"tukanglawan" |
- Update!! 1 pagi 1 Ogos 2011 Status Lagu janji dicapati
- Senarai Kutipan Pingat Sukan Olimpik
- Dakwaan Rafizi Tentang projek LRT Ternyata Benar
- Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Tahun 2012/1433H
- Penyokong Tegar Najib dan Madey cutty Pun Dah Mula Muak Dengan Umno
- Zunar Menang Lawan Kerajaan Umno Di Mahkamah
- Sabah Hampir Pasti Tukar Kerajaan
- Adinda Sultan Selangor Mangkat
- Adun BN dari Sarawak Mula Keluar Parti?
Update!! 1 pagi 1 Ogos 2011 Status Lagu janji dicapati Posted: 31 Jul 2012 11:20 AM PDT Baru masuk hari ke 5 disiarkan di Youtube,tinjauan "tukanglawan sehingga 1 pagi tadi mendapati sudah 26,579 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditepati'. Hanya 371 sahaja menyatakan suka kepada lagu ciptaan Rais Yatim yang penuh mengampu kerajaan BN ini. Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah tambah. Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN, malah mengungkit -ungikit apa yang kononnya dikatakan jasa mereka kepada rakyat. "Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini. "Ini macam lagu kempen pilihanraya je nih..Duit peruntukan dah habis ke nak buat pertandingan cipta logo dan lagu k patriotisampai suma kena DIY!! Nonsense!! " ujar sebuah komen lain. Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat cacian dan gelak tawa ramai. Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini. Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN. Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak, termasuk dari penyokong umno sendiri... hai.. apa nak jadi ... Ok la, dari merapu dengar lagu tu, baik tengok TVweb Tukanglawan ( klik sini ) Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Senarai Kutipan Pingat Sukan Olimpik Posted: 31 Jul 2012 10:19 AM PDT senarai negara yang mengutip minimum satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 London setakat jam 12 tengah malam (waktu Malaysia): EMAS PERAK GANGSA JUMLAH CHINA 10 6 3 19 AMERIKA SYARIKAT 6 7 5 18 PERANCIS 4 1 4 9 KOREA SELATAN 3 2 2 7 KOREA UTARA 3 0 1 3 KAZAKHSTAN 3 0 0 3 ITALI 2 4 2 8 JERMAN 2 3 1 6 RUSIA 2 1 3 6 JEPUN 1 4 7 12 AUSTRALIA 1 2 1 4 ROMANIA 1 2 0 3 BRAZIL 1 1 1 3 HUNGARY 1 1 1 3 BELANDA 1 1 0 2 UKRAINE 1 0 2 3 LITHUANIA 1 0 0 1 AFRIKA SELATAN 1 0 0 1 GEORGIA 1 0 0 1 SLOVENIA 1 0 0 1 Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Dakwaan Rafizi Tentang projek LRT Ternyata Benar Posted: 31 Jul 2012 07:39 AM PDT Syarikat Prasarana Negara Bhd hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV). Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing. Ternyata dakwaan Rafizi adalah benar.klik sini untuk tonton video berkenaan projek ini Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Tahun 2012/1433H Posted: 31 Jul 2012 02:40 AM PDT Untuk paduan semua disertakan Jadual waktu imsak dan berbuka puasa negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2012/1433H. Semoga jadual ini akan memudahkan anda semua. Niat Berpuasa Bulan Ramadhan Niat Berbuka Puasa Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri seluruh Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2012/1433H : KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA Bagi negeri dan zon lain, sila klik pada link dibawah, pastikan anda memasang PDF Reader pada komputer anda untuk melihat jadual. NEGERI PERLIS SELURUH PERLIS NEGERI KEDAH ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU ZON 5- DAERAH LANGKAWI ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI NEGERI PULAU PINANG SELURUH PULAU PINANG NEGERI PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR ZON 7- BUKIT LARUT NEGERI SELANGOR ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM NEGERI SEMBILAN ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU NEGERI MELAKA SELURUH MELAKA NEGERI JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR NEGERI PAHANG ZON 1-PULAU TIOMAN ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND NEGERI TERENGGANU ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG ZON 2- BESUT DAN SETIU ZON 3- HULU TERENGGANU ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN NEGERI KELANTAN ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG) ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM NEGERI SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN ZON KHAS NEGERI SABAH ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM. ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M) ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Penyokong Tegar Najib dan Madey cutty Pun Dah Mula Muak Dengan Umno Posted: 31 Jul 2012 02:25 AM PDT Malas nak cerita banyak, gambar ni dah bermain dah kat FB, seorang pelajar yang kuat menyokong dan mendokong Najib razak pun termuntah dengar lagu "janji dicapati". Loya kerana dengar lagu ciptaan rais yatim itu ditambah pula dengan sakit mata melihat logo sambutan kemerdekaan design budak tadika, ditambah pula sakit hatinya dengan sikap membodek orang umno sendiri. Jom lihat print screen dulu Dan kita tengok dia mengamuk dengan perangai orang umno sendiri, Elok la tu, baru sedar sekarang ke perangai orang umno macam tu... ? bawah ni link fb dia, klik je kat gambar tu. cam biassa sbb dia letak gamba mahaddey kutty... "tukanglawan " ilangkan dulu gamba kutty mudah lupa tu. sekian Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Zunar Menang Lawan Kerajaan Umno Di Mahkamah Posted: 30 Jul 2012 10:52 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan semula rampasan kesemua buku kartun dan membayar ganti rugi kepada kartunis politik Zunar atau lebih dikenali Zulkiflee SM Anwar Ulhaque. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dalam kamarnya pagi tadi. Zunar memfailkan saman sivil itu pada 15 Jun tahun lalu terhadap polis dan empat defendan lain termasuk kerajaan Malaysia. Ia dibuat ekoran penangkapan tidak sah terhadap beliau dan rampasan 66 naskah Cartoon-O-Phobia serta karya seninya pada 24 September 2010. Beliau turut ditahan di bawah Akta Hasutan. Beliau menamakan pegawai yang menahannya, ASP Arikrishna Apparau; Pegawai Penyiasat, ASP Marina Hashim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dalam saman tersebut, beliau menuntut ganti rugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan. Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany dan diwakili peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri (antara peguam paling top sekarang) KERAjaan Umno Barisan nasional makin lemah, jika esok pilihanraya diadakan, nescaya esok atau awal pagi lusa umno akan bergelar pembangkang. percaya tidak.. tanya najib yang sedang berpeluh dahinya tu. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Sabah Hampir Pasti Tukar Kerajaan Posted: 30 Jul 2012 09:51 PM PDT Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol. Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik. Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno. Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu. "Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985. "Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak," katanya kepada Keadilan Daily. Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010. Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005. Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh. APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim. "Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi. "Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia," katanya. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Adinda Sultan Selangor Mangkat Posted: 30 Jul 2012 08:17 PM PDT Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal hari Isnin. Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah. Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang semalam Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar. Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain. Al-fatihah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Adun BN dari Sarawak Mula Keluar Parti? Posted: 30 Jul 2012 06:35 PM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti. Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. "Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. "Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post. Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: "Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi. "Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali," kenyataan beliau dipetik. Judat memegang jawatan Adun Meluan yang terletak dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan. Hah, makin jahanam BN, apakah ramai lagi akan keluar BN dan umno kerana muntah dengar lagu rais Yatim bertajuk "ini masa balas budi" atau mereka keluar BN kerana malu dengan logo sambutan kemerdekaan ciptaan umno. ?.. kah..kah..kah Pegi lantak dengan BN, kapal yang semakin karam itu patut terkubur terus bawah dasar laut, biar jadi bangkai. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |