"tukanglawan" |
- Mahathir Ketakutan - Anwar
- Live Temuramah Presiden AIC Di Radio Bangsar
- Video Penuh Program Meet Anwar Di Ipoh Perak.
- Gara-Gara Kapal Selam, najib Tertekan Teruk
Posted: 27 Jun 2012 02:24 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring'. Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya. "Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak. "Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat," katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam. Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak. "Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak," katanya. Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah. "Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf. "Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat," kata Anwar. Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Live Temuramah Presiden AIC Di Radio Bangsar Posted: 27 Jun 2012 05:27 AM PDT Ikuti temuramah Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC) di Radio Bangsar malam ini, saudara saifuddin Shafi akan keudara secara langsung malam ini di radio online itu pada jam 9.00 malam ini. Antara kupasan malam ini adalah sedikit sejarah penubuhan AIC dan hala tuju Kelab tersebut dalam mendokong kepimpinan dan pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Siaran itu boleh diikuti dilaman utama Radio Bangsar (sila klik disini) Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Video Penuh Program Meet Anwar Di Ipoh Perak. Posted: 27 Jun 2012 03:27 AM PDT Pada 23 jun yang lepas kelab Anwar Ibrahim ( AIC ) telah mengadakan program dialog anak muda bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempat di HillCity Hotel Ipoh Perak. Program ini mencipta sejarah kerana buat pertama kali nya program seumpana ini diadakan diluar lembah kelang, tambahan lagi program itu sendiri telah dirancang dan diaturkan oleh AIC negeri perak sendiri. Pada program berkenaan, seramai lebih kurang 200 lebih orang peserta yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Ipoh telah hadir dan beramah mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Juga pada program tersebut Saudari Siti Aishah Shaik Ismail yang merupakan Ketua Serikandi PKR telah hadir sebagai Panelis disamping Saudara Rafizi Ramli iaitu seorang anak muda yang sedang kini menjadi perhatian kerana kehebatannya berdebat baru-baru ini. Tahniah sekali lagi kepada AIC Perak dan rakan-rakan AIC yang menjayakan program ini, AIC selepas ini akan meneruskan jelajah mereka ke Kedah dan Pulau Pinang sebelum melebarkan aktiviti ke seluruh negara. Dibawah adalah sedikit sedutan video pada program lepas. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Gara-Gara Kapal Selam, najib Tertekan Teruk Posted: 27 Jun 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR 27 Jun: Kerajaan Malaysia gagal menjawab persoalan berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut termasuk penjualan dokumen rahsia negara kepada syarikat pembuat kapal selam Perancis, DCNS. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk menjawab mengenai penjualan dokumen sulit oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Dewan Rakyat semalam bagaimanapun menafikannya dengan berkata, kerajaan tiada maklumat berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing. Beliau turut menafikan bahawa kementerian itu juga tidak pernah membayar komisen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene. Memetik laporan Reuters, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu merupakan Menteri Pertahanan, juga telah menafikannya. Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di Mahkamah Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online. Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut. Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan/atau organisasi". "Di Malaysia, biasanya … kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib. Dokumen lain pula menyebut, bekas Ketua Eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya." Pembunuhan Altantuya Joseph Braham, peguam yang mewakili Suaram di Mahkamah Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya. "Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham. Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu. Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan. Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan. Breham berkata kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara. Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong. Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006. Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad. "Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram. Berita asal di sini. (Disunting dan diterjemah The Malaysian Insider) Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment