Liang Lahad.... |
- MELAKA NEGERI MAJU - TAPI TIKET PARKING KERETA MASIH PERLU DIGORES.
- MAKSIAT DAN PEMBAZIRAN - KEMENTERIAN BAYAR ARTIS K-POP RM 2 JUTA.
- KELUARKAN DOKUMEN YANG SUDAH SELESAI 17 TAHUN LALU - JINGGA 13 DESAK DALANG DISIASAT!
MELAKA NEGERI MAJU - TAPI TIKET PARKING KERETA MASIH PERLU DIGORES. Posted: 01 Jun 2012 10:27 AM PDT Hujung bulan may yang lalu,aku telah ke Melaka.. saja jalan-jalan ke Bandar Bersejarah ni... saja jalan-jalan melihat kesan penjajahan walaupun ada profesor "kangkung" yang berani katakan bumi tanah melayu ini tidak pernah dijajah.. Aku juga ingin lihat apakah gelaran negeri maju yang diberikan kepada Melaka 2010 dulu benar-benar sepadan dengan apa yang ada di Melaka... Dengan gambaran Melaka Maju 2010 yang ada di dalam kepala ni, maka aku turut bayangkan sistem parking di Melaka ini maju jugak... Dengan panduan yang diberi.... dapatlah aku membeli tiket parking di Bandar Melaka ni.. dan apa yang membuatkan aku terkejut adalah Melaka masih menggunakan :-
Korang kena faham yer... aku pergi ke negeri yang sudah mendapat pengiktirafan sebagai negeri maju.... dan ianya sudah pun diumumkan secara rasmi oleh Najib sendiri pada 2010 dulu.. Jadi... bila aku lihat tiket parking di Melaka yang maju ni masih menggunakan sistem tiket parking bergores... aku rasa memang patut ler aku terkejut... Kalau di Pahang atau di Perlis, aku akan anggap 'biasa lah tu".... Tertanya-tanya gak aku... negeri maju apa kalau macam ni... Bila dah beli tiket.. korang kenalah gores menggores macam ni... Korang kenalah Gores pada.....
kemudian gores pulak di bahagaian samada waktu tu AM atau PM... lepas tu pada bahagian jam dan minit.... macam gambar yang dah siap dibawah ni... Lepas dah siap semua tu.... korang kenalah pamerkan tiket tu di kereta Kalau korang nak parking kereta 5 jam... maknanya korang kenalah gores 5 keping tiket... dan aturkan semuanya di dalam kereta....
Maaflah.... secara jujurnya aku sudah lama tidak nampak atau menggunakan sistem tiket parking yang semacam ini... mungkin ada antara korang yang dah biasa guna tiket ini di negeri lain... Cuma bagi aku... bila sesebuah negeri yang sudah capai taraf negeri maju masih menggunakan sistem yang semacam ini... ianya agak "kureenngg" bagi aku.... Kalau dalam AF ni aku dah Afundi keluar dah ni... kah..kah..kah... | ||||
MAKSIAT DAN PEMBAZIRAN - KEMENTERIAN BAYAR ARTIS K-POP RM 2 JUTA. Posted: 01 Jun 2012 12:44 AM PDT Artis K-POP dibayar sebanyak RM2 juta dari wang rakyat untuk hiburan belia-belia kita lepas tu pulak membuat persembahan dengan pakaian yang seksi memanglah tidak patut... Tidak patut dilakukan oleh kerajaan yang selalu menggambarkan mereka kononnya berjuang mertabatkan bangsa melayu,agama dan raja-raja melayu... Dari segi agama pula,ianya adalah haram... berdosa kita bantu membantu di dalam perkara maksiat... Wang RM2 juta tu bukannya wang UMNO... juga sah-sah artis tu dibayar menggunakan wang rakyat yang telah mengamanahkan pemerintah untuk melakukan yang terbaik bagi generasi muda negara ini..Bukannya bayar mahal-mahal artis seksi dan merosakkan moral akhlak remaja.. Kalau untuk persembahan dalam meyuarat agung UMNO, lantak korang ler... Ni korang hidangkan kepada para belia.. bagaimana pula perasaan ibubapa yang selama ini bersusah payah terapkan agama dalam diri anak-anak mereka... Adakah ibu bapa akan berasa selamat dan tenang sekiranya anak mereka dikerahkan lagi sekali untuk ke acara anjuran kerajaan BN..? KBS kata belia kita boleh belajar dari artis K-POP ni.. nak belajar apa...?Tengok dokumen tuntutan ini..
Inilah padahnya jika kita memilih kerajaan yang mengutamakan dunia... bagi mereka aktiviti sebegini tidak salah... tidak maksiat dan tidak membazir... | ||||
KELUARKAN DOKUMEN YANG SUDAH SELESAI 17 TAHUN LALU - JINGGA 13 DESAK DALANG DISIASAT! Posted: 31 May 2012 11:46 PM PDT Akhir-akhir ini YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terus menjadi sasaran kepada beberapa pihak yang bertujuan untuk menjatuhkan kreadebiliti beliau bukan sahaja dengan cara yang jijik termasuk yang terbaru dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit oleh blogger Raja Petra Kamaruddin , blogger Malaysia Today. dan lapuk.JINGGA 13 menyelar tindakan politik desperado murahan yang dilakukan dan menganggap pelbagai isu peribadi yang disasarkan kepada YB Azmin Ali adalah bertujuan melemah dan men'sibuk'kan YB Azmin Ali dengan isu-isu yang jijik Ini kerana beliau merupakan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dalam mempersiapkan seluruh jentera PKR bersama PR dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama nanti dalam usaha menawan Putrajaya. Dokumen lama - Sudah selesai 17 tahun lalu. JINGGA 13 benar-benar amat terkejut bagaimana maklumat, dokumen atau "fail Sulit" seperti didakwa oleh Raja Petra di mana pegawai SPRM telah membocorkannya dan diserahkan kepada orang yang tidak sepatut memilikinya sedangkan ianya sudah disoal siasat oleh pihak SPR 17 tahun yang lalu dan sudah tidak relevan. Tindakan ini ternyata boleh menimpulkan pelbagai persoalan kepada rakyat yang integriti dan kreadibiliti SPRM dipersoalkan serta SPRM bukan sahaja gagal menyimpan segala dokumen tetapi membocorkannya kepada sesiapa sahaja. Dedah dokumen kes yang sudah ditutup - Etika kerahsiaan SPRM dipertikaikan. Adalah wajar satu siasatan dibuat bagaimana ianya boleh berlaku dan ini bermakna etika kerahsiaan pegawai-pegawai SPRM diragui dan dipertikaikan. Apa lagi terhadap kes-kes sudah 17 tahun yang telah pun ditutup dan tidak perlu dipertikaikan . Apakah tujuan perkara tersebut berlaku atau ada 'dalang' yang sedang merancang sesuatu? Sepertimana yang dijelaskan oleh YB Azmin Ali bahawa beliau telah pun di soal siasat dan menyerahkan segala dokumen dan bukti termasuk penyata bank kepada pihak SPR (kini SPRM) 17 tahun yang lalu malah menafikan sepertimana tuduhan tersebut. Juteru isu lapuk tersebut yang cuba untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah usaha desparado mereka yang ketandusan modal . JINGGA 13 yakin di atas faktor kemampuan, kredebiliti dan komitmen YB Azmin Ali selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dan kegusaran UMNO/BN terhadap usaha mempertahankan Putrajaya memungkinkan pelbagai cara dilakukan walaupun dengan kotor,jijik dan melampau akan dilakukan dan mungkin akan berterusan sehingga PRU 13. JINGGA 13 yakin rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan propaganda murahan dan menjijikkan oleh pihak-pihak tertentu semakin tertekan dengan kekuatan PKR dan PR dalam menghadapi PRU 13 . MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator JINGGA 13 |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment