"tukanglawan"

"tukanglawan"


AWAN TERUKIR NAMA ALLAH KETIKA MAJLIS PEMAKAMAN PUTERA RAJA

Posted: 06 May 2012 02:58 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Petang ni, satu cerita "tukanglawan" mahu kongsikan kepada anda, cerita ini mengisahkan keajaiban yang berlaku ketika Seorang Anak Raja mangkat dan mahu disemadikan.
Apa yang disampaikan ini adalah dari apa yang "tukanglawan" jumpa di laman Facebook, tiada suntingan dilakukan dalam penyampaian kisah ini, buat renungan kita bersama.

Al Fatihah kepada al marhum.. Tak banyak yang saya nak coretkan, cuma kebetulan saya berada di zawiyah untuk menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir maka Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput baginda ke pangkuannya...

Kami dikejutkan di zawiyah lebih kurang 3 pagi dengan berita menggemparkan ini. Bagaikan petir yang menggegarkan seluruh sel di tubuh kami bergegas ke terataknya tuan guru yang mulia, yang ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...

Sesampai di sana kelihatan telah ramai orang menunggu dan saya terus bertanyakan kepada anggota polis yang berada di situ..

Katanya, " Kami sedang tunggu transport ke Kuala Kangsar. Nak bawa jenazah ke sana."

Maka.. fahamlah kami.

Sesampai di sana, kelihatan selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakainya.... Diletakkan kesunyian di satu penjuru..

Kami bergegas ke biliknya yang mulia, dan kelihatan sekujur tubuhnya yang mulia terbaring di pembaringan. Bagaikan tidak percaya....

3 kali bacaan Yaasin bergema di kamarnya dan sebelum keluar, dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....

Hujan renyai pun mulai turun seolah2 bumi menangisi permergian seorang putera soleh yang 1000 tahun lagi hendak berjumpa insan begini pun belum tentu lagi....

Kenderaan membawa jenazah tuanku ke Kuala Kangsar hampir solat Subuh. Kami solat di zawiyah @ surau kecil di rumah Tuanku. Kenderaan membawa tuanku sheikh bertolak ke Kuala Kangsar dan kami kembali ke zawiyah....

Pada 8.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar bersama jemaah yang lain..

Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak2 dan nama2 mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...

Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...

Tidaklah kusangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..

.. dan tidaklah disangka2 pula, rupa2nya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.

... dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir tidaklah ramai seumpama biasa, dan anak2 buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah tersebut, rupanya2nya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...

Masya Allah thumma Masya Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai2 yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

Perhatikanlah kalimah yang tertera di langit dilukis cantik dengan awan-awan ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...

Anas yang duduk disebelah saya, dah perasan awal2 lagi.. masa tu kalimah Allah lagi jelas dan cerah.... cuma tak tangkap gambar je...Masa ni gambar tulisan Allah dah tak berapa jelas.. Tapi Alhamdulillah masih nampak..Credit to Amirul Syafiq Johor...

Sesungguhnya kami yakin bahawa, orang2 soleh khususnya para awliya' tidaklah mati, sebaliknya sedang hidup di dalam alam sana. Cuma jasad yang dipinjamkan kepada mereka oleh Allah, dijemput pulang kembali oleh Rabbnya....

Kematian itu adalah kerehatan buat seorang mu'min... Akhirnya Tuanku berehat dengan aman di taman antara taman syurgawi Insya Allah... Tidak perlu lagi terbeban siang dan malam dengan karenah anak2 muridmu ini yang datang dengan 1001 masalah karat dunia..

Puluhan tahun Syaikh tidak tidur..bersengkang mata menjaga anak2 muridnya..akhirnya..biarlah Syaikh berehat dengan tenang..

Ampun kami wahai tuan guru....

Selamat jalan di alam sana.....

Semoga ketemu lagi di alam sana, yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..

Al Fatihah...



Catatan : Dicedok dari Cerita asal Ikhwah Ahmadiah, "tukanglawan hanya menyalin semula agar peristiwa ini agar menjadi iktibar kepada kita.  Wallahualam....



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Nampak Polis Gangster, Lari Laju -Laju

Posted: 05 May 2012 08:15 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Polis telah menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung insiden provokasi oleh pihak yang dipercayai didalangi oleh anggota polis sendiri  sehingga menyebabkan perhimpunan Bersih  bertukar jadi pesta pukul rakyat Sabtu lepas

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka dikesan dan ditahan Jumaat hasil penyiaran gambar 49 individu termasuk seorang wanita yang terlibat dalam insiden buruk pada perhimpunan itu.

Namun Ketua Polis Kuala Lumpur tidak memberitahu bila akan menangkap serta mendakwa anggota polis yang dikatakan telah mengganas dan memukul rakyat sesuka hati mak bapak diorang.

Katanya ketua polis tu lagi seorang yang ditahan itu adalah individu yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik pada hari tersebut.

Tapi ramai yang kata, individu yang menggunakan kekerasan itu adalah pihak polis sendiri, kene siasat tu, jangan kata pulak yang tendang polis Trafik tu Khalid Ismad yang ditahan polis semalam, sebab muka langsung tak serupa, tengok potongan rambut pun dah tau, lain la kalau buta hati.

"Selain itu, pihak polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dan kini polis sedang menjejaki mereka untuk membuat tangkapan," katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat juga telah mengenalpasti bukan beberapa, tapi ramai sangat anggota polis yang telah mengasari rakyat, anda sendiri boleh mengecam mereka di video yang dimuat naik di laman youtube dan paparan wajah mereka yang jelas di internet,

Taip sahaja "polis pukul bersih" atau "kekejaman polis" atau "Himpunan bersih 3" atau apa sahaja ayat yang sesuai yang terlintas di fikiran anda, pasti anda akan jumpa paparan gambar wajah mereka.

Sehubungan dengan itu orang ramai boleh menyalurkan mengekses Google atau yahoo untuk mendapatkan maklumat  berkaitan, awas, jika jumpa mereka di tengah jalan, sila lari laju-laju, kerena mereka ini mengidap sindrom "lepas geram pada rakyat"

Ingat, nampak mereka lari laju laju dan jerit kuat-kuat.

* Polis Baik geng kita, lari jika nampak muka Polis gangster sahaja.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Transformasi najib Berjaya Jadikan Pemandu Kontena Transformer

Posted: 05 May 2012 07:42 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Kata Najib, "Rakyat perlu berbangga dengan transformasi yang dilakukan BN", kah..kah..kah, memang sangat berjaya transformasi najib ni, manakan tidak, jika dulu kita masih boleh lagi teruskan hidup walaupun ala kadar, tapi transformasi yang dibawa najib la jurang miskin kaya makin luas.

Sekarang hidup makin payah, semua benda dah mahal, walaupun rosamh tak berapa tinggi,tapi hidung najib sentiasa tinggi, tu pun ada hati nak laksanakan GST, apa GST tu, hah, dah kene nanti tu la apa GST tu nanti?.

Kalau takmo GST, jangan la undi BN, mintak tolong sangatx2 ni.

Transformasi Najib dah buat pemandu kontena jadi Transformer, semua pemandu lori buat mogok sebab tertekan susulan hasil mesyuarat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Lembaga Pelabuhan Klang, pengendali depot dan kumpulan berkepentingan semalam berhubung dengan nasib mereka.

Menurut sumber yang terlibat, penyelesaian akhir tidak ditetapkan tetapi kementerian memberikan jamiman akan menyelesaikan perkara itu dengan syarat mogok tidak diteruskan, apa ni KERA jaan tak boleh selesai masalah pemandu kontena ke?, Pemandu kontena juga rakyat.

"Mereka kata tiada lagi mogok, kamu akan balik bekerja dan kami akan cari penyelesaian untuk perkara ini," dakwanya.

Hah sama je macam kes tuntutan bersih di Parlimen tu, kata akan selesaikan tapi bila?, tahun bila, kalau 10 tahun lagi baru selesai jangan la cakap akan selesaikan, puiii, bodoh tak boleh diajar.

Rakyat makin tertekan, nak hidup pun susah dah sekarang, semua duit-duit-duit,kan "tukanglawan" dah kata KERAjaan nei berniaga dengan rakyat, selagi boleh kikis duit rakyat, depa kikis sampai abis.

Diorang dok sedap makan "artis" kita dok makan nasi berlaukkan sambal telur dengan kicap je. diorang bagi anak pakai porche mewah dengan bodyguard, kita pulak dok terkial-kial kene saman dengan polis sbb no plat motosikal tanggal.

Untuk pengetahuan anda, pada 2 Mei lalu, ribuan pemandu lori kontena dilaporkan berdemonstrasi di Pelabuhan Klang bagi membantah kenaikan caj yang dikenakan pemilik depot terhadap mereka bagi menghantar atau mengambil kontena di pelabuhan itu, masalah tersebut tidak ada jalan penyelesaiaannya.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Tipu Rakyat, Sekarang Rakyat Tipu Umno

Posted: 05 May 2012 07:22 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Ni ada kisah menarik, bagaimana sebelum ni kita tahu, umno pakai duit rakyat kencing sana sini.

umno dok sibuk bagi duit BR1M dah kelentong rakyat, kononnya umno itu baik, macam mana nak kata baik, kalau dok bagi orang RM500 guna duit rakyat, lepas tu kata pada rakyat tu duit umno bagi?, kah..kah..kah.. Duit rosmah la tu.

Kan Dah kata dah sebelum ni, kalau diorang bagi ambik je, tu duit korang, bukan duit umno, nak sangat pancing undi last-last kene jerat sendiri.

Tiga penerima BR1M di Chicha Tinggi dekat sini menggunakan sebahagian wang bantuan tersebut bagi membeli lembu untuk mengadakan majlis kesyukuran menyertai PAS.

Diulangi, guna duit yang umno dok sibuk pancing undi buat majlis kesyukuran untuk sertai PAS, bukan sertai umno tau.

Pengasas Umno cawangan Kampung Rengas Chicha Tinggi sendiri mengakui perkara tu, Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman mengakui dua isterinya dan adiknya, Zakaria yang merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Rengas mendapat wang BR1M dan telah menggunakan wang tersebut bagi membeli lembu buat kenduri "jom sertai PAS"

Pada ceramah tersebut Che Seman mewakili ahli keluarga dan rakan-rakan menyerah 152 borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhanjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Nah, ambik kau umno, ni buktikan, bagi la apa pun kami sapu, sebab umno dah puas kaut harta dalam negara di di luar negara. korang bagi kami ambik, tapi nak pancing-pancing nei susah cikit la, lagi pun tu bukan duit umno pun.. kah..kah..kah...



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pak Samad Adalah Sasterawan Rakyat

Posted: 05 May 2012 07:02 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Sekumpulan seniman bebas menyampaikan penghargaan kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said atas pengorbanan yang ditunjukkan Sasterawan Negara itu dalam membela hak rakyat.

 Pemimpin utama Kumpulan Kartunis Independen, Zunar berkata anugerah Seniman Rakyat itu diberikan atas pengorbanan tenaga, minda, bakat dan titik peluh oleh A Samad.

"Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen mengiktiraf seorang seniman, budayawan yang mengabdikan karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.

"Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdepan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia," katanya.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar ulHaque berkata tidak memadai sekiranya seorang seniman hanya berjaya menghasilkan karya seni demi keuntungan peribadi tetapi mengabaikan penderitaan rakyat di sekeliling.

Seniman seharusnya mengabdikan karya "untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas dan perakam denyut nadi rakyat," katanya dalam ucapan di satu majlis KKI di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan BERSIH 3.0 untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dipimpin A Samad menarik kehadiran sehingga 100,000 orang pada 28 April lalu.

Dalam ucapannya selepas itu, A Samad turut memberikan semangat kepada kartunis dan seniman supaya terus memperjuangkan kebebasan dan menjaga hubungan dengan tuhan.

"Kalau ada halangan, rempuhlah kerana itulah maruah seorang seniman," katanya yang turut menceritakan pengalaman beliau mengadakan protes 'duduk bantah' di Kuala Lumpur.

Majlis ringkas itu turut diserikan dengan persembahan lagu Mentari Kuning, Menyalalah yang turut disertai Pak Samad dengan isterinya.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Luahkan Ekspresi Salah Disisi Undang-Undang Polis

Posted: 05 May 2012 06:48 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) mempertahan tindakan seorang rakan mereka Khalid Ismath yang didakwa membuat kecaman kepada anggota polis melalui laman Facebook.

Bagi setiausahanya Khairul Naim Rafidi, tindakan Khalid tidak lebih dari hanya satu bentuk ekspresi selepas layanan keras polis sewaktu himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu terhadap ibunya.

"Ibunya terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah. Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini.

"Status yang dianggap mengecam polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika himpunan Bersih 3.0," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih-lebih lagi menurut Khairul Naim ibu khalid merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda.

Malangnya, ia berakhir dengan satu tragedi malang apabila pihak polis mula membuat tembakan gas pemedih mata dan meriam air, kata Khairul Naim.

Beberapa hari lalu, Khalid, 22, bertindak menulis di laman sosial facebook bagi mengekspresikan rasa amarah kepada pihak yang bertanggungjawab.

Beliau menulis; "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Rentetan itu, empat orang anggota Polis dari Unit Cawangan Khas IPK Klang telah hadir ke rumah Khalid pagi tadi dan memintanya hadir ke IPK Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau ditahan ketika tiba di sana bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebooknya itu.

"Bagi kami, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan banyak lagi unsur menghasut dalam laman sosial yang masyarakat secara umum ketahui.

"Kenapa pula tiada dikenakan apa-apa tindakan," soal Khairul Naim.

Fikir "tukanglawan" menulis apa-apa ekspresi yang mengecam pihak polis adalah salah disisi undang-undang polis, jika terdetik di hati pun ia sudah jadi "makruh" dalam kamus undag-undang polis, Jika anda menuturkannya di mulut anda, maka anda boleh dikenakan "ISA" , malah jika anda menghasut 2 orang rakan anda supaya membenci polis, awas, anda boleh dihukum gantung....

Apa punya negara nei, luahkan rasa pun tak boleh, terutama oleh pemimpin pelajar yang dianggap musuh oleh KERAjaan sehingga melahirkan rasa kesal kerana ibu cedera juga adalah HARAM di sisi KERA jaan dan perlu ditangkap segara.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment