan kepada peserta untuk mengambilnya. "Walaubagaimanapun, peserta tidak boleh menukarkan produk ini kepada nilai wang mikrokredit kerana ia merupakan satu tawaran tambahan kepada peserta itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan media. Hafiza berkata, inisiatif ini dilihat sebagai pemangkin dalam membimbing peniaga untuk bergerak secara komited dan berdikari dalam usaha mencapai dasar 'workfare' yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. Katanya lagi, kedua-dua pakej itu tidak memerlukan peserta membayar yuran keahlian, tidak perlu membuat jaringan sistem piramid malah tidak membebankan mana-mana pihak. Jelasnya, peniaga boleh menjual semula harga produk kepada MiMBAR sekiranya mereka tidak berkemampuan untuk menjual produk tersebut dalam masa tiga bulan. "Pakej yang disediakan bukan sahaja mampu membawa rakyatnya menikmati kelebihan sama rata, bahkan ia juga sekaligus menjadikan MiMBAR sebagai pusat pengedar yang telus. "Inisiatif ini juga mampu menggalakkan peniaga supaya lebih agresif, berkeyakinan, dan bersungguh-sungguh dalam usaha menambah pendapatan seisi keluarga," ujarnya. Begini cara betul untuk bantu rakyat, bukan seperti yang umno buat, beri RM500 kemudian canang dari duit poket umno, tak lama kemudian roadblok tumbah macam cendawan, bebrapa bulan kemudian keluar lagu mengungkit dan mintak rakyat balas budi. Memang bodoh la orang selangor kalau mahu pilih BN lagi Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Siaran langsung Laga Bola Malaysia Vs Manchester city (update) Posted: 30 Jul 2012 07:23 AM PDT Buat peminat bola sepak yang baru selesai menunaikan solat sunat tarawih, mari sini untuk tonton siaran langsung perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang mancaster City. atau sila klik sini untuk kualiti lebih memuaskan. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Siaran ulangan Kuliah Magrib Ustz Azhar Idrus Posted: 30 Jul 2012 06:29 AM PDT siaran ulangan Kuliah magrib ustaz azhar idrus di masjid negeri shah alam pada 29 januari 2012. Lebih 30 ribu yang hadir memenuhi seluruh ruangan masjid. Kelihatan beberapa artis nasyid turut sama hadir mengimarahkan masjid tersebut. Sila klik di ruangan atas Streaming TV >> Tukanglawan WebTV untuk menonton. Bagi anda yang terlepas siaran ini, boleh menonton pre recorded siaran kuliah magrib ini dan banyak lagi siaran pre recorded lain di tukanglawan WebTV 24 sehari atau lawat Koleksi Video tukanglawan untuk menonton kembali video tersebut Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Polis Heret dan Pukul Peserta BERSIH sedang Makan? Posted: 30 Jul 2012 03:55 AM PDT Benarlah polis begitu baik sekali pada himpunan BERSIH yang lalu, kita semua tahu, seperti yang digembar-gemburkan kepada rakyat melalui media Massa seperti TV3 dan Utusan, polis sangat santun kepada peserta himpunan. Tapi baiknya sikap polis pada himpunan tersebut telah dibalas garam dan mineral water (senjata merbahaya yang digunakan untuk rampasan kuasa) oleh peserta himpunan, mereka telah menangkap beberapa orang polis dan memijak-mijak mereka. Hurm, cerita diatas adalah versi bohong dan bodek melampau tapi masih ada yang akan percaya, mereka itu adalah golongan lembu, yang percaya hanya kepada utusan dan Tv3. Cerita sebenar ialah rakyat yang mahukan sebuah sistem pilihanraya yang bersih dan Adil telah diheret dan dipukul semasa sedang makan kerana mereka tidak bersetuju dengan kerajaan. Wartawan Merdeka Review, Chen Shaua Fui, 34, menyaksikan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 di sebuah restoran di Jalan Tun Perak, pada perhimpunan itu 28 April lalu. Saksi ke-15 sidang keenam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu berkata, pada kejadian jam 7.30 malam itu, polis mengheret dan memukul dua peserta Bersih yang sedang makan "Saya mahu ambil gambar tetapi dihalang. Saya beritahu mereka, saya adalah wartawan. Saya menunjukkan kad media kepada mereka tetapi mereka tidak mempedulikannya" katanya lagi. Chen berkata, ketika mahu mengambil gambar sekali lagi, dua polis memegang kedua-dua belah tangannya. Malah polis juga cuba merampas kamera, kad media dan menendang kad pengenalannya. Chen kesal kerana sepanjang 10 tahun menjadi wartawan, beliau tidak pernah dihalang mengambil gambar dan dikasari polis. Apakah polis yang mengganas pada himpunan tersbut anggap kami semua sudah lupa? jangan marah pada rakyat jika anda diludah dimuka, kerana "kebongkakan" dan sifat angkuh takpa bersebab kepada pemerintah kejam pasti satu hari nanti berbalas. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment