Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: PM Najib Batalkan Serta Merta Perlantikan Lajim Ukin Sebagai Timbalan Menteri Kabinetnya!

Posted: 31 Jul 2012 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin (foto) sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu. Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota UMNO. Lajim yang umumkan peletakan jawatannya dilaporkan menyerahkan kepada PM Najib Razak untuk tentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri akan diputuskanIsnin. Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan (2009).

[Satu keputusan yang memang sudah dijangka sebenarnya, malah ia amat dinanti-nantikan oleh Lajim Ukin sendiri. Apapun yang terjadi tindakan Lajim dan Bumburing mahu bersama Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang sungguh menggusarkan UMNO BN terutamanya di Sabah. Walau pun selama ini pemimpin UMNO mengutuk dan mengatakan hasrat Anwar untuk membawa wakil rakyat BN bersama pakatan hanyalah omongan kosong semata-mata termasuk insiden "16 September" dulu, namun kini ia bagai mengesahkan lagi cerita tersebut. Walau pun baru dua orang berbuat demikian namun ia sudah pasti tamparan yang cukup hebat buat Najib untuk mengekalkan kuasa beliau di Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tindakan Lajim dan Bumburing ini memang amat berat untuk diterima mereka, walau pun masing-masing mengatakan tidak memberi impak besar tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat Sabah kini sudah jemu dan muak dengan janji manis BN sejak sekian lama].


Rayuan Sumbangan Dana Ikhlas Ke Tabung PDO

Posted: 31 Jul 2012 01:51 AM PDT

Tanggal 31 Ogos 2012 ini maka genaplah tiga tahun Pahang Daily Online (PDO) mewarnai persada media baru. Selepas mengharungi berbagai rintangan dan keperitan kini nama PDO sudah boleh berdiri gagah dan megah seantero dunia, malah paling membanggakan blog ini telah dikunjungan oleh pelawat dari 138 negara seluruh dunia sejak tiga tahun yang lalu. Selaras dengan itu maka PDO amatlah memerlukan dana bagi menggerakkan lagi operasi blog ini agak ia lebih mantap dan terkini. Ramai yang tidak mengetahui mutakhir ini PDO tidak mendapat sebarang tajaan dan peruntukkan daripada mana-mana pihak secara berkala (bulanan), hatta daripada parti pembangkang sekali pun. Namun konsep perjuangan rakyat terus diutamakan bagi memberi maklumat kepada semua pihak. Walau pun krew-krew PDO bergerak tanpa gaji, elaun dan sebagainya namun blog ini masih dapat terus bertahan sehingga ke hari ini. Hanya semangat sahaja yang menyebabkan PDO terus berdiri. Dengan hasrat untuk menyedarkan rakyat tentang perlunya mereka melakukan perubahan bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa dan terjamin pada masa akan datang. PDO akan terus kekal sebagai blog yang bebas dan berani selaras dengan hasrat semua pihak. Bagi mengorak langkah akan datang, PDO amatlah berharap mana-mana pihak tidak kira individu, syarikat atau NGO yang berkemampuan untuk menyumbangkan dana kepada blog ini. Tanpa dana yang mencukupi, PDO gagal menghantar krew bertugas untuk ke lokasi tertentu untuk mendapatkan isu berkaitan.


Oleh itu, PDO mempelawa mana-mana pihak yang prihatin dan simpati untuk menghulurkan sumbangan berkala semaksima RM10 sebulan ke Tabung Dana Pahang Daily Online (PDO). Jika ada 100 atau 1,000 pembaca menyumbang RM10 sebulan, maka berbagai aktiviti boleh dilaksanakan oleh PDO selepas ini. Sudah tiba masanya pembaca budiman dengan ikhlas membantu demi perjuangan seterusnya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 06-10000-1938-208 atas nama Eksekutif Pengiklanan kami (Mohd Shukri Mohd Ramli). Kepada yang berminat untuk menyumbang dan menaja blog ini sila berhubung di talian 012-3854400 untuk perbincangan lanjut. Perhatian dan kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah juga yang dapat membalasnya.


Tazkirah: Amalan Sebelum Waktu Berbuka Puasa

Posted: 31 Jul 2012 01:17 AM PDT


Panas: Kakitangan Kerajaan Negeri Pahang Gesa MB Pertimbangkan Beri 'Bonus Raya' Tambahan

Posted: 31 Jul 2012 01:09 AM PDT

KUANTAN, 31 Julai - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob digesa mempertimbangkan pemberian bonus raya tambahan kepada kakitangan awam di negeri Pahang menjelang Aidil Fitri tidak lama lagi. Ini bagi membolehkan mereka membuat persiapan raya secara lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya. Walau pun kerajaan pusat sudah berbuat demikian seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, namun bagi mereka yang mempunyai keluarga besar dengan anak yang ramai pemberian setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam itu tidak memadai sebenarnya. Kebanyakan daripada mereka hairan, kenapa negeri Pahang ditadbir oleh UMNO BN tetapi jarang sekali kerajaan negeri dapat berbuat demikian melainkan hanya mengharapkan bonus yang dihulurkan oleh kerajaan pusat semata-mata. "Sudah lama kami mengharapkan keperihatinan kerajaan ini.. namun ternyata hampa... sedangkan rakan-rakan kami di negeri pembangkang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menikmatinya. Kami tidak kisah jika negeri BN berbuat demikian... tapi bila pembangkang mampu berikan bonus tambahan.. maka ia bermakna kerajaan negeri di bawah pembangkan lebih prihatin dan menjaga kebajikan kakitangannya", kata seorang penjawat awam. Sementara itu menurut seorang kakitangan awam yang bertugas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang berkata kerajaan negeri seharusnya mengambiberat masalah yang ditanggung oleh kakitangannya yang telah banyak menyumbangkan jasa membangunkan negeri ini. "Kenapa kerajaan boleh beri kemewahan kepada beberapa kerat individu tetapi tidak berani beri kebajikan kepada ribuan kakitangan awam. Bila pembangkang tuduh kerajaan negeri muflis, bukan main lagi mereka melenting.. tetapi yang sebenarnya itulah hakikat yang berlaku. Banyak wang yang sepatutnya masuk ke kantung kerajaan tidak dilakukan secara betul (tiris).. ini menyebabkan kerajaan negeri senantiasa bermasalah dengan kewangan.. maka itulah tidak hairan mereka gagal beri bonus tambahan", tambahnya.


Kakitangan awam negeri pembangkan dapat bonus tambahan tetapi
negeri Pahang yang banyak hasil kerajaan tidak mampu laksanakan


Paling menarik sebahagian besar dari mereka berkata lebih baik berada di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang daripada BN. "Di Pulau Pinang bukan sahaja kakitangan negeri dapat bonus raya, malahan guru-guru agama yang mengajar di Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) pun dapat.. Pahang apa dapat... dapat tengok jer lar.. rasanya eloklah kakitangan awam Pahang buat perubahan pada PRU13 ini nanti. Kita undi pembangkang dan tengok apa yang berlaku... Jika tidak pasti selamanya kita akan begini.. hasil mahsul kerajaan dirompak sesuka hati oleh mereka yang berkepentingan.. cukai dan premiun gagal dibayar secara betul.. inilah punca kerajaan tak berduit. Elok kita tukar agar masa depan kita lebih terbela", kata mereka lagi.

[Sememangnya apa yang diluahkan oleh kakitangan awam di negeri Pahang ini ada kebenarannya. Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi seperti emas, bijih besi, balak, pasir, tanah dan sebagainya. Namun, apa yang berlaku banyak premium yang sepatutnya dibayar oleh pihak yang mendapat lesen (Mining Certificate) dan membalak gagal memberi pulangan yang sepatutnya kepada kerajaan negeri. Malah ada sesetengah pelombong yang tidak membayar mengikut harga sepatutnya. Akhirnya apa yang berlaku mereka kaya raya menikmati hasil bumi Pahang tetapi kantung kerajaan negeri tipis akibat kegagalan menguatkuasakan undang-undang berkaitan. Malasah berlaku apabila kerajaan negeri meluluskan kawasan berkenaan kepada proksi, kroni atau ahli keluarga mereka. Begitu juga apabila banyak kawasan diluluskan kepada exco dan wakil rakyat BN. Mereka ini bukan sahaja gagal membayar premium mengikut undang-undang malahan ramai yang mengelak daripada berbuat demikian sebenarnya. Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang juga banyak yang mengalami kerugian malah yang terus muflis. Inilah hakikat yang berlaku apabila sistem pentadbiran yang penuh dengan rasuah, korupsi dan penyelewengan dilakukan. Akhirnya tidak punyai wang yang cukup untuk menjaga kebajikan kakitangan awam yang telah banyak menyumbangkan jasa ke arah pembangunan negeri itu].


Eksklusif: Video, Santai Bersama Ust Don Daniyal

Posted: 30 Jul 2012 12:19 PM PDT


No comments:

Post a Comment