Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Al-Fatihah: Bekas ADUN Sg.Lembing Cikgu Zul PRM Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan Petang Tadi !

Posted: 02 Jun 2012 05:49 AM PDT

Link
KUANTAN, 2 Jun - Negeri Pahang hari ini kehilangan tokoh perjuangan rakyat apabila mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg.Lembing, Dzulkifli Ismail (foto) meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini petang tadi. Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zul meninggal dunia dipangkuan anak perempuannya, Nina Dzul pada jam 4.48 petang selepas menerima rawatan di hospital terbabit akibat pendarahan otak yang dialaminya sejak semalam. Jenazah beliau kini berana di kediamannya dekat Permatang Badak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi jam 10.00 pagi esok. Cikgu Zul cukup dikenali oleh rakyat setempat selepas beliau menang kerusi DUN Sg.Lembing atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 1974 sebelum dia ditahan dibawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA). Pada Pilihanraya Umum Ke-11 (2004), beliau bertanding atas tiket Parti Keadilan di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Walau bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 14,229 undi kepada calon BN, Dato' Wan Adnan Wan Mamat (kini Exco Belia dan Sukan Pahang). Allahyarham mendapat 10,948 undi menakala Wan Adnan 25,177 undi. Pada Pilihanraya umum ke-12 (2008) beliau tidak bertanding akibat kesihatannya yang tidak mengizinkan. Apapun, kerusi Parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana calonnya ialah Azan Ismail.

[Dengan pemergiannya, maka kini tokoh perjuangan rakyat yang cukup sinonim dengan jolokan "Cikgu Zul Parti Kepala Lembu" oleh penduduk disini hanya tingga sejarah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Pemergiaan beliau di saat seluruh rakyat kini tertumpu dan memberi perhatian kepada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi amatlah mengharukan. Ini kerana, beliau cukup arif dengan perjuangan rakyat sejak sekian lama dan amat disegani oleh kawan dan juga lawan. Justeru, orang ramai dijemput hadir untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap jenazah Arwah yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi pagi esok. Sebarkan info ini kepada seluruh rakan-rakan anda yang mengenali Arwah].


No comments:

Post a Comment