"tukanglawan"

"tukanglawan"


Berapa Kali nak Cakap, Umno ni Suka Menipu Harga Minyak

Posted: 07 Jun 2012 12:16 AM PDT

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini, kata Beliau  harga runcit   turun adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong.

 Tapi persoalannya sekarang, kenapa minyak RON95 masih tak turun-turun lagi, padahal semua dah tahu Umnoapco Barisan Nasional dah tipu rakyat, sebabnya bila kerajaan dok sanang konon beri subsidi pada rakyat melalui RON95, minyak RON97yang tak bersubsidi itu sebenarnya lebih murah.

Kalau korang tak percaya, korang baca kat sini la.

Adakah harga runcit RON97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa? Jika betul RON97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga petrol RON95, iaitu RM3.53 seliter?

Jelas, kita sudah kene Kencing, sama ada subsidi itu kurang dari jumlah yang dicanang, atau memang takde subsidi langsung, kalau tak mengapa RON97 sebenarnya lebih murah dari minyak RON95.

Sampai hari ini tak ade menteri sanggup Jawab.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

PR perintah 4 Negeri tak Ada Rasuh, Zaman BN Ada Tak?

Posted: 06 Jun 2012 11:35 PM PDT


YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mempertahankan pemerintahan negeri Kedah selama tiga tahun serta sanggup menempuh segala kesusahan dan kepayahan untuk mengelak segala tohmahan dari pihak pembangkang (pembangkang di kedah adalah umno).

"Kita berjaya memimpin negeri Kedah selama tiga tahun dengan membuktikan pemerintahan sebuah kerajaan yang bersih tanpa rasuah. Selain itu, negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor juga kita isytiharkan sebagai negeri bersih tanpa rasuah.

"Pemerintahan PAS adalah berdasarkan ajaran Islam, bersih dari amalan rasuah dan tiada pemisah antara agama dan politik kerana Islam mengajar politik sebahagian agama yang ada perhitungan dosa dan pahala." Katanya semasa Forum Kemasyarakatan sempena Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera dekat Stadium Darulaman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, manusia tidak boleh menentukan ahli syurga dan neraka kerana yang menentukan hal itu hanya Allah.

Katanya lagi, Nabi Muhammad bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji, malah baginda turut menunjukkan contoh yang terbaik untuk mentadbir negera dengan betul dan adil kerana ada perhitungan dosa dan pahala di akhirat kelak.

"Pemerintahan di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya memperkenalkan ajaran Islam dan menjadikan politik sebagai sebahagian daripada ajarannya dalam masa yang sama mengajar orang Islam mengamalkan politik Islam.

"Saya rasa umat Islam sendiri tidak faham dan telah meninggalkan ajaran ini dalam politik sebagai tali yang mengikat ajaran Islam telah dirungkai dan dirombak.

"Apabila dirombak dan dirungkai ajaran berkait hukum dan pemerintahan, orang-orang Islam akan berselerak dan simpulan ajaran Islam ialah sembahyang.

"Hari ini ajaran berkait dengan pemerintah politik Islam diabaikan dan masyarakat Islam jadi hanyut.

"Penjajah sudah lama pergi tetapi orang Islam hilang jati diri dan kekuatan dalam amalan politik yang diamalkan pemimpin Islam dalam negara Islam termasuklah di Malaysia pada hari ini yang masih mengamalkan politik zaman penjajah.

"Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan fahaman orang Islam kepada politik Islam yang sebenar." Jelasnya.

Tambah beliau lagi, rakyat kini hanya faham projek-projek dan pembangunan yang perlu dilaksanakan namun ada rakyat yang tidak faham ia adalah adat kepada sesiapa yang memerintah tidak kiralah dari parti komunis sekalipun.

Yahudi Israel juga menyediakan pembangunan dan kemudahan untuk rakyatnya tetapi yang perlu difahami ialah menunaikan amanah kepada rakyat dan menguruskan harta rakyat dengan betul.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Kisah kapal Selam, Satu Dunia Tahu, Rakyat Tak Tahu

Posted: 06 Jun 2012 11:01 PM PDT

Rakyat Malaysia ni dah jadi makin kuno, semua gara-gara berita berat sebelah, semua gara-gara berita penting yang sepatutnya semua rakyat tahu, tapi telah didiamkan oleh media massa.

Cuba la tengok dalam Utusan, tengok pulak dekat TV3, haram takde cerita kapal selam, Kenapa?.. korang tahu kenapa.

Dari Perancis sampai Monggolia, kisah kapal selam ni dah jadi cerita panas, kalau wartawan nak cerita, hah, inilah cerita yang orang ramai akan ikut, sebab kes kapal selam ini melibatkan juga kisah pembunuhan seorang wanita warga mongolia.

Lebih hebat lagi, kes ini dikatakan melibatkan seorang pemimpin negara, juga penasihat ekonominya. kita semua tahu siapa orang itu.

Dari Perancis ke Mongolia, sekarang dah sampai ke kepulauan Mediterranean Malta pulak, perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah 'dibersihkan' melalui Malta, berita ini keluar di Malta Today. ( baca la dekat sini )

Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis serta menemuduga pegawai DCNS (dahulunya dikenali sebagai DCN) dan syarikat-syarikat yang berkaitan seperti Thales serta pegawai di kementerian berkenaan.

Wah, berita ini sudah jadi hangat diluar negara, tapi kenapa wartawan dan media massa malaysia tak berani nak siar?.

Ada akta yang melarang penyiaran berita ke dekat negara ini, sampai belek-belek utusan tak ade satu pun kisah kapal selam.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment