Pahang Daily Online |
- Panas: Memalukan, 'Pemuda UMNO' Ganggu PKR Kuantan Buat 'Kerja Amal' Edar Bubur Lambuk !!
- Inilah Lagu Asal Di Ciplak Rais Jadi Lagu Merdeka
- Kemalangan: Empat Sahabat Maut Akibat Kereta Melanggar Treler Bawa "Bijih Besi" Di Kuantan !!
Panas: Memalukan, 'Pemuda UMNO' Ganggu PKR Kuantan Buat 'Kerja Amal' Edar Bubur Lambuk !! Posted: 30 Jul 2012 08:29 AM PDT KUANTAN, 30 Julai - Program edaran bubur lambuk anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan hari ini terganggu dengan sikap "ala samseng" beberapa orang kuat Pemuda UMNO bahagian itu. Dilaporkan insiden yang tidak diingini itu berlaku di persimpangan lampu isyarat hadapan Pasaraya Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek petang tadi. Bukan setakat menghalang, mereka juga tidak membenarkan pihak terbabit memacakkan bendera PKR di sepanjang persimpangan lampu isyarat di situ. Difahamkan aktiviti edaran bubur lambuk yang dijalankan oleh PKR Kuantan itu dipercayai sudah masuk hari ke lapan Ramadhan dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di lokasi lain sebelum ini iaitu di persimpangan lampu isyarat dihadapan pejabat PKR Kuantan Jalan Beserah, persimpangan Megamall Jalan Tun Ismail dan juga lokasi lain. Cuma, edaran yang dilakukan ketika lampu isyarat merah di persimpangan Pantai Selamat tiba-tiba gangguan berlaku. Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuantan (AMK), Kamarul Hatta Mohamed Ali (foto) yang bertindak selaku penyelaras program itu berkata sebelum kejadian, sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang lalu lalang disitu amat menggalakkan. "Kereta bunyikan hon, budak-budak motor juga bunyikan hon.. tiba-tiba tiga orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Kuantan... meminta kami memberhentikan agihan bubur lambuk DEMI RAKYAT itu.. Dia bagi alasan supaya kami menghormati kawasan terbabit kerana dekat dengan kediaman Ketua UMNO Bahagian Kuantan dan ADUN Tanjung Lumpur iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Saya cuba menjawab ... bahawa negara kita negara demokrasi ... kat mana-mana pun boleh buat kerja amal, seperti dalam Parlimen Kuantan. Kami kemudian cuba agihkan baki bubur lambuk terbabit dengan dipantau oleh mereka", kata Hatta lagi. 400 bekas bubur lambuk sedang disiapkan untuk edaran setiap hari Kamarul Hatta Ali, Mr.Sim Chon Siang dan lain-lain petugas terbabit [Sebagai sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini, perkara sebegini tidak wajar berlaku sebenarnya. Hak dan kebebasan untuk mana-mana parti politik berdaftar menjalankan aktivi mereka tidak perlu dipertikaikan, apatah lagi untuk kerja-kerja amal seperti ini. Namun, mungkin dek kerana takut hilang sokongan rakyat dan gusar mereka akan terus memilih Pakatan Rakyat untuk kekal berkuasa di Parlimen Kuantan dan seterusnya merampas DUN yang berkenaan inilah yang terjadi akhirnya. Tidak perlu ada provokasi dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ini, lainlah kalau mereka ini berceramah tanpa permit di lokasi berkenaan. Jika edaran bubur lambuk seperti ini pun dihalang, maka akhirnya rakyat terutamanya atas pagar pasti akan terus membenci UMNO Barisan Nasional. Mereka pasti akan menolak parti yang jumud seperti ini pada PRU-13 nanti. Justeru, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu tindakan yang boleh memalukan diri sendiri dan parti secara amnya. UMNO sepatutnya mengadakan program yang sama, dimana-mana lokasi PKR adakan program seperti ini. Itu lebih terbaik dari menghalang pihak lain berbuat demikian. Suburkanlah amalan demokrasi]. |
Inilah Lagu Asal Di Ciplak Rais Jadi Lagu Merdeka Posted: 29 Jul 2012 11:46 AM PDT |
Kemalangan: Empat Sahabat Maut Akibat Kereta Melanggar Treler Bawa "Bijih Besi" Di Kuantan !! Posted: 29 Jul 2012 11:23 AM PDT KUANTAN 29 Julai - Empat sahabat maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM18, Jalan Kuantan-By Pass, malam semalam. Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton wira berkenaan. Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Pelabuhan Kuantan. "Tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang lagi maut (kira-kira 6 pagi ini) ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, Ahad. Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman, 20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. Keempat-empat mereka berasal dari Terengganu. Mohd Rizal berkata pemandu sebuah lagi kereta dan pemandu treler yang membawa muatan bijih besi itu tidak mengalami sebarang kecederaan. [Sementara itu di Bentong, sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka berusia tiga tahun parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Km7.5 Jalan Karak-Kuala Pilah, dekat Sri Telemong, Bentong, lewat petang Sabtu. P.Kiru, 21, seorang mekanik dan isterinya, B.Anita, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak mereka, K.Thirumugilan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, katanya. Mohd Rizal berkata dalam satu lagi kemalangan, seorang warga emas, Jenab Merah, 74, maut selepas dilanggar sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan di Km3, Jalan Temerloh-Mentakab, dekat Kampung Gantok pada 4.30 petang Sabtu. Katanya wanita itu yang cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 8 malam ketika sedang dirawat di Hoshas manakala penunggang motosikal itu, Azizi Abd Halim, 46, seorang guru, hanya cedera ringan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment