"tukanglawan" |
- Video dan gambar Himpunan Hijau Vs himpunan Umno Bukit jalil
- Al-Fatihah, Selamat Tinggal Amir, Blogger D'Perbatasan
- Lagi Bekas Pegawai Penting Kerajaan Masuk PAS
- Populariti Najib Menurun Lagi, Rosmah masih Atasi Najib
- Tunggu Musim Haji Baru Pilihanraya
Video dan gambar Himpunan Hijau Vs himpunan Umno Bukit jalil Posted: 01 Jun 2012 02:08 PM PDT Mula-mula kita tengok dulu gambar himpunan merah yang umno buat di bukit jalil temph hari, dengar kata akhbar-akhbar arus perdana dah canang himpunan umno itu ramai sangat datang, ada yang kata jumlahnya sehingga 80 ribu orang. Sekarang kita lihat pula himpunan hijau ke Putrajaya yang dianjurkan oleh PAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang semalam, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah yang berlangsung malam tadi. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya Tak cukup dengan gambar diatas, "tukanglawan" beri anda lihat video dibawah pula Petang sebelum acara kemuncak Video sebelah malam Ok, amacam, kalau himpunan umno dibukit jalil diorang kata yang datang lebih kurang 80 ribu orang, berapa pula anggaran penyokong PAS yang hadir ke himpunan anjuran PAS ini? kah..kah..kah Gambar telah dicuri dari blog sharpshooter Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Al-Fatihah, Selamat Tinggal Amir, Blogger D'Perbatasan Posted: 01 Jun 2012 01:29 PM PDT Siang tadi melalui pesanan text, "tukanglawan" mendapat berita yang menyedihkan. Saudara Amir Blogger D'Perbatasan (link Blog Arwah) yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya kerana menghidap sakit jantung telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau yang dikatakan mengidap sakit jantung dari kecil kembali kepada penciptanya dengan meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Tadi sebelum menulis artikel ini, sempat "tukanglawan" menziarahi laman blog beliau, melihat artikel teakhirnya berkenaan debat rafizi vs Khairi, dan terfikir tukanglawan, mungkin selepas ini blog tersebut akan sunyi selama-lamanya. Kita telah kehilangan seorang sahabat seperjuangan yang juga seorang penulis yang bagus, menyedari risiko besar yang terpaksa diambil dalam menyampaikan berita yang dianggap bertentangan dengan kerajaan sedia ada, namun kerana mahu melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang lebih baik, beliau sanggup hadapi semua risiko, walaupun kebanyakkan blogger pakatan ini tidak mendapat apa-apa imbuhan dalam menyampaikan informasi kepada rakyat diluar sana. Tak apalah, Allah menyayangi beliau lebih dari kita semua, walaupun harapan melihat negara ini ditadbir oleh kerajaan yang lebih baik tidak kesampaian semasa hidupnya, kita harus teruskan impian Arwah. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah sahabatku....
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Lagi Bekas Pegawai Penting Kerajaan Masuk PAS Posted: 01 Jun 2012 01:08 PM PDT Umno termenung lagi, kali ini selepas kemasukkan bekas Pengarah cawangan jenayah polis diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan borang menyertai PAS (baca sini), seorang lagi bekas pegawai penting kerajaan memilih bersama pakatan rakyat. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman. Ini memeningkan lagi kepala pemimpin umno, kerana penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13 dan menjadikan pakatan rakyat lebih kuat. Soalannya masih sama, mengapa tidak memilih menyertai umno?, Bukankah umno pernah mengatakan hanya parti itu yang boleh membela orang melayu dan menjaga kesucian agama islam?, Kalau tak percaya tanya pada penyokong kuat umno, mereka sangat yakin umno itulah hanya satu-satu pembela melayu dan islam, walaupun umno itu sendiri menggunakan bahasa inggeris pada namanya dan jemput artis K-pop untuk menghiburkan ramai remaja beragama islam. Pelik kenapa ramai yang masih percaya umno itu pembela melayu dan islam. kah..kah..kah Selamat tinggal umno. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Populariti Najib Menurun Lagi, Rosmah masih Atasi Najib Posted: 01 Jun 2012 12:41 PM PDT Najib harus hati-hati dengan perkara ini, kita sudah tahu bahawa populariti umno memang telah teruk jatuh, keyakinan rakyat kepada umno sudah terhakis teruk, semua gara-gara NFC dan beberapa skandal hebat melibatkan pemimpin umno. Najib sendiri kini dalam keadaan amat bahaya,Menurut pusat kajiselidik bebas Merdeka Centre rating keseluruhan Najib merosot daripada 69 peratus pada bulan Februari kepada 65 peratus pada bulan Mei 2012. Merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India. Menurut kajiselidik itu lagi, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan 5 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu. Walaupun artis K-pop dari luar negara diimport untuk menarik sokongan rakyat kepada Bn dan Najib khasnya, kajian mendapati sokongan di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot sedikit, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun pada tahap sederhana 61 peratus. Ini situasi bahaya kepada najib, belum lagi dengan pendedahan Skandal kapal selam yang dikaitkan dengan Njaib yang akan lebih hebat didiedahkan selepas ini. Mungkin sokongan kepada Najib akan merosot kepada hanya 40 peratus lebih saja lagi, namun Rosmah masih kekal lebih popular dari najib, percayalah kerana ia fakta. rakyat lebih mahu tahu tentang Rosmah dari najib sendiri. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Tunggu Musim Haji Baru Pilihanraya Posted: 01 Jun 2012 12:27 PM PDT Umno sedar mereka sekarang dalam keadaan amat kritikal sekali, apa cara sekalipun mereka akan gunakan untuk pastikan mereka terus dapat memerintah Malaysia, kalau umno sudah hilang kuasa, habislah terbongkar semua rahsia dan salahlaku pak menteri. Dan percayalah, jika Umno sudah kalah dan hilang kuasa memerintah malaysia, umno tidak mungkin dapat bangkit kembali lagi. untuk menjayakan usaha terdesak rejim itu untuk terus berkuasa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji. Ye la masa itu menurut Haji hadi, ramai penyokong PAS akan menunaikan fardu Haji, dan mereka tidak akan dapat peluang mengundi. Patutlah, tunggu punya tunggu bila parlimen bubar sehingga sekarang belum ada tanda-tanda, rupanya umno nak tunggu masa yang sesuai semata-mata nak menang, walaupun terpaksa korbankan hak menggundi orang lain. Kalau betul pilihanraya buat masa musim haji, dasyat betul strategi umno untuk menang. perkara haji pun diperguna untuk kekal berkuasa. Tak apalah, jika benar nanti pilihanraya pada musim Haji, doakan saja di depan kaabah umno itu tumbang. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment