Liang Lahad.... |
EDISI BANGANG - UMNO FITNAH A.SAMAD SAID AGEN ZIONIS DAN SEBAR KEPADA BELIA. Posted: 02 Jun 2012 09:11 AM PDT Memanglah dah jadi resam budaya UMNO... sesiapa yang menentang UMNO... akan dianggap sebagai agen Zionis... Selepas Anwar... kini giliran sasterawan Negara yang dihormati oleh rakyat negara ini sebagai pencinta keamanan dan budaya sastera iaitu Pak A. Samad Said pulak yang difitnah sebagai agen zionis... Asal sahaja tak sokong UMNO, orang tu agen zionis... come on lah.... tak ker bangang nama nya tu..? Fitnah terbaru yang dihalakan kepada A.Samad Said ini siap disiarkan di dalam sebuah buku yang dinamakan "Bersih 3.0 yang kotor" dan buku itu pulak disebarkan kepada para belia semasa himpunan belia di Putrajaya hari tu.. Ini bukunya.. Dan buku tu pulak di sebarkan di booth UMNO yang ada di himpunan belia di Putrajaya hari tu... Di dalam salah satu muka surat buku ini ada satu muka surat yang dikhususkan untuk memfitnah Pak A.Samad Said... bayangkan bagaimana seorang sasterawan negara yang kita kagumi dihina dan difitnah sedemikian rupa... Lihat ni.. Lihat perenggan yang pertama... latar belakang Pak Samad yang dibesarkan di Singapura pun tiba-tiba jadi masalah kepada UMNO..? Apa yang perlu kita tahu adalah semasa Pak Samad membesar dan belajar di Singapura... Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu...
apa isunya..? Pasal Pak Samad difitnah sebagai agen Zionis tu.. beliau difitnah sebegitu rupa hanya kerana beliau menyokong Bersih 3.0 dan menjadi Pengerusi bersama perhimpunan Bersih 3.0... So,meh kita tengok sikit ada tak agenda Yahudi atau perkara yang menyalahi Syariat agama Islam dalam 8 tuntutan Bersih tu... Tuntutan Bersih 1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)2. Reformasikan Undi Pos 3. Gunakan Dakwat Kekal 4. Akses Media Yang Bebas & Adil 5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari 6. Kukuhkan Institusi Awam 7. Hentikan Rasuah 8. Hentikan Politik Kotor Rasanya 8 tuntutan tu.. semua rakyat Malaysia patut sokong kerana ianya adalah sesuatu yang memberi kebaikan kepada negara... kenapa pulak kita nak bantah..? Lepas tu.. korang tengok sini... dalam menyebarkan fitnah,UMNO play safe bila mengakhiri semua fitnah dengan tanda soal.. [?] Ini jelas menunjukkan bahawa semua yang dipaparkan adalah fitnah semata-mata,sebab itu semua yang dipaparkan seolah-olah soalan.. bukan kenyataan.. Kalau di dakwa.. UMNO boleh mengelak dengan mengatakan kami hanya "menyoal" bukan "menyatakan.." suka fitnah orang... tapi tahu pulak takut yer... kah..kah..kah.. | ||
KEPUTUSAN SHARIZAT TIDAK TERLIBAT - JINGGA 13 ANGGAP SATU KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA. Posted: 01 Jun 2012 10:38 PM PDT SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT SKANDAL NFC : KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA DAN YAKIN RAKYAT TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN Keputusan Panel Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mendapati Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga beliau dan mengenai pinjaman RM250 juta bukan mengejutkan dan sudah dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya satu yang luar biasa. Tindakan SPRM telah membuktikan sikap sebenar yang menjadi badan yang akan mem'bersih'kan segala kekotoran oleh pimpinan UMNO/BN daripada sebarang skandal rasuah dan penyelewengan lebih-lebih lagi pilihanraya umum yang semakin hampir walaupun 'terang lagi bersuluh'. JINGGA 13 YAKIN dan PERCAYA bahawa rakyat Malaysia seluruhnya yang membenci kebejatan rasuah dan penyelewengan wang rakyat tidak akan mudah diperbodohkan dengan keputusan yang dibuat oleh Panel Operasi SPRM yang ternyata bertujuan menyelamatkan Ketua Wanita UMNO tersebut.
Rakyat akan mampu menilai dan membuat persepsi terhadap penyelesaian yang diambil oleh pihak SPRM dalam usaha menyelamatkan Datuk Seri Shahrizat Jalil. Malah tindakan melengah-lengah keputusan siasatan oleh panel siasatan Skandal NFC sehingga kini tidak ada sebarang tindakan keputusan dan pendakwaan di buat walaupun pelbagai laporan SPRM telah dibuat oleh JINGGA 13 dan Parti Keadilan Rakyat terhadap penglibatan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam penyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta , termasuk laporan SPRM di buat oleh JINGGA 13 melibat Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas. Ahli Panel Penasihat SPRM pun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan dan keputusan mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC yang merupakan suami Datuk Seri Shahrizat Jalil menggunakan Datuk Shamsulbahrin merasuah polis . TINDAKAN SPRM "DOUBLE STANDARD" Tetapi tindakan berbeza dan segera yang diambil oleh SPRM untuk membuka kertas siasatan semula terhadap YB Azmin Ali yang telah ditutup kes 17 tahun lalu.. Sedangkan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM ialah menyiasat terhadap kegagalan dan pelanggaran etika kerahsiaan dan integriti serta kredibiliti pegawai SPRM diragui sehingga fail sulit SPRM diserah dan dibocorkan kepada orang yang tidak sepatutnya dimiliki dan ianya ADALAH SANGAT SERIUS. Apa yang berlaku sedang diperhatikan oleh rakyat. JINGGA 13 yakin bahawa RAKYAT ADALAH HAKIM NEGARA dan tidak mudah terpengaruh dengan tindakan dan keputusan yang semata-mata untuk mem'bersih' najis yang tetap kotor dan menjijikkan. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator JINGGA 13 lianglahad : memang lah nama sharizat tak ada dalam dokumen perjanjian semua tu... Kalau ada memang bodoh tahap cipan ler sharizat tu... sebab mana ada pemimpin yang guna proksi atau kepentingan tersembunyi memaparkan nama mereka sendiri dalam sebarang dokumen.... itu semua orang tahu... Tapi logik ker sebuah syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam bidang penternakan mendapat projek sebesar itu? |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment