Pahang Daily Online |
- Foto FB: Lebuhraya Sungai Atas Sungai Di Jerman
- Video: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir Puji Parti PAS
- Panas: Gara-Gara 'Haram Jadah', Laporan Polis Di Buat Oleh Lima Peneroka Jengka Terhadap Naijb !!
Foto FB: Lebuhraya Sungai Atas Sungai Di Jerman Posted: 08 Jun 2012 12:11 PM PDT |
Video: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir Puji Parti PAS Posted: 08 Jun 2012 11:44 AM PDT |
Panas: Gara-Gara 'Haram Jadah', Laporan Polis Di Buat Oleh Lima Peneroka Jengka Terhadap Naijb !! Posted: 08 Jun 2012 12:14 PM PDT TEMERLOH, 9 Jun - Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka kelmarin bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro. Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah. Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan 'durian runtuh' di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini. "Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat. "Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda. "Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian," katanya selepas membuat laporan polis. Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk 'Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh' dengan paparan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek. sumber Bukti, inilah sedutan ucapan PM Najib yang menyebut perkataan "haram jadah" ketika umumkan durian runtuh kepada peneroka di Jengka 8 dulu [Sebagai seorang Perdana Menteri dan ketua negara, Najib tidak wajar mengeluarkan perkataan seumpama itu terutamanya kepada golongan peneroka yang tidak mahu bersama Felda dalam urusan pembelian saham atau sebagainya. Ini kerana, peneroka punyai hak untuk membuat pilihan kerana mereka sudah habis membayar segala hutang piutang dengan Felda dan telah memperolehi geran tanah masing-masing. Maka itu, tanah yang diberikan oleh Felda bukanlah percuma dan ia dibayar dengan harga keringat yang telah dikeluarkan oleh para peneroka. Maka itulah mereka punyai hak untuk mempertahankan tanah masing-masing daripada tergadai ke tangan asing. Tanda-tanda ke arah itu kini kian jelas apabila, syarikat Yahudi dijadikan rakan strategik dalam penyenaraian Felda di Bursa Malaysia. Kini peneroka bakal tertipu dengan taktik licik pihak-pihak tertentu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Ini membuktikan mereka yang tidak mahu terlibat dengan isu saham ini jelas lebih bijak dari yang lain. Tidak perlu Najib keluarkan perkataaan "haram jadah" terhadap para peneroka terbabit sebenarnya. Apapun, laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin UMNO BN biasanya akan tinggal kenangan dan bolehlah dianggap sekadar "melengkapkan cerita" kerana tidak mungkin pihak polis akan menyiasat atau mengambil tindakan atas laporan tersebut. Jika ada yang berani berbuat demikian, sudah pastilah mereka akan berhadapan dengan segala kemungkinan. Apapun, syabas kepada para peneroka terbabit kerana berani buat laporan polis terhadap Najib Razak]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment