"tukanglawan"

"tukanglawan"


Annuar Musa Bikin Najib Pening pulak

Posted: 19 May 2012 12:43 PM PDT

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Cuba lihat gambar dibawah ni.


Ok dah tengok kan.

Apa yang anda lihat dalam gambar tersebut bukannya gambar yang di edit seperti yang puak umno selalu buat, itu gambar yang diambil di bukit Jalil petang semalam sebelum berlangsungnya piala F.A yang menyaksikan Kelantan menang dan buat najib terkebil-kebil diam kaku tak bersuara ( baca sini ).

Gambar tersebut menunjukkan orang kuat umno itu pun tidak setuju dengan apa yang umno buat dengan meng anaktiri kan kelantan, 

Sebagaimana yang kita tahu selain Terengganu, Kelantan juga dianugerahkan dengan hasil bumi iaitu minyak, dan itu rezeki yang ALLAh beri buat rakyat kelantan.

Tapi kalau najib masih jadi PM... dan selagi umno berkuasa, rakyat negeri yang punya minyak tidak akan dapat menikmati wang royalti tersebut kerana menteri umno nak baham semua dan bagi kat anak, adik, pakcik, sepupu sepapat dan kroni. termasuklah kaki bodek dan penjilat tegar umno.

Jadi Annuar Musa pun tahu benda tu, dia pun tahu kalau umno masih berkuasa, jangan mimpi la nak dapat, dia pun sain la walaupun dia tahu BN ni memang tak boleh harap lagi, ye la, kalau dah berkumpul dekat stadium, semua rakyat kelantan ada, semangat tu jadi lain, sampai dia lupa dia orang umno.

Tu yang tersain tu, sebab dalam hati dia pun nak juga royalti minyak dikembalikan pada Kelantan, cuma ada satu masalah paling besar.. iaitu Umno, parti yang pernah diharam kan itu (Istilah najib ialah  "haram jadah" ) berkuasa dan kikis semua harta negara, nafikan hak rakyat kelantan.

Jadi senang, lepas ni ingat ABU,... asalkan bukan Umno.. korang pilih lah... sebab umno tu tak boleh harap.. "haram jadah" bak kata najib...  kita tunjuk dekat najib,. negara ini sapa punya... bukan bapak najib punya.

OK, jangan tunjuk gambar ni pada najib, nanti dia pening kepala.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

najib terkebil-kebil sebab Kelantan Menang Piala F.A

Posted: 19 May 2012 08:34 AM PDT

UMNO SUDAH HAMPIR REBAH, BILA UMNO REBAH, TIDAK MUNGKIN MEREKA AKAN KEMBALI BERKUASA

Kali ini "tukanglawan" nak gelakkan najib, mula-mula rasa nak puji jugak sebab najib mulut tak reti jaga ni la pemain kelantan tunjukkan yang mereka ini tidak mudah diperlekeh oleh najib, negeri mereka tak miskin macam yang najib kata.

Ingat lagi tak bila najib cuba hina kelantan bila ketakan Kelantan ini negeri miskin?, sebab itu rata-rata rakyat kelantan bangun dan mengamuk, mereka tunjuk mereka tidak la hina macam najib katakan.

Hari ini, Kelantan bawa pulang piala FA.. apa maksudnya, maksudnya kelantan tak mundur, kelantan bukan negeri yang tertinggal walaupun diperintah oleh PAS.

Apa yang terjadi di kelantan ialah "negeri itu dianak tirikan" oleh KERAjaan Pusat hanya kerana ianya diperintah oleh seorang Tok guru yang tidak sehaluan dengan umno.

Najib malam ini terkebil-kebil bagaimana sebuah negeri yang dia pernah kata miskin boleh menang piala F.A, mungkin fikir najib pemain bola kelantan hanya guna boot getah agaknya.

Nak tengok kelantan ni kaya atau tak, Najib sila daratkan Minyak di kelantan, pulangkan hak rakyat, beri royalti minyak pada kelantan, kita tengok sapa kaya.

Ok najib sudah-sudah la terkebil-kebil tu, hari itu hina kelantan, esok nak ucap tahniah ke?.. mintak maaf dulu la.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

S/U Najib Arah Henti ceramah ustaz Azhar Idrus ? Betul ke?

Posted: 19 May 2012 07:44 AM PDT

UMNO SUDAH HAMPIR REBAH, BILA UMNO REBAH, TIDAK MUNGKIN MEREKA AKAN KEMBALI BERKUASA ;

Wah, betulkah cerita yang "tukanglawan" dengar ni.

kerana takutkan AURA ustaz Azhar Idrus, Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan tauliah UAI di PICC pada 26 mei ini.... Arahan itu telah dikeluarkan melalui surat yang telah di faks kepada Pengarah JAKIM semalam untuk menarik serta-merta tauliah tersebut...

itulah susahnya Malaysia ni sekarang, nak ajar Agama pun kene tauliah, Nak soal jawab soalan berkaitan Agama pun nak kena tauliah, sedangkan kemungkaran boleh buat macam tu je, apa contoh kemungkaran tu,

Ala, macam majlis umno, sana sini ade menari-menari, yang itu tak perlu tauliah, sebab memang dah budaya umno.. ( baca sini )

Ade orang umno nak jawab isu ni tak?


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Siapa Pegawai Kanan Polis Yang Masuk PAS tu?

Posted: 18 May 2012 09:26 PM PDT

UMNO SUDAH HAMPIR REBAH, BILA UMNO REBAH, TIDAK MUNGKIN MEREKA AKAN KEMBALI BERKUASA

Abis kecoh pejabat umno dan balai-balai polis seluruh negara, hishammuddin sebagai menteri dalam negeri dah longgar lutut bila berita kemasukkan seorang bekas pegawai kanan polis yang rangkinya no3 dalam perkhidmatan itu nak masuk PAS.
Kalau kaji-kaji balik, Datuk Fauzi ini pernah berkhidmat di beberapa lokasi panas zaman reformasi, juga pernah menyandang jawatan paling penting pada era itu.

Apa yang "tukanglawan" rasakan ialah kerana terdedah secara langsung pada zaman reformasi hingga saat ini, beliau sendiri dapat menilai yang mana baik dan yang mana tidak, siapa benar dan siapa kaki fitnah.

Dan Esok penguguman rasmi kemasukkan bekas Orang kanan Polis itu akan diumumkan secara rasmi. dan berapa ramai orang bawahannya sebelum ini akan turut jejak langkah bekas Boss mereka?.

Najib tak peduli, dia kini sibuk lap peluh bila kes kapal selam tengah panas, tapi mahadhir lemah lutut, sebab jika BN kalah, segalanya berpunca dari orang tua nyanyok yang selalu lupa itu sebenarnya.

Siapa sebenarnya Datuk Fauzi, mari baca Nukilan Jamaluddin rahman (JR – Pasti Jihad) yang lebih mengenali beliau.

Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah.

Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi "kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia".

Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan.

Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.

Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini.

Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya.

Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian.

Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar.

Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Cuba fikir dalam-dalam, kenapa Bekas orang no 3 polis tak mahu sertai umno yang kononnya tegakkan islam, yang konon perjuangkan bangsa?

Jawapannya mudah, Umno ni sejak zaman mahathir pembohong besar. dan legasi itu diteruskan oleh Najib yang rasa negara ini bapak dia yang punya.

Maka sebab itu lahirlah anak-anak benih umno seperti anak nazri aziz.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment