"tukanglawan" |
- Video Live Stadium Kajang Dibanjiri Penyokong PR, umno sedang gelabah
- Kisah Najib, Si Peneroka dan Kapal Selam Altantuya
- MIC Buat Hal Lagi, Sekutu Umno La Ni
Video Live Stadium Kajang Dibanjiri Penyokong PR, umno sedang gelabah Posted: 09 Jun 2012 07:39 AM PDT Jangan tak percaya, Umno semakin gelabah bila setiap kali ceramah pakatan rakyat dihadiri ribuan penyokong PR walau dimana sahaja ceramah diadakan. Baru-baru ini penyokong PR telah membanjiri stadium darul Aman di kedah dalam satu himpunan hijau menuju putrajaya, kita boleh bandingkan ssendiri sambutan rakyat, kita bukan lagi bodoh, jika dulu akhbar digunakan untuk memanipulasi berita, namun ini zamanteknologi, dimana berita sangat mudah dan pantas disebarkan. Umno sendiri kalah bila kita bandingkan himpunan Hijau dengan himpunan umno yang diadakan ( lihat sini ) Malam ini bertempat di Kajang, satu lagi ceramah Pakatan rakyat telah diadakan, ianya dihadiri ribuan rakyat dari segenap pelusuk selangor, jom tengok video live ceramah di laman web Selangorku. Atau klik video dibawah Siri ceramah ini pasti tidak akan keluar di TV3, kerana apa, kerana umno sekarang sedang sangat gelabah. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Kisah Najib, Si Peneroka dan Kapal Selam Altantuya Posted: 09 Jun 2012 01:39 AM PDT 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan 'durian runtuh' di Felda Jengka 8 dia telah menghina peneroka dengan perkataan "haram jadah" yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini. "Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat. "Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda. "Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian, Kata Abdul Rahim Abdul Rahman, seorang dari lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat laporan polis terhadap Najib Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro. Abdul Rahim berkata lagi, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk 'Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh' dengan memaparkan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek. Tambahnya, akhbar berkenaan sengaja membuat dakwaan kedua-dua peneroka tersebut kononnya memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) walhal mereka memfailkan injunksi menghalang pelupusan aset KPF kepada FGVH. "Akhbar berkenaan juga mendakwa peneroka-peneroka yang menjadi tumpuan ramai sengaja menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang dilontarkan apabila tampil mengambil cek dutrian runtuh. "Akhbar tersebut juga mengada-adakan cerita kononnya kami berlima mengambil cek dalam keadaan tergesa-gesa dengan memberi alasan mempunyai urusan lain bagi menggambarkan kami malu," ujarnya. Jelasnya, berita yang sengaja direka-reka itu mengakibatkan timbulkan keadaan tidak baik, syak wasangka dan boleh menimbulkan permusuhan sesama warga Felda. Aduhai Najib, kene ingatlah sikit felda tu bukan kroni umno yang punya, felda itu sendiri jadi besar dan berjaya kerana usaha keras peneroka, jadi memang diorang ada hak pun keatas keuntungan felda, nak "haram jadahkan" diorang buat apa. Agaknya najib sendiri tak tahu apa maksud "haram Jadah" tu agaknya, jom tengok video bawah ni kalau tak tahu apa maksud sebenar "haram Jadah". Ok, dah dengar kan penerangan tu, bagaimana najib boleh dengan angkuh kata tak "redha" bagi duit yang sebenarnya usaha dan titik peluh peneroka sendiri, politik busuk dan dendaam umno ni sampai panggil peneroka yang tak sokong kerajaan sebagai "haram zadah" maksudnya dalam bahasa melayu "anak haram". Siapa najib ni nak panggil peneroka yang dok bantu majukan negara ni dengan panggilan tu?, ingatlah sikit, negera ni bukan najib yang punya, bukan bapak dia jugak yang punya.. Peneroka pulak jangan la senang sangat kene tipu, najib tak bagi duit dari poket dia atau dari poket rosmah pun, duit yang diorang bagi tu duit peneroka sendiri, duit dari keuntungan felda yang peneroka ini sendiri bangunkan. Dan orang kampung pun jangan la tertipu jugak, BR1M yang dok diagih-agihkan tu pun bukan duit dari poket rosmah ataupun najib, tu duit rakyat. so rakyat kena ambil. Umno dan BN pulak jangan la canang konon diorang ni berjasa sangat, tak malu ke dok canang bagi duit padahal bukan duit umno kan?, yang dok canang pulak tak lain dan tak bukan TV umno dengan paper umno, tak tahu kah Duit negara, duit rakyat, surat khabar tak payah menipu la, orang dah cerdik sekarang nei. Dan satu lagi, ini sibuk buat laporan terhadap najib, agak-agak polis nak siasat ke, kalau nak buat laporan, tunggu la umno kalah, sah najib akan naik turun mahkamah.. itu pun kalau sempat la, sebab najib tak lama lagi akan sibuk dengan kes di Perancis. Ala.. kes kapal selam tu..... silap-silap , najib terus tenggelam lepas kes tu. ahhahaha Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
MIC Buat Hal Lagi, Sekutu Umno La Ni Posted: 09 Jun 2012 12:01 AM PDT Sudahlah bila pakatan rakyat mahu tuntut hak sekumpulan kaum india yang tidak lahir di negara ini tapi dinafikan hak mereka sebagai warganegara diganggu samseng MIC, Kegigihan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyalurkan kemudahan insfrastruktur di Kampung Sri Aman Coalfield diuji lagi apabila beberapa pemimpin BN Kuala Selangor makin giat menghasut penduduk kampung berkenaan agar tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri. Demikian menurut Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor, Thiru Moorthy ketika mengulas percubaan beberapa pemimpin BN daripada MIC untuk menghasut penduduk kampung berkenaan isu hak milik tanah di kampung itu. "Nampaknya beberapa orang ini memang berusaha hasut penduduk kampung agar menolak rancangan pembangunan di kampung ini yang mahu dibawa oleh Kerajaan Negeri," kata Thiru. Menurut Thiru, masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam isu ini berpunca dari tindakan pemimpin BN sendiri ketika berkuasa. "Masalah pemilikan tanah ini berpunca dari BN juga kerana merekalah yang menghalau penduduk kampung pada tahun 2000 apabila menyerahkan tanah kampung itu kepada West Mines Sdn Bhd untuk dimajukan, tiba-tiba sekarang nak jadi hero konon membela penduduk kampung. "Mengapa BN 20, 30 tahun lalu ketika berkuasa mereka tidak memberi hak milik kepada penduduk, tetapi mereka halau penduduk dan serahkan tanah itu kepada West Mines Sdn Bhd," beritahu Thiru kepada Selangor Kini. Thiru berkata, BN telah menjadikan isu ini sebagai modal memancing undi setiap kali menjelang pilihan raya sebelum ini. "Sudahlah begitu, tiap kali ada pilihan raya, masyarakat kampung ini akan dijanjikan diberi semula tanah dan geran termasuklah ketika musim Pilihan Raya Umum (PRU) ke 11 pada 2004 lalu, tetapi tidak ditunaikan. "Lepas itu, sekali lagi dalam pilihan raya kecil tahun 2007, Parthiban (Ketua MIC Kuala selangor) dan Datuk Seri Samy Velu datang lagi ke kampung ini menabur janji sama juga BN menang dalam pilihan raya kecil itu. "Dalam PRU-12 2008 lalu pun macam itu juga, tetapi masyarakat kampung sudah pandai, tak termakan janji mereka lagi. "Malah pada masa itu mereka memberikan surat tawaran yang tidak laku kerana tidak memiliki nombor lot dan saiz keluasan, hanya cuba memperbodohkan penduduk kampung," ujar beliau kepada Selangor Kini. Ketika itu, berbekalkan surat tawaran tersebut, beberapa penduduk pergi ke Pejabat Tanah Kuala Selangor untuk membayar premium tanah tetapi telah ditolak kerana surat tawaran tersebut tidak memiliki nombor lot dan keluasan tanah. Kalau dah sama specis dengn Umno ni senang je, jangan percaya la apa pun yang diorang buat, tak kira la umno ke, MIC ke, MCA ke. nama je BN kita pakat kuburkan, Selamat tinggal BN,. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment